Terima kasih kerana menyertai Wikipedia Bahasa Melayu, kini terdapat seramai 349,594 pengguna berdaftar!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya Aplikasi, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang!
Terima kasih kerana menyumbang di Wikipedia bahasa Melayu ("WBM"). Saya membina WBM kerana sudah ramai dari pelbagai bangsa yang menulis dalam BI tetapi amat sedikit menulis dalam bahasa Melayu. Oleh itu saya memutuskan menumpu hanya menyumbang bagi WBM. Sumbangan anda di sini amat dialu-alukan. Yosri (bincang) 11:49, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
Tambahan. WBI sudah ramai penyumbang, seorang penyumbang di sana tidak membawa banyak perbezaan. WBM berada dalam keadaan sebaliknya, di mana seorang penyumbang di sini sudah cukup bagi membawa perubahan yang besar. Yosri (bincang)
Hi Yosri, terima kasih atas nasihat tersebut, ia amat dihargai. Saya sudi menyumbang kepada Wikipedia Bahasa Melayu ataupun WBM kerana saya sememangnya anak Malaysia yang bangga dan berpatriotik. Saya faham bahawa WBM memerlukan lebih banyak penyumbang, saya pun rasa kecewa kerana kebanyakan orang Malaysia tidak sanggup menyumbang kepada Wikipedia. Walau bagaimanapun, saya terpaksa akur kepada objektif ataupun prioriti pertama saya, iaitu memperbaiki artikel-artikel/ rencana yang berkaitan dengan Malaysia untuk manfaat orang ramai, terutamanya orang asing yang kurang mengenali negara kita. Saya harap bahawa penyumbangan saya di Wikipedia Bahasa Inggeris dapat mengharumkan nama baik Malaysia di persada dunia. Namun begitu, saya sememangnya berhasrat untuk memperbaiki WBM pada masa depan, setelah mencapai objektif tersebut di atas. Saya akan menyumbang kepada WBM di mana mungkin. Terima kasih Yosri. :] Aero777 (bincang) 18:13, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
Sebenarnya penyumbang di sini ramai, malangnya jenis vandal yang memakan banyak masa untuk menjejak dan memulihkannya. Hal ini sedikit sebanyak menghalang usaha mengembangkan bahan berguna di sini. :( Terima kasih di atas pertimbangan anda untuk menyumbang di sini. Yosri (bincang) 16:51, 18 Mac 2013 (UTC)[balas]
Hi Aplikasi, terima kasih atas sokongan anda, saya menghargainya. Saya setuju dengan pendapat anda, polisi WBI terlalu ketat dan menyusahkan. Walau bagaimanapun, seperti mana yang sudah saya terangkan di atas, saya terpaksa menyumbang berdasarkan prioriti terdahulu. Saya akan cuba sedaya-upaya untuk menyumbang kepada WBM dalam masa lapang. Terima kasih Aplikasi. :] Aero777 (bincang) 18:13, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
Baiklah, Wikipedia sebenarnya bergantung kepada sifat sukarela cuma lesen imej disini agak ketat sedikit. Terima kasih atas maklum balas yang anda diberikan.--Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?)18:18, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
Sama- sama, dan terima kasih. Saya takkan mumungkiri janji saya tersebut. Setelah habis pembaikan rencana Malaysia yang penting di WBI, saya akan menyumbang dengan lebih lanjut di WBM. Aero777 (bincang) 18:24, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
Terima kasih kerana sudi membantu WBM. Memandangkan WBM kini agak kekurangan penyumbang dalam penciptaan rencana. Mujurlah ada penyumbang-penyumbang disini yang dapat membantu kami di WBM. Baiklah, saya amat menghargai keikhlasan anda untuk membantu WBM ini.--Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?)18:26, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
No problem, saya sudi bekerjasama dengan warga penyumbang di WBM. Oh, dan jangan risau, WBM akan lebih maju pada waktu hadapan. Masa sahaja yang menghalang kita! :D Aero777 (bincang) 18:33, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
Insyaallah. Cuma saya risau kerana mungkin saya dah jarang bantu WBM lagi kerana akan sibuk dengan dunia pendidikan nanti. Kemungkinan saya dan Ranking Update tidak dapat membantu sangat. Tetapi tidak mengapa, semasa cuti pembelajaran nanti saya akan berusaha membantu WBM ini. Insyaallah WBM akan lebih maju kerana kita ada penyumbang rencana yang begitu aktif seperti Yosri.--Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?)18:44, 17 Mac 2013 (UTC)[balas]
Pendidikan sepatutnya jadi prioriti pertama semua individu, jangan berasa kecewa atau sedih kerana tidak sempat menyumbang ke Wikipedia akibat terlalu sibuk dengan pendidikan, ia tidak salah anda. Wikipedia memang penting, tapi pendidikan kamu jauh lebih penting! Good luck in your studies ! :] Aero777 (bincang) 02:43, 19 Mac 2013 (UTC)[balas]
Wah, tahniah dan ribuan terima kasih ! Saya amat bangga kerana sumbangan dan kerjasama kita sekalian akhirnya berbuah manis jugak ! :D Tambahan lagi, terima kasih kerana sudi memperbaiki laman web saya yang kurang kemas ini. hehe Aero777 (bincang) 17:09, 14 April 2013 (UTC)[balas]
Anda diundang untuk mengundi saudara Adikhebat sebagai usul perlucutan daripada penyelia WBM kerana sudah lebih 10 bulan tidak aktif. Untuk mengundi sila ke laman ini. Terima kasih. Salam.Aplikasi10:29, 18 November 2013 (UTC)[balas]
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian. Minggu 12 (Tekan gambar untuk mengundi)Minggu 13 (Tekan gambar untuk mengundi) Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan Mac lepas, rencana Ayam telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan April 2017:
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 30 Mac 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Buat masa ini, terdapat 9 halaman yang layak untuk dihapuskan. Jika salah sebuah laman anda yang sedang dihapuskan, anda boleh mengemukakan bantahan yang tersenarai disini. Jika tidak tersenarai di situ, mungkin perbincangan sedang dijalankan di laman perbincangan rencana yang akan dihapuskan tersebut.

Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.
Anda sudah terlepas untuk mengundi? Anda boleh mendapat kemaskini terbaru melalui senarai pantau anda. Anda hanya perlu klik butang "(Masukkan ke senarai pantau saya)".
Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk bulan Disember 2017:
Untuk mengundi, anda hanya perlu meletakkan *{{Undi|v}} ~~~~ atau *{{Undi|x}} ~~~~ pada bahagian undian.
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Tekan gambar untuk ke bahagian mengundi. Gambar yang sudah ditutup undian, pautan akan memaut ke laman rencana tajuk gambar tersebut.
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Rencana Pilihan sebelum ini adalah Lie Kim Hok. Berikut adalah calon rencana pilihan bagi bulan Disember 2017:
Anda boleh mula mencalonkan dari sekarang sehingga 31 Disember 2017 bagi pencalonan bulan Januari 2018. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain jika ada.
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan. Anda juga boleh mencalonkan terus ke Rencana Baik tanpa melalui Rencana Pilihan. Berikut adalah rencana baik yang boleh di undi:
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Ruangan Tahukah anda? di Laman Utama memaparkan beberapa fakta yang difikirkan menarik untuk dikongsikan bersama. Fakta-fakta berikut akan dipaparkan secara rawak pada setiap masa berdasarkan:
berita semasa
pengetahuan am
rencana terbaru Wikipedia
Jika anda ada sebarang cadangan info yang boleh dikongsi; anda boleh membantu kami dengan mencadangkan atau menyumbang terus ke dalam paparan automatik kami. Baca dahulu peraturan sebelum menyumbang.
Berita ini akan diberikan kepada semua ahli aktif di WBM secara automatik. Jika anda tidak mahu mendapat langganan berita ini, anda boleh menyahlanggan berita ini di sini SNN9508:16, 1 April 2017 (UTC)[balas]
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian. Minggu 16 (Tekan gambar untuk mengundi)Minggu 17 (Tekan gambar untuk mengundi) Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan April, rencana We Can Do It! telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan Mei 2017:
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 23 April 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Salam semua ahli Wikipedia! Pesanan ini dihantar bertujuan untuk menjemput anda semua bagi membuat pengundian dasar sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama yang diusulkan oleh saya, CyberTroopers. Pengundian ini diteruskan semula kerana kutipan undian tidak mencukupi untuk diterima/ditolak. Dasar ini akan mengubah konfigurasi hak bagi kumpulan penggguna untuk pengguna awanama iaitu membatalkan hak kumpulan ini daripada mencipta rencana di Wikipedia bahasa Melayu. Namun begitu, mereka boleh memohon rencana untuk diciptakan atau membuka akaun bagi tujuan tersebut. Oleh itu saya berharap anda semua dapat memberi kerjasama dengan membuat undian. Saya juga ingin memohon kerjasama semua ahli Wikipedia untuk berganding bahu dengan sentiasa menyemak dan mencipta rencana di Wikipedia:Memohon rencana yang dipinta oleh pengguna-pengguna. Sekian.-CyberTroopers (bincang·sumbangan·log) 06:54, 26 Mac 2020 (UTC)[balas]
Pentadbir Wikipedia Bahasa Melayu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua yang meraikannya. Sila amalkan penjarakan sosial dan kebersihan yang tinggi bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh penyakit Covid-19. Semoga kedatangan Aidilfitri ini akan memberi semangat yang tinggi kepada kita semua untuk terus menyumbang dalam Wikipedia Bahasa Melayu! Terima kasih.
Jemputan pengundian PeaceSearcher sebagai penyelia
Salam Wikipediawan dan Wikipediawati! Anda dijemput untuk membuat pengundian ke atas PeaceSearcher sebagai penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Laman pengundian telah dicipta dan anda sudah boleh mengundi pada bila-bila masa. Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan untuk diajukan kepada calon, anda dibenarkan berbuat demikian di bahagian yang telah disediakan. Saya harap anda semua boleh bersama-sama melakukan undian sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan rasional. Kerjasama anda amat diperlukan. Sekiranya anda mempunyai permasalahan berhubung pengundian, sila hubungi mana-mana penyelia. Sekian. MediaWiki message delivery (bincang) 09:25, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
Hai NAMA PESERTA! Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia mengalu-alukan penyertaan anda dalam pertandingan ini. Anda dijemput untuk mengikuti cabaran #100hariwiki.
Cipta rencana baru setiap hari selama 100 hari berturut-turut dari 15 Januari 2023 hingga 25 April 2023 dan menangi biasiswa perjalanan penuh ke persidangan antarabangsa Wikimania 2023 di Singapura!
Wikipediawan yang berjaya melengkapkan cabaran akan mendapat beg cenderamata daripada Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia!
Salam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 2 orang penyelia oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini iaitu Kurniasan dan Azuru79 melebih 3 bulan tanpa sebarang notis dan alasan yang munasabah.