Perbincangan:Venice
Usulan pemindahan ke laman bernama lain
[sunting sumber]Saya mencadangkan kita kena kembalikan keseluruhan kandungan laman kepada nama Venezia agar lebih konsisten penamaan tempat di Itali: nama tempat seperti "Sicilia" dan "Napoli" daripada bahasa Itali saya lihat sudah lazim dipakai di sini tanpa dipertikaikan hal kearifannya, mengapa tidak kita pindahkan sahaja kepada laman mengikut nama lazim setempat? Lagipun, nama-nama seumpama "Turin" dan "Venice" hanyalah peminjaman bahasa (terutamanya bahasa Inggeris) yang semestinya tiada kaitan dan serasi dengan lokasinya di Itali...nak kata alasan kononnya kita ikuti Indonesia pun sudah ada celanya (flawed) kerana mereka menggunakan kata pinjaman pengaruh bahasa Belanda. Kita sepatutnya menggunakan nama yang neutral agar lebih mencerminkan status Wikipedia ini yang berkecuali negara.
--Anumengelamun (bincang) 14:19, 10 September 2019 (UTC)
Penamaan rencana
[sunting sumber]Semua pengguna, Saya sudah penat berbincang dengan pengguna dari Indonesia ini yg kononnya penamaan mesti mengikut nama setempat berbanding nama biasa yg digunapakai dan diterima oleh pengguna yang menggunakan bahasa Inggeris berdasarkan bahasa Inggeris UK. Sehingga hari ini, nama Venice digunakan secara meluas dan anda tidak akan menemui sebarang nama dlm bentuk Venezia sama ada di Malaysia, Singapura dan Brunei (kecuali di Indonoesia). Menggunapakai asas dan alasan pengguna Indonesia ini juga, saya memeriksa dan mendapati wiki bahasa Indonesia menggunapakai nama Milan (dan bukannya Milano) bagi tajuk rencana bagi kota Milan, Itali mereka. Sila hentikan dan terima realiti bahawa nama Venice diterimapakai di ms.wiki. Sebarang penukaran selepas ini akan mengundang tindakan daripada pihak penyelia. Zamwan (bincang) 03:00, 27 Disember 2019 (UTC)
- Ejaan yang digunapakai adalah menurut ejaan DBP. Sila betulkan sebarang ejaan yang songsang. Yosri (bincang) 16:07, 27 Disember 2019 (UTC)
- @Zamwan: Dia menafikan diri dia dari Indonesia. Dia menukar tajuk sebab tata penamaan dalam Bahasa Melayu dan juga nak bagi pengguna minoriti berbahasa Melayu di luar Malaysia, Brunei dan Singapura. Saya sudah beritahu penamaan yang digunakan adalah yang biasa dipakai oleh majoriti berdasarkan peraturan ini (Inggeris). Dan saya nak usulkan suntingan dibuka semula tetapi pindahan laman kekal dikunci. SNN95 Talk to me, beybeh! 14:23, 10 Januari 2020 (UTC)