Perbadanan Usahawan Nasional
![]() Logo Perbadanan Usahawan Nasional | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 17 Julai 1991 |
Ibu pejabat | Tingkat 9, Blok 1B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Jabatan Perdana Menteri |
Laman sesawang | www.punb.com.my |
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ialah badan nasional yang ditubuhkan untuk pembangunan usahawan Bumiputera di Malaysia. Tumpuan utama penubuhannya ialah untuk membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.
PUNB menjadi nadi penggerak untuk membangun usahawan Bumiputera tulen yang profesional dan beretika tinggi yang penglibatan dan sumbangan mereka penting kepada pembangunan ekonomi negara.
Latarbelakang
[sunting | sunting sumber]PUNB merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra, badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera, ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan RM300 juta di mana RM250 juta telah berbayar.
Asas kewujudan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka kearah kecemerlangan.
Wawasan
[sunting | sunting sumber]Menjadi pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan.
Misi
[sunting | sunting sumber]Menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.
Objektif
[sunting | sunting sumber]Usaha untuk menjadi pusat terulung yang bereputasi tinggi dalam pembangunan usahawan Bumiputera tidak akan berakhir kerana PUNB akan terus menjadi pendorong untuk mencapai kecemerlangan dalam keusahawanan seperti yang di gariskan oleh objektif penubuhannya seperti berikut:
- Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
- Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
- Menyalurkan budaya keusahawanan dikalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Budaya Korporat
[sunting | sunting sumber]Budaya Korporat PUNB dirangka untuk memberi inspirasi kepada wargakerja, usahawan dan masyarakat Bumiputera mengukur aktiviti mereka ke tahap tertinggi dalam kecemerlangan keusahawanan dan nilai-nilai dalam selok-belok dan tatacara perniagaan.
Faktor penting Budaya Korporat ialah Profesionalisme, Komersialisme dan Etika. Hanya usahawan tulen sahaja dapat menghayati kesemua faktor ini berusaha untuk mencapai dan melintasi had kecemerlangan akan berjaya.
Disamping modal, pasaran dan pengetahuan teknologi, kejayaan dalam perniagaan bergantung kepada sikap dan nilai usahawan itu sendiri. Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan jika usahawan tidak mempunyai semangat dan amalan Budaya Korporat.
Profesionalisme
Keterampilan Pengurusan Perniagaan
Berpengetahuan dan bijak dalam semua aspek pengurusan.
Pengurusan Sistematik dan Berdisplin
Prihatin terhadap kepentingan disiplin dan penggunaan proses serta prosedur kerja yang sistematik.
Kemahiran Berunding
Mampu memastikan rundingan berakhir dengan kejayaan yang menguntungkan pihak yang terlibat.
Tegas dan Berwawasan
Bijak dan tegas dalam membuat keputusan serta mempunyai wawasan yang jelas dalam perniagaan.
Kreativiti yang Tinggi
Prihatin kepada keperluan penyelidikan dan pembangunan dalam meneruskan daya cipta dan inovasi yang tinggi untuk terus berjaya dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif.
Komersialisme
Bijak Menghadapi Risiko
Faham dan arif dalam menguruskan risiko perniagaan yang diceburi.
Barangan dan Perkhidmatan Berkualiti
Berusaha untuk memastikan mutu barangan dan perkhidmatan memenuhi kehendak pelanggan dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti secara berterusan.
Perkhidmatan Penghantaran
Memastikan ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan serta dengan khidmat susulan yang sentiasa cemerlang.
Kos Pengeluaran Minimum
Berusaha untuk meminimumkan kos pengeluaran supaya harga barangan mampu bersaing di pasaran tanpa menjejaskan teknologi terkini untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti.
Beretika
Nilai Etika yang Tinggi
Mempunyai dan mempraktikkan nilai dan etika yang tinggi dalam mengurus perniagaan.
Prinsip Pengurusan yang telus
Segala urusniaga mesti dikendalikan melalui amalan pengurusan yang berhemah dan telus.
Keseimbangan Antara Tanggungjawab Komersial dan Sosial
Kepentingan komersial mesti diseimbangkan dengan tanggungjawab masyarakat dan alam sekitar.
Jujur dan Amanah
Kredibiliti dan integriti yang tinggi amat penting bagi seseorang untuk terus dihormati.
Komitmen, Kesetiaan dan Kerjasama
Memberikan komitmen dan kesetiaan sepenuhnya kepada organisasi dan sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan semua pihak.