Perbincangan Wikipedia:Rencana pilihan/Kajian semula
- Dikarang dengan baik, menyeluruh, teliti dari segi fakta, berkecuali, stabil
- (a) dikarang dengan baik: prosanya menarik dan cemerlang;
- (b) menyeluruh: tanpa pengabaian fakta atau perincian yang penting serta tidak mempunyai terlalu banyak pautan merah;
- (c) teliti dari segi fakta: bahawa dakwaan dapat ditentusahkan dengan sumber yang boleh dipercayai dan disokong dengan petikan dalam baris jika sesuai;
- (d) berkecuali: ia mempersembahkan pandangan secara adil dan tidak berat sebelah; dan
- (e) stabil: ia bukan sedang terlibat dalam perang sunting dan bahawa isinya tidak berubah secara ketara dari hari ke hari, kecuali sebagai tindak balas kepada proses pencalonan rencana pilihan.
- Ia mematuhi piawai-piawai yang diterangkan dalam manual gaya penulisan, termasuklah memperuntukkan:
- (a) pengenalan: bahagian pengenalan yang padat yang meringkaskan keseluruhan topik bagi menyediakan pembaca untuk perincian pada bahagian-bahagian berikutnya;
- (b) struktur yang bersesuaian: jadual isi kandungan yang cukup kaya tetapi bukanlah sistem yang berlebih-lebihan untuk tajuk-tajuk bahagian yang bertatatingkat; dan
- (c) petikan yang tekal: seperti yang dikehendaki dalam kriterion 1c, bahawa petikan dalam baris diformatkan secara tekal menggunakan sama ada nota kaki (<ref>Smith 2007, p. 1</ref>) atau perujukan Harvard (Smith 2007, p. 1)—lihat memetik sumber untuk maklumat mengenai pemformatan rujukan. Templat petikan digalakkan untuk hal ini.
- Media. Ia mengandungi imej dan media lain, jika sesuai, dengan kapsyen yang padat dan taraf hak cipta yang boleh diterima. Imej mematuhi piawai-piawai dalam dasar penggunaan imej. Imej atau media tidak bebas mesti memenuhi kriteria kemasukan kandungan tidak bebas dan dilabel dengan sewajarnya.
- Panjang rencana. Ia tertumpu pada topik utama tanpa perincian yang sia-sia dan menggunakan gaya ringkasan.
Sebaik-baiknya, rencana pilihan yang tidak memenuhi kriteria rencana pilihan yang piawai diturunkan statusnya kepada rencana baik, rencana kelas-A, rencana kelas-B, dan rencana kelas-C. Walaupun cadangan ini dijangka akan menurunkan bilangan rencana berstatus {{RP}} bintang (rencana pilihan), sekurang-kurangnya proses kawalan kualiti ini dapat mengembalikan keyakinan pembaca kepada kualiti penghasilan rencana pilihan yang selayaknya. Lebih baik bekas rencana pilihan tersebut diperbaiki oleh komuniti Wikipedia terlebih dahulu dan apabila sudah bersedia memenuhi kriteria dan dikira layak berstatus rencana pilihan nanti, apa salahnya status rencana pilihan itu dikembalikan semula melalui pencalonan baru. Apa pendapat kalian? Kacha Permata (bincang) 16:04, 12 November 2018 (UTC)
- Saya rasa itu adalah idea yang baik. Walau bagaimanapun, ia memerlukan penyertaan dari pengguna-pengguna lainnya. Saya harap minat yang cukup akan datang untuk inisiatif ini. Salam, Naval Scene (bincang) 03:25, 13 November 2018 (UTC)
- Ada rencana pilihan yg dipilih sebelum wujudnya garis panduan di atas, jadi memang tidak memenuhi kriteria. Oleh itu saya tidak membangkang. Boleh anda letakkan sekali tarikh rencana tersebut dipilih? Untuk rencana lain, perlu dilihat lebih mendalam. ...Aurora... (b) 06:22, 14 November 2018 (UTC)
