Perbincangan:KidZania Kuala Lumpur
Penampilan
Saya tak rasa syarikat ini layak di Wikikan. Apa bezanya dengan syarikat Ali Baba di lorong Haji Taib? Sepatutnya perlu ada litupan media utama mengenai kepentingannya sebelum layak. "An organization is generally considered notable if it has been the subject of significant coverage in reliable, independent secondary sources. Trivial or incidental coverage of a subject by secondary sources is not sufficient to establish notability. All content must be verifiable. If no independent, third-party, reliable sources can be found on a topic, then Wikipedia should not have an article on it." Lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability_(organizations_and_companies) Yosri (bincang) 04:23, 8 Oktober 2012 (UTC)
- Saya rasa besar bezanya daripada deretan kedai di lorong Haji Taib. Syarikat ini mempunyai pelbagai cawangan di seluruh dunia. Sila lihat pautan ini: http://en.wikipedia.org/wiki/KidZania. Saya rasa media seperti Berita Harian adalah cukup untuk menerangkan betapa signifikannya tempat ini sebagai taman tema yang berunsur pendidikan. Sila lihat artikel ini: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KidZaniaterapunsurpendidikan_hiburanuntukkanak-kanak/Article/, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KidZania_Terappendidikandalamhiburan/Article/ dan http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KidZaniatamantemapendidikan/Article/. KidZania juga merupakan sebuah taman tema jenama francais dari Mexico yang sudah meraih pengiktirafan Taman Tema Terbaik Dunia 2006. Saya rasa perkara ini tidak perlu dipertikaikan lagi kerana saya telah meletakkan pautan media akhbar tersebut. Irfanshaharuddin (bincang) 06:43, 8 Oktober 2012 (UTC)
- Sekiranya ada rujukan lain barulah diterima seperti kini. Otherwise, "No company or organization is considered inherently notable. No organizationis exempt from this requirement, no matter what kind of organization it is. . . . . " Yosri (bincang) 08:04, 8 Oktober 2012 (UTC)
- Baiklah. Irfanshaharuddin (bincang) 00:44, 9 Oktober 2012 (UTC)