Perang Uthmaniyah–Venice (1537–40)
Perang Uthmaniyah–Venice Ketiga | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah–Venice | |||||||
"Pertempuran Preveza" (1538) oleh Ohannes Umed Behzad, dilukis pada tahun 1866. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Liga Suci: Republik Venezia Sepanyol Republik Genoa Negeri-negeri Paus Kerajaan Beraja Naples Kerajaan Beraja Sicily Kesatria Malta |
Empayar Uthmaniyah Perancis (sehingga 1538) | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Andrea Doria | Hayreddin Barbarossa |
Perang Uthmaniyah-Venice Ketiga (1537–1540) adalah perang kedua daripada tiga buah peperangan antara pihak Uthmaniyah dan Venice pada kurun ke-16. Perang ini terjadi antara perikatan Perancis-Uthmaniyah iaitu Françis I dari Perancis dan Süleyman I daripada Empayar Uthmaniyah menentang Maharaja Suci Rom Charles V. Rancangan asal di antara dua pihak ini adalah untuk bersama-sama menyerang Itali, Françis melalui Lombardy di utara manakala Süleyman melalui Apulia ke selatan. Bagaimanapun, cadangan serangan ini gagal dilaksanakan.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Apa yang dikenali sebagai Perang Itali 1536–1538, Françis telah menyerang Piedmont, dan berjaya mendapatkan wilayah yang luas, telah disekat oleh Genoa, sebuah sekutu kepada Charles V. Tambahan lagi, Françis tidak dapat meletakan semua sumber-sumber beliau semasa menyerang kota ini kerana pada masa yang sama harus mengekang serangan Charles V ke atas Provence. Pada masa yang sama, Süleyman tidak bersedia untuk terlibat dalam serangan berskala besar ke atas Kerajaan Beraja Naples oleh itu tidak memberi sebarang bantuan kