Pergi ke kandungan

Perbincangan:Veksilologi

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemakluman istilah mana yang diutamakan

[sunting sumber]

KebenderaanVeksilologi – Ke hadapan @CyberTroopers: @Ricky250: Salam! Saya ingin meminta kuasa penyeliaan kalian agar memindahkan kembali isi entri kepada tajuk asalnya. Begini, @EmpAhmadK: memindahkan isi entri ke tajuk "Kebenderaan" dengan kenytaan "...istilah "kebenderaan" telah diterima oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 April 2020..." (pada ringkasan suntingan dibuatnya) di mana implikasi di sini adalah bahawa "veksilologi" (disangka) tidak pernah wujud apatah lagi digunakan dalam mana-mana penulisan bahasa Melayu. Sedangkan, penemuan lanjut mendapati bahawa telah wujudnya rencana dalam isu Ogos 2010 - kurang 10 tahun sebelumnya - majalah Dewan Kosmik keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka, "veksilologi" boleh disimpulkan sudah lama diterima penggunaannya dalam kandungan ilmiah umum (lihat Wikipedia:COMMONNAME) mewajarkan bahawa tajuk entri asal tidak perlu ditukar langsung. Oleh itu, saya minta pengembalian isi entri dibuat untuk membetulkan kesilapan ini. Saya pun sudah membetulkan kepala entri dengan terletaknya petikan yang berkenaan sebagai persediaan. --Anumengelamun (bincang) 23:00, 20 April 2021 (UTC)[balas]

@CyberTroopers, Ricky250, dan Anumengelamun: Masalah utama dalam hal ni, kedua-dua istilah tidak pernah didaftarkan dalam PRPM. Jadi pemindahan ini agak samar-samar. @EmpAhmadK: Sila nyatakan pautan PRPM untuk "Kebenderaan" sebab saya sendiri tidak jumpa istilah itu dimana-mana. Tapi berdasarkan pada fakta, "veksilologi" paling sesuai. Saya akan kemukakan masalah ini ke PRPM untuk maklumat lanjut. Saya tak boleh beri kata putus lagi pasal ni. SNN95 Talk to me, beybeh! 00:35, 5 Mei 2021 (UTC)[balas]
@SNN95: Saya amat hargai perkembangan ini. Saya tidak faham dari pihak PRPM sendiri kenapa mereka seperti kurang mempedulikan sumber mereka sendiri sehinggakan langsung tidak dijumpai dalam talian sehinggakan boleh ada masalah kekosongan begini. Saya cuma ada rasa terkilan sedikit dengan perlu menunggunya kesimpulan sedangkan sudah dinyatakan "paling sesuai"-nya tajuk entri asal; melainkan, ia hanya untuk menunggu "veksilologi" atau rujukan memetik istilah masuk dalam perkamusan agar mudah dipautkan)...Anumengelamun (bincang) 04:03, 5 Mei 2021 (UTC)[balas]
Jawapan kepada permasalahan ini.
Maaf agak lambat mengemukakan penyelesaian istilah mana patut digunakan. PRPM sudah mencadangkan untuk menggunakan "Veksilologi" untuk hal kajian berkaitan bendera. Sekian.