Perbincangan:Pekan Nabalu
Nabalu | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pantai Barat |
Daerah | Kota Belud, Tuaran, Ranau |
Pentadbiran | |
• DUN | Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai (GRS-PBS) (Kiulu) |
Tamu Mingguan | Khamis |
Nabalu atau lebih dikenali sebagai Pekan Nabalu merupakan sebuah pekan kecil yang menjadi tumpuan utama pengunjung untuk melihat Gunung Kinabalu secara menyeluruh.[1] Kepelbagaian kedai makan dan Cuaca yang segar serta pemandangan yang menampakan Gunung Kinabalu secara menyeluruh menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Pekan Nabalu.[2]
Pertanian, Kraf tangan, dan penjualan baju-baju merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini.[3] Tidak hairanlah Nabalu merupakan pusat membeli belah buah-buahan, Kraf tangan dan tempat singgahan yang terkenal di kawasan tersebut sebelum meneruskan perjalanan.[4] Disebabkan itu, pelancongan menjadi sumber pendapatan terpenting bagi penduduk di Pekan Nabalu.[5]
- ^ "'A Must Stop' untuk Mereka Yang Datang Ke Sabah, Jom Singgah ke Pekan Nabalu". TRIPHACKERZ. 2020.
- ^ "Pekan Nabalu by Sabah Tourism". Sabah Tourism. 2022.
- ^ "Nabalu, the mid-way stop to Kinabalu Park". MySabah.com. 2012.
- ^ "Pekan Nabalu, Sabah! The Perfect Spot Untuk Bergambar Berbelakangkan Pemandangan Gunung Kinabalu". Raja Cuti. 2020.
- ^ "Pekan Nabalu-Mount Kinabalu by kotakinabalu.info". kotakinabalu.info. 2022.
Mulakan perbincangan berkaitan Pekan Nabalu
Laman perbincangan merupakan tempat penyunting berbincang bagaimana untuk menyediakan kandungan laman Wikipedia sebaik yang mungkin. Anda boleh menggunakan laman ini untuk memulakan perbincangan dengan penyunting lain berkaitan bagaimana untuk menambah baik laman Pekan Nabalu ini.