Pergi ke kandungan

Perani El Djem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perani El Djem
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Perani El Jem
Maklumat am
Nama asliقصر الجم
Sebahagian dari
Thysdrus Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1979 (sesi ke-3)
Lanjutan2010 Sunting ini di Wikidata
Keluasan1.37 he (0.0053 bt2)
Zon penampan26.42 he (0.1020 bt2)
Maklumat lokasi
LokasiThysdrus, El Djem, Mahdia, Tunisia
Koordinat35°17′47″N 10°42′25″E / 35.296388888889°N 10.706944444445°E / 35.296388888889; 10.706944444445Koordinat: 35°17′47″N 10°42′25″E / 35.296388888889°N 10.706944444445°E / 35.296388888889; 10.706944444445
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

'Perani El Jem' atau Amfiteater El Jem merupakan sebuah perani berbentuk bujur dalam bandar Rom, Thysdrus (lebih tepat El Djem, Tunisia). Ia telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1979.[1]

Perani El Djem telah dibina sekitar 238 M di Thysdrus yang terletak dalam Afrika Proconsulare dalam wilayah Rom atau pada hari ini dikenali sebagai El Djem, Tunisia. Ia merupakan salah satu seni bina Rom yang dipelihara dengan baik di dunia dan unik di Afrika. Seperti perani empayar Rom yang lain, ia dibina untuk acara spektator dan merupakan salah satu perani terbesar di dunia. Perani dengan kapasiti hampir 35,000 ini dibina dari blok batu, terletak di atas tanah rata, dan dipelihara dengan sangat baik.[1]

Perani El Jem merupakan perani ketiga dibina di kawasan yang sama. Dipercayai bahawa ia telah dibina oleh gabenor tempatan Gordian, yang menjadi maharaja Gordian III. Penduduk tempatan Rom mencari tempat perlindungan di sini semasa serangan Vandals pada 430 M dan Arab pada 647 M. Pada Zaman Pertengahan, ia berfungsi sebagai kubu.

Pad tahun 1695, semasa Revolusi Tunisia, Mohamed Bey El Mouradi membuat sebuah lubang pada salah satu dinding untuk menghentikan tentangan pengikut Ali Bey al-Muradi yang berkumpul di dalam perani.[2] Sekitar tahun 1850, peruntuhan dinding sekitar 30 meter (98 ka) telah dilakukan oleh Ahmad I ibn Mustafa dan pada separuh kedua abad ke-19, struktur digunakan sebagai kedai, kediaman dan tempat penyimpanan bijian.[3]

Perani ini pernah muncul dalam beberapa buah filem termasuklah Monty Python's Life of Brian dan Gladiator.

  1. ^ a b "Amphitheatre of El Jem". UNESCO. Dicapai pada 5 May 2016.
  2. ^ Nossov, Konstantin (2011). Gladiator: The Complete Guide to Ancient Rome's Bloody Fighters. Rowman & Littlefield. m/s. 129–130. ISBN 9780762777334.
  3. ^ Bomgardner, David L. (2013). The Story of the Roman Amphitheatre. Routledge. m/s. 150–151. ISBN 9781134707393.