Pergi ke kandungan

Perbincangan:Haji

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dua perkara:

  1. Kutipan ayat Ali-Imran:97 hanya separa [al-Quran 3:97 (Terjemahan oleh Basmeih)]. Ini tidak mengapa tapi harus dicatatkan dalam teks.
  2. Saya sarankan terjemahan ayat al-Quran dipetik daripada laman Tanzil.net. Terjemahan yang digunakan sekarang ada dalam talian, tapi berpunca daripada blog. Saya dah periksa terjemahan beberapa ayat oleh Tanzil dua tiga kali sebelum ini dan ia menggunakan terjemahan Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih yang terlibat dalam penterjemahan Al-Quran penerbitan Pusat Islam KL tahun 1980. Salut. Algazel (bincang) 11:20, 7 Januari 2013 (UTC)[balas]
Sebenarnya untuk rencana ini lebih sahih, lebih eloklah jika ada editor yang mampu menyemaknya berdasarkan buku hadis atau buku terbitan bahasa Melayu. Saya rasa tidak berpatutan menggunakan sumber rujukan Inggeris walhal sumber rujukan bahasa Melayu cukup banyak. Antaranya terbitan al-Hidayah. -- i wong (bincang) 13:42, 7 Januari 2013 (UTC)[balas]

Pada pendapat saya, beberapa perkara perlu ditambah utk jadi RP:

  1. Rukun dan wajib haji perlu dikembangkan.
  2. Kalau boleh nak lihat carta alir haji. Maksudnya mula2 buat apa, lepas tu buat apa.
  3. Ataupun hari pertama buat apa, hari kedua buat apa.
  4. Gambar macam tak cukup.

Saya juga sarankan anda merujuk buku panduan Tabung Haji. ...Aurora... (b) 15:05, 10 Januari 2013 (UTC)[balas]