Kesemua 40 rencana pilihan tersebut pernah dipaparkan di laman utama sebelum tahun 2007. Saya hanya menjumpai arkib pencalonan rencana pilihan untuk tahun 2006 --> lihat Wikipedia:Calon rencana pilihan/2006 dan Perbincangan Wikipedia:Calon rencana pilihan/Arkib 1. Saya tidak pasti jika terdapat arkib pencalonan rencana pilihan untuk tahun 2004 dan 2005. Lihat Senarai rencana pilihan sebelum tahun 2007. Kacha Permata (bincang) 10:15, 14 November 2018 (UTC)
Berkenaan jadual rencana pilihan yang akan dipaparkan di laman utama, Wikipedia bahasa Melayu pernah memaparkan rencana pilihan yang berbeza setiap minggu pada awal tahun 2006. Sejak Julai 2006, rencana pilihan yang berbeza dipaparkan setiap bulan. Pernah berlaku rencana pilihan tahun lepas dikitar semula untuk dipaparkan di laman utama kerana tiada koleksi rencana pilihan yang dipersetujui secara konsensus oleh komuniti Wikipedia dan bersedia untuk dipaparkan di laman utama pada ketika itu --> Wikipedia:Rencana pilihan/Rencana pilihan yang belum dipaparkan di laman utama. Oleh itu, saya mengusulkan supaya rencana pilihan yang dipaparkan di laman utama akan ditukar secara mingguan. Rencana pilihan yang sudah dipersetujui secara konsensus boleh dicalonkan untuk penjadualan tarikh yang sesuai untuk dipaparkan di laman utama dan menunggu gilirannya --> Wikipedia:Rencana pilihan/Jadual/Pencalonan.
Berdasarkan Wikipedia:Rencana pilihan/Pencalonan, Jangan kemukakan lebih daripada satu calon pada sesuatu masa — ini akan menyusahkan pemberian ulasan yang wajar., saya juga mengusulkan supaya pencalonan berganda (multiple nomination) oleh seorang pengguna berdaftar dibenarkan. Tarikh pengundian juga boleh dibuka melebihi sebulan untuk memberi peluang kepada komuniti Wikipedia melakukan kajian semula (review) dan memberi komen untuk penambahbaikan. Pencadang (proposer) dan penyumbang terbesar (top contributor) disarankan menerima maklum balas yang dikemukakan untuk bersama-sama memperbaiki kualiti calon rencana pilihan agar memenuhi kriteria rencana pilihan. Kacha Permata (bincang) 11:49, 14 November 2018 (UTC)
- @Naval Scene dan Kacha Permata: Saya amat menghormati pengusulan anda berkenaan status rencana pilihan. Memang ada kami mahu lakukan sedemikian. Saya pernah berbuat sebegitu tetapi kerana kekurangan penyelia dan penglibatan pengguna biasa yang bukan seperti anda menyebabkan proses ini semakin sukar dilakukan. Dan juga, kitaran semula rencana pilihan bukanlah sengaja dilakukan. Kembali kepada 2006, jika seorang pengguna mampu menyediakan dan mengusulkan 2 rencana pilihan untuk sebulan, memang boleh dilakukan kitaran mingguan seperti yang anda usulkan. Tapi jika hanya seorang sahaja yang melakukannya, sebulan sekali pun agak sukar. Setiap pengguna yang boleh melakukan kajian semula (review), pencadang (proposer) dan penyumbang terbesar (top contributor) semakin berkurang. Saya pernah melakukan berita mingguan dan dihantar kepada 300 pengguna serentak, dan hanya sedikit sahaja yang respon selama 4 bulan saya melakukannya. Berkenaan Jangan kemukakan lebih daripada satu calon pada sesuatu masa — ini akan menyusahkan pemberian ulasan yang wajar. kami akan pertimbangkan.
Saya faham anda mahu menambahbaik kualiti mutu WBM, tetapi kekurangan pengguna aktif dan tegar; dan cakna kepada permasalahan sebegini sangat sedikit atau tiada langsung. Saya juga berfikiran seperti anda juga 9 tahun yang lalu. Tetapi semakin lama semakin berkurang pengguna semacam anda. Saya dan rakan di dunia sebenar sedang bertungkus lumus mengadakan Pertemuan Wikipedia untuk menarik pengguna baru masuk dan menggalakan mereka munyumbang. Tetapi berdasarkan kajian yang kami buat sejak kali pertama pertemuan dilakukan, hanya 0.01% sahaja yang seperti anda.
Jadi saya sarankan, teruskan sahaja apa yang anda lakukan, tetapi janganlah berharap untuk melihat hasil 100%. Kami sedang cuba menarik seramai pengguna yang mungkin di dunia realiti dan maya untuk membantu segala kerja penyeliaan di sini. Wikipedia hanya sebagai kerja "sukarela" menyebabkan organisasi sebegini dipandang remeh. Cuma kita sahaja yang tahu apa yang TERBAIK dalam organisasi sebegini. Terima kasih lagi sekali kerana cakna perkara sebegini! SNN95 Talk to me, beybeh! 13:09, 14 November 2018 (UTC)
- @Yosri dan Kacha Permata: Saya rasa dah boleh buang/tukar peraturan berkenaan "Jangan kemukakan lebih daripada satu calon pada sesuatu masa — ini akan menyusahkan pemberian ulasan yang wajar" kepada "Anda boleh kemukakan lebih daripada satu calon pada sesuatu masa" Sebab sistem pengundian menggunakan laman berasingan untuk setiap pencalonan. Lebih ramai mencalonkan rencana lebih bagus. SNN95 Talk to me, beybeh! 02:32, 3 Disember 2018 (UTC)
Melebihi 30,000 bait?
[sunting sumber]@Kacha Permata: Saya rasa tidak perlu sebuah rencana pilihan itu untuk melebihi kepanjangan 30,000 bait untuk dipilih. Hal ini kerana sudah termaktub dalam Kriteria rencana pilihan no. 4 "Panjang rencana. Ia tertumpu pada topik utama tanpa perincian yang sia-sia dan menggunakan gaya ringkasan." Wikipedia Bahasa Inggeris juga bersependapat sedemikian. Panjang tak penting selagi cukup rencana itu membincangkan subjek dan dibahagikan dalam beberapa subbahagian supaya rencana kelihatan seperti sebuah rencana lengkap dan bukannya rencana tunas. SNN95 Talk to me, beybeh! 10:02, 17 November 2018 (UTC)
@SNN95: Berdasarkan en:Wikipedia:Manual of Style/Lead section#Length The appropriate length of the lead section depends on the total length of the article. As a general guideline—but not absolute rule—the lead should usually be no longer than four paragraphs. The length of the lead should conform to readers' expectations of a short, but useful and complete, summary of the topic. A lead that is too short leaves the reader unsatisfied; a lead that is too long is intimidating, difficult to read, and may cause the reader to lose interest halfway. The following suggestions about lead length may be useful ("article length" refers to readable prose size):
Article length | Lead length |
---|---|
Fewer than 15,000 characters | One or two paragraphs |
15,000–30,000 characters | Two or three paragraphs |
More than 30,000 characters | Three or four paragraphs |
Kacha Permata (bincang) 10:19, 17 November 2018 (UTC)
- @Kacha Permata: Oh, okay! Cuma tak melepasi minimum yang dicadangkan sahaja. Selagi rencana tersebut tidak seperti rencana tunas dan mempunyai rujukan sah yang banyak, saya rasa tidak mengapa. SNN95 Talk to me, beybeh! 12:52, 19 November 2018 (UTC)
Saya rasa tak wajib dan tidak perlu dijadikan kayu ukur kualiti rencana tersebut. -Mrpresidentfaris (bincang) 04:25, 16 Mei 2020 (UTC)