Perbincangan:Bleach
WikiProjek Anime dan manga | (Dinilai sebagai kelas-C, berkepentingan-Tinggi) | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Meminta pendapat tentang recana Zanpakutō
[sunting sumber]Perkataan bankai dan shikai telah saya terjemah sebagai "lepasan tahap akhir" dan "lepasan tahap pertama" untuk tiap-tiap perkataan itu. Namun, beberapa rencana tentang wata-watak Bleach yang tidak disunting oleh saya telah menterjemah sebagai "pembebasan" berbanding "lepasan". Saya meminta pendapat sekalian, manakah yang lebih sesuai? Menurut pengalaman penterjemahan saya, seringkali perkataan yang mudah dihubungkaitkan dengan ayat-ayat yang jarang digunakan dalam bahasa Melayu perlu digunakan. Dalam soal ini, saya lebih menyarankan penggunaan "lepasan". Contohnya, ayat seperti:
Shinigami selalunya membawa zanpakutō mereka dalam tahap biasa dan mengaktifkan bentuk lepasan (pembebasan sukar digunakan dalam konteks ini) mereka mengikut keperluan.
Maka, jika tidak dibantah, saya harap seseorang ataupun saya sendiri akan menyunting artikel-artikel yang disebut tadi dan menukarkan ayat-ayatnya kepada yang lebih tepat.Piecemealcranky 05:53, 27 Julai 2007 (UTC)
- pada pendapat saya, penggunaan lepasan itu sendiri tidak tepat, jika hendak menggunakan perkataan lepasan, perlulah meletakkan pelepasan, kerana bankai itu adalah perbuatan, jika kita hendak menggunakan perkataan lepasan, ia lebih tepat jika kita menggunakannya untuk sesuatu yang telah selesai, seperti pelajar-pelajar lepasan SPM. Contohnya, ayat seperti:
- Shinigami seringkali membawa zanpakutō mereka dalam tahap biasa dan melakukan pelepasan mereka mengikut keperluan. eizil 06:13, 27 Julai 2007 (UTC)
Penggunaan nama-nama watak
[sunting sumber]Hai para penyunting rencana Bleach sekalian.
Saya telah mendapati bahawa suntingan yang dibuat mereka yang telah menyunting rencana-rencana watak Bleach telah menerapkan penggunaan nama watak-watak Bleach menurut sistem Jepun; iaitu nama keluarga dan diikuti oleh nama sendiri (cth: Kurosaki Ichigo). Dalam rencana-rencana Inggeris, mereka menggunakan sistem Barat.
Saya agak keliru dalam hal ini. Apakah patut menggunakan sistem nama mereka ataupun sebaliknya? Saya harap saya mendapat jawapan secepat mungkin. Sekian. pmc 12:48, 8 Oktober 2007 (UTC)
- Menurut pendapat saya, seeloknya ikut sistem Jepun, sebab Bleach ini dari Jepun. ...Aurora... 09:14, 9 Oktober 2007 (UTC)
- Ah, kalau begitu tidak perlulah ditukar urutannya sekarang.