Pergi ke kandungan

Perbincangan:Penyakit senggugut

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Senggugut tidak sama dengan PMS

[sunting sumber]

Semasa saya belajar di sekolah, PMS tidak diterjemah sebagai senggugut tapi diterjemah sebagai "sindrom pra-haid". Sepengetahuan saya dalam masyarakat Melayu senggugut hanya merujuk kepada kesakitan yang dialami sekitar waktu haid atau dalam bahasa inggeris dysmenorrhoea. Gangguan emosi dan sebagainya yang tidak melibatkan kesakitan fizikal yang serius biasanya tidak dipanggil senggugut. Sekiranya anda rujuk kepada tafsiran perubatan, PMS dan dysmenorrhoea adlah dua perkara yang berbeza. PMS lebih kepada gangguan emosi, sementara dysmenorrhoea pula merupakan kesakitan yang memerlukan ubat penahan sakit.

rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Pms dan http://en.wikipedia.org/wiki/Dysmenorrhea


Saya tak fikir orangMelayu membezakan antara keduanya. Pecahan itu hanya berlaku masa kini. Yosri (bincang) 05:46, 12 Februari 2011 (UTC)[balas]


Padanan yang sesuai adalah menstrual pain. Yosri (bincang) 06:11, 12 Februari 2011 (UTC)[balas]