Pergi ke kandungan

Perbincangan:Kereta Api Bawah Tanah Beijing

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Manakah satu nama khas yang lebih tepat, "Beijing Subway" atau "Laluan Bawah Tanah Beijing". Walaupun peraturan DBP adalah untuk tidak menterjemahkan kata nama khas, "Beijing Subway" bukannya nama asli untuk laluan bawah tanah itu tetapi cuma merupakan terjemahan bahasa Inggeris.

Bagi saya, cuma nama khas bahasa Inggeris yang bukan berbentuk terjemahan perlu dikekalkan, yang lain kena dikeluarkan dari akal kerana ia langsung tidak masuk akal. Pendek kata, yang tak muat akal, jangan paksa-paksakan. Singkirkan saje.

Bagaimanapun, jika kita masih mahu juga mengikut peraturan DBP, nama yang betul ialah 北京地铁 atau "Pei Jing Ti Tieh". Issshhh, janggal betul! Mungkin masih boleh dimelayukan menjadi "Beijing Titah," hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 04:50, 25 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Saya bantah sekeras kerasnya Beijing Subway ditukarkan nama ke Laluan Bawah Tanah Beijing. Ia merupakan kata nama khas, jadi tidak harus dimelayukan.

Cadangan untuk ditukar ke nama asalnya. 175.141.68.125 22:59, 18 Mei 2012 (UTC)[balas]

Bahasa Perancis, Itali, dan Portugis kesemuanya menggunakan nama terjemahan ke dalam bahasa masing-masing. Saya tidak lihak apa alasan menngekalkan nama Inggerisnya. Jangan taksub bahasa Inggeris. Yosri (bincang) 23:18, 18 Mei 2012 (UTC)[balas]