Perbincangan:Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P)
Mengikut GARIS PANDUAN PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG, PINGAT-PINGAT SERTA TAULIAH JAKSA PENDAMAI YANG DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN [1], syarat-syarat untuk penganugerahan Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.) adalah seperti berikut:
ª Darjah ini adalah peringkat keempat daripada kumpulan Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak. Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang atau berbuat jasa kepada Negeri Perak.
ª Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan sekurang-kurangnya Gred 41 dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia yang berkebolehan istimewa (exceptional merit) atau yang setaraf dengannya;
ª Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang berpangkat Mejar/Kapten/Leftenan/Leftenan Muda (Tentera Darat), Leftenan Komander/Leftenan Madya/Leftenan Muda (Tentera Laut), Mejar TUDM/Kapten TUDM/Leftenan TUDM/Leftenan Muda (TUDM) atau yang setaraf dengannya; dan
ª Dikurniakan kepada anggota Pasukan Polis yang berpangkat Deputi Superintenden Polis (DSP)/Asisten Superintenden Polis (ASP) atau yang setaraf dengannya.
[1] http://epla.perak.gov.my/panduan1.pdf
Mulakan perbincangan berkaitan Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P)
Laman perbincangan merupakan tempat penyunting berbincang bagaimana untuk menyediakan kandungan laman Wikipedia sebaik yang mungkin. Anda boleh menggunakan laman ini untuk memulakan perbincangan dengan penyunting lain berkaitan bagaimana untuk menambah baik laman Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P) ini.