Perbincangan:Bahasa pengaturcaraan
Penampilan
Pembetulan ejaan dan istilah
[sunting sumber]Saya cadangkan tajuk "Bahasa Pengaturcaraan" diubah kepada "Bahasa pengaturcaraan" (huruf kecil). Ini kerana istilah ini bukanlah sebuah kata nama khas. Sila rujuk KaryaNet. Aviator 02:23, 21 Oktober 2006 (UTC)
Setelah melihat keseluruhan rencana, beberapa perkataan asing berikut diterjemah secara tepat:
- "Programmer" ialah pengaturcara bukannya jurutatacara.
- "Interpret" dalam istilah komputer lebih tepat diterjemah kepada "mentafsir" bukannya "menterjemah". Perkataan Inggeris yang membawa maksud "menterjemah" ialah "translate". Oleh itu, interpreter menjadi pentafsir, interpreted menjadi ditafsir dsb.
- "Functional language" lebih tepat diterjemah kepada bahasa kefungsian bukannya bahasa fungsi. Sila rujuk kamus istilah komputer keluaran DBP.
- Saya rasa perkataan "run" dalam istilah komputer tidak sesuai diterjemah sebagai "melarikan". Ada cadangan??
Selain itu, saya perbetulkan beberapa kesalahan tatabahasa seperti:
- "Bahasa pengaturcaraan": walaupun ia istilah khusus, gunakannya sebagai kata nama am, bukan khas. Gunakan huruf kecil.
- Penambahan imbuhan terhadap perkataan "atur cara" menjadikannya satu perkataan sahaja. Contoh: pengaturcaraan, mengaturcara dsb. Sebaliknya, jika tiada imbuhan, pisahkan perkataan tersebut ("atur cara").
Cadangan dialu-alukan.
- run = jalan. Sumbangan anda amat dialu-alukan. ...Aurora... 06:19, 21 Oktober 2006 (UTC)