Perbincangan:Mohamad Khir Toyo
Isu penyapu
[sunting sumber]Isu penyapu macam mana? Che (bincang) 17:37, 29 Mei 2009 (UTC)
- Memang ada kontroversi sebegitu, saudara Che boleh tolong carikan sumber tak? Kalau ada bolehlah saudara tolong tambahkan ya. - Hezery99 (bincang) 12:25, 1 Jun 2009 (UTC)
- Ok, sudah ditambah. - Hezery99 (bincang) 04:12, 4 Jun 2009 (UTC)
Buang bahagian Dasar Teras Pentadbiran
[sunting sumber]Saya cadangkan agar bahagian 32 Dasar Teras Pentadbiran dibuang daripada rencana ini, kerana ia bukan sahaja panjang berjela-jela malah ia seakan-akan seperti kempen pilihan raya ataupun memorabilia sahaja, malah ia juga adalah punca utama yang menjadikan rencana Khir Toyo ini menjadi rencana yang dipertikaikan status NPOVnya sekarang. Kalau pun nak kekalkan, buat pendek sahaja sudahlah. - Hezery99 (bincang) 12:29, 1 Jun 2009 (UTC)
- Silakan. ...Aurora... (b) 01:11, 3 Jun 2009 (UTC)
- Saya setuju..apa yang kita buat berdasarkan fakta..teruskan..Che (bincang) 01:44, 3 Jun 2009 (UTC)
- Ok, sudah dibuang. Terima kasih atas pandangan anda semua. - Hezery99 (bincang) 04:12, 4 Jun 2009 (UTC)
Rujuk kepada http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Neutral_point_of_view/FAQ#Lack_of_neutrality_as_an_excuse_to_delete
Lack of neutrality as an excuse to delete
[sunting sumber]The neutrality policy is used sometimes as an excuse to remove text that is perceived as biased. Isn't this a problem?
Occasionally, yes. Many editors believe that bias is not in itself reason to remove text, because in some articles all additions are likely to express bias. Instead, material that balances the bias should be added, and sources should be found per WP:V. Material that violates WP:NOR should be removed.
Yosri (bincang) 04:27, 4 Jun 2009 (UTC)
- Saya kurang faham..maknanya untuk mengimbangi bias itu kita perlu menambah..bukan membuang sebahagian artikel berkenaan..saya rasa ok..saya setuju cumanya mana satu polisi yang hendak dipakai..?Che (bincang) 06:28, 4 Jun 2009 (UTC)
- Maksud polisi itu adalah : Tidak patut membuang perenggan/maklumat dengan alasan NPOV, sebaliknya sudut pandangan lain yang patut diletakkan. Jika dibuang, tidak boleh menggunakan alasan NPOV sebagai sebab utama, tetapi mesti menggunakan alasan lain yang lebih kukuh. Ini hanya sebagai peringatan kepada para penyelia agar tidak salah faham apa itu NPOV. Yosri (bincang) 07:57, 4 Jun 2009 (UTC)
- Kalau yang dimaksudkan itu ialah mengenai pembuangan bahagian Dasar Teras Pentadbiran, ada beberapa sebab kenapa saya kemukakan usul untuk membuangnya bagi meminta pendapat rakan-rakan sekelian sebelum membuangnya. Khir Toyo ada kontroversinya sendiri tetapi dalam masa yang sama ada juga sumbangannya, dan kedua-dua bahagian tersebut ditulis dengan disokong sumber rujukan yang sahih serta dengan gaya penulisan yang berkecuali. Jadi, rencana Khir Toyo ini menjadi sebuah rencana yang berkecuali. Namun demikian, penambahan bahagian Dasar Teras Pentadbiran itu menjadikannya kembali sebagai rencana yang berat sebelah. Walaupun saya pernah nyatakan bahagian tersebut ada masalah NPOV, ia bukanlah sebab tunggal untuk membuangnya. Sebab yang lebih utama ialah kandungan bahagian tersebut yang meleret-leret macam nak tulis buku hanya mengenai dasar tersebut sahaja, seolah-olah macam kempen pilihan raya. Lagipun saya perhatikan isinya pun seolah-olah macam disalin dan ditampal bulat-bulat daripada rujukan yang disertakan itu. Bahagian tersebut tidak bersifat ensiklopedik untuk sesebuah rencana biografi tokoh politik seperti Khir Toyo. Jadi saya bersetuju apa yang dimaksudkan oleh saudara Yosri ialah kandungan berat sebelah tidak patut dibuang; lebih baik ia diolah semula agar ia bersifat berkecuali, dan yang penting sekali mesti ada rujukan sahih bagi menyokongnya. - Hezery99 (bincang) 08:28, 4 Jun 2009 (UTC)