Perang format
Penampilan
Perang format ialah persaingan antara format-format proprietari yang saling tidak serasi, khususnya peranti storan data dan format rakaman untuk media elektronik. Perang format sering disifatkan oleh pengaruh politik dan kewangan terhadap para penerbit kandungan oleh pihak pembangun teknologi terbabit. Syarikat-syarikat pembangun boleh disifatkan sebagai terlibat dalam perang format jika didapati terang-terangan melawan atau menghindari piawaian teknikal industri terbuka yang boleh saling kendali untuk mengusahakan piawaian tersendiri.
1970-an
[sunting | sunting sumber]- Perang format pita video: JVC VHS lwn Sony Betamax lwn Philips Video 2000. Sejak bermula pada tahun 1976, VHS mengawal 70% pasaran Amerika Utara menjelang tahun 1980. Kelebihan utama VHS ialah tempoh rakaman yang lebih lama. Dari sudut pandangan pengguna, media kosong VHS lebih panjang muatannya, oleh itu lebih murah.
- Piring hitam lwn Compact Cassette - Piring hitam 33-1/3 menguasai kebanyakan abad ke-20, dari 1940-an sehingga diganti oleh teknologi baru pada 1980-an. Lawan utamanya, iaitu kaset pada mulanya tidak begitu memberangsangkan sambutannya, tetapi dengan kedatangan boombox dan Walkman pada 1970-an dan awal 1980-an, lama-kelamaan kaset terjual lebih berbanding piring hitam pada 1980-an. Kaset boleh dipasang secara mudah alih, main baliknya tidak tercalar atau terlangkau, serta menghampiri mutu CD pada muzik prarakam Type II yang dikodkan dengan Dolby B.
1980-an
[sunting | sunting sumber]- Compact Cassette lwn. CD - Cakera padat jelas memperdengarkan peningkatan mutu audio dan ketahanan media berbanding segala media pita rakaman sebelumnya. Walaupun pemain CD cepat menerima sambutan untuk kegunaan rumah pada pertengahan 1980-an, namun pemain CD mudah alih pula mengalami masalah terlangkau akibat getaran dan gegaran. Oleh itu, kaset masih menguasai pasaran pemain mudah alih. Pada awal 1990-an, pembuferan ingatan pemain CD membolehkan mainan tanpa langkau, maka berjayalah jualan CD mengatasi kaset. CD kekal sebagai kaedah pengedaran audio prarakam pada 2000-an.