Perbadanan Putrajaya
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1995 [1] |
Ibu pejabat | Putrajaya, Malaysia |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Jabatan Wilayah Persekutuan |
Laman sesawang | www.ppj.gov.my |
Perbadanan Putrajaya merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ia diketuai oleh Presidennya, Datuk Fadlun Mak Ujud
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Perbadanan Putrajaya (PPJ) ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya.[2]
Perbadanan Putrajaya juga diamanahkan dengan fungsi pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancang tempatan dengan pelbagai pesanan dan pemberitahuan, iaitu:
- Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta Kerajaan Tempatan 1976) 2002
- Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Jalan, Saliran dan Bangunan 1974)
- Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976)
Visi
[sunting | sunting sumber]Putrajaya Bandaraya Pentadbiran Mampan Bertaraf Dunia
Misi
[sunting | sunting sumber]Menerajui Pengurusan dan Pembangunan Perbandaran Melalui Tadbir Urus Dinamik dan Berinovasi
Matlamat
[sunting | sunting sumber]Perbadanan Putrajaya ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi maksud mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perbadanan Putrajaya juga diamanahkan dengan fungsi pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancang tempatan dengan pelbagai pesanan dan pemberitahuan.
Fungsi
[sunting | sunting sumber]- Untuk melaksanakan semua fungsi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Untuk menggalakkan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan komersial, infrastruktur dan pembangunan kediaman di kawasan tersebut
- Untuk menggalakkan, merangsang dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan tersebut
- Untuk mengawal dan menyelaraskan prestasi aktiviti di atas di kawasan tersebut
- Melambangkan keharmonian antara manusia, pembangunan dan persekitaran.
- Struktur organik hijau melambangkan alam sekitar.
- Struktur statik persegi melambangkan pembangunan sebuah bandar.
- Reka bentuk keseluruhan melambangkan persekitaran dinamik yang berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Alamat Surat Menyurat
[sunting | sunting sumber]PERBADANAN PUTRAJAYA
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
24, Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Putrajaya
Malaysia
Telefon : 603 8000 8000
Faks : 603 8887 5000
Call Centre (Aduan):
Telefon : 603 8887 3000
Faks : 603 8887 5050
E-mel : PPj Customer (ppjonline@ppj.gov.my)
Anggota Perbadanan Putrajaya
[sunting | sunting sumber]Anggota Perbadanan Putrajaya adalah dibentuk daripada seorang pengerusi yang memegang jawatan Presiden Perbadanan Putrajaya, 2 orang wakil negeri Selangor terdiri daripada Ahli Dewan DiRaja Selangor, 3 orang wakil Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Wilayah Persekutuan, dan 2 orang wakil swasta. [3]
Bil. | Anggota | Keanggotaan | Jawatan dan Agensi | Tempoh Lantikan |
---|---|---|---|---|
1 | Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud | Pengerusi | Presiden Perbadanan Putrajaya | 2 tahun |
2 | Tengku Dato' Setia Ramli Alhaj bin Tengku Shahruddin Shah Alhaj | Wakil Negeri Selangor | Ahli Dewan DiRaja Selangor | 3 tahun |
3 | Dato' Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi | Wakil Negeri Selangor | ||
4 | Dato' Shahrol Anuwar bin Saman | Wakil Kerajaan Persekutuan | Pengarah Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan | 2 tahun |
5 | Dato' Nor Azmie bin Diron | Wakil Kerajaan Persekutuan | Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi | |
6 | Datuk Nor Muhamad bin Che Dan @ Che Din | Wakil Kerajaan Persekutuan | Setiausaha Bahagian Pengurusan Pembangunan, Jabatan Wilayah Persekutuan | |
7 | Dr. Aminuddin Sham bin Tajudin | Wakil Swasta | ||
8 | Encik Muhammad Fikri bin Khalid @ Abdul Aziz | Wakil Swasta |
Carta Organisasi Sektor Eksekutif
[sunting | sunting sumber]Presiden merupakan pegawai tertinggi di Perbadanan Putrajaya dan dibantu oleh 8 orang Naib Presiden yang mengetuai 8 jabatan masing-masing. Selain itu, terdapat beberapa bahagian yang diketuai oleh seorang Pengarah di bawah jabatan tersebut. [4]
Jabatan Undang-Undang
- Bahagian Undang-Undang
Jabatan Audit dan Risiko
- Bahagian Audit Dalam
Jabatan Perkhidmatan Korporat
- Bahagian Sumber Manusia
- Bahagian Pentadbiran
- Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Bahagian Komunikasi Korporat
- Bahagain Pengurusan Strategik
- Bahagian Kormesial dan Pelaburan
Jabatan Perkhidmatan Bandar
- Bahagian Perkhidmatan Komuniti dan Sukan
- Bahagian Pelesenan
- Bahagian Kesihatan Persekitaran
- Bahagian Penguatkuasa
Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan
- Bahagian Pengurusan Projek
- Bahagian Jalan
- Bahagian Pengurusan Fasiliti
- Bahagian Trafik dan Pengangkutan Awam
Jabatan Perancangan Bandar
- Bahagian Kawalan Perancangan dan Pembangunan
- Bahagian Pembangunan Mampan dan Perumahan
- Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland
- Bahagian Kawalan Bangunan dan Rekabentuk Bandar
Jabatan Landskap dan Taman
- Bahagian Perancangan dan Pembangunan Taman
- Bahagian Rekreasi dan Operasi
- Bahagian Pengurusan dan Penyelenggaraan Landskap
- Bahagian Botani
- Bahagian Hortikultur dan Pertanian Bandar
Jabatan Kewangan
- Bahagian Pengurusan Kewangan
- Bahagian Penilaian dan Pesuruhjaya Bangunan
- Bahagian Anak Syarikat, Kawalan Kredit dan Hasil
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) dan peraturan-peraturan ; & Perbadanan Putrajaya Act 1995 (Act 536) and regulations : hingga 5hb April 2004.
- ^ "VISI PERBADANAN PUTRAJAYA". Portal Rasmi Perbadanan Putrajaya. Dicapai pada 2023-11-16.
- ^ "ANGGOTA PERBADANAN PUTRAJAYA". Portal Rasmi Perbadanan Putrajaya. Dicapai pada 2023-11-16.
- ^ "CARTA ORGANISASI". Portal Rasmi Perbadanan Putrajaya. Dicapai pada 2023-11-16.