Pergi ke kandungan

Perbincangan:Jamahiriya Arab Libya

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hujahan atas pemindahan kepada "Libya rejim Gaddafi"

[sunting sumber]

Pemindahan laman ini adalah bersifat prejudis. Saya akan membatalkan lencongan anda. Zamwan (bincang) 03:39, 25 November 2018 (UTC)[balas]

Salam! Mengenai perkara pemindahan ini, saya hanya memindahkan kandungan kepada suatu tajuk baru mengikut urutan kronologi seoerti yang ditunjukkan pada laman bahasa Inggeris yang bersuaian, History of Libya under Muammar Gaddafi dengan sedikit perubahan - kata "rejim" itu saya rasa memang betul kerana memang menggambarkan tempoh pemerintahan Gaddafi ke atas Libya. Boleh saya ingin penjelasan saudara kenapa ia boleh bersifat prejudis?
--Anumengelamun (bincang) 14:30, 25 November 2018 (UTC)[balas]
Rencana Jamahiriya Arab Libya adalah berkaitan dengan sebuah negara berdaulat. Sedangkan zaman pemerintahannya di bawah pentadbiran Gaddafi boleh dijadikan sebagai sebahagian kandungan rencana atau anda boleh mulakan dengan sebuah rencana baharu. Selain itu, saya ingin bertanya adakah anada benar2 faham apakah maksud rejim? Rencana di en.wiki menggunakan tajuk History of Libya under Muammar Gaddafi di mana jika dialih bahasa bermaksud Sejarah Libya di bawah Muammar Gaddafi. Mereka tidak prejudis dengan memanggilnya sebagai sebuah rejim. Zamwan (bincang) 13:30, 30 November 2018 (UTC)[balas]
Suatu bentuk pemerintahan, jika mengikut takrifan Wiktionary (maksud kedua). Rasanya tidak ada apa-apa konotasi berkaitan kata "rejim" ini, bukan? Lagipun, saya rasa tajuk cadangan saudara yang mengikut terjemahan terus itupun terlalu panjang - barangkali susah dipautkan kepada laman-laman lain serta ia mudah dicari di sini. Mungkin kita boleh fikirkan tajuk yang lebih ringkas? --Anumengelamun (bincang) 14:20, 30 November 2018 (UTC)[balas]