Perani Romawi
Perani Romawi purba merupakan tempat awam utama dengan tempat duduk yang membulat atau membujur. Ia digunakan untuk acara-acara seperti pertempuran gladiator, perlumbaan rata, venatio (memburu haiwan) dan tempat pelaksanaan hukuman mati. Kira-kira 230 perani Romawi telah dijumpai merentasi Empayar Rom. Bentuk, fungsi dan nama yang tipikal membezakannya dengan panggung Romawi, yang lebih kurang berbentuk separa bulatan; dari bulatan (serupa seperti hipodrom) dengan litar yang lebih panjang yang direka terutamanya untuk acara perlumbaan kuda dan rata; serta dari stadium lebih kecil yang direka untuk acara olahraga dan lumba jalan kaki.
Perani Romawi terawal adalah sejak dari pertengahan abad pertama SM, tetapi kebanyakannya telah dibina di bawah pemerintahan Empayar, dari zaman Maharaja Augustus (27 SM–14 M) dan seterusnya. Perani Empayar telah dibina di seluruh jajahan Rom; perani terbesar boleh memuatkan 40 ribu hingga 60 ribu penonton. Ciri-ciri bangunan yang rumit memaparkan mukaan berbilang tingkat, berarked dan dihiasi dengan dengan marmar, stuko dan patung. Selepas berakhirnya pertempuran gladiator pada abad ke-5 dan pemburuan haiwan berperingkat pada kurun ke-6, kebanyakan perani telah rosak dan tidak diperbaiki. Bahan-bahan bangunan itu sama ada digunakan atau dikitar semula. Beberapa perani telah dimusnahkan dan yang lain ditukarkan kepada kubu; terdapat beberapa perani yang terus dijadikan sebagai tempat pertemuan terbuka; dan yang lain dijadikan sebagai gereja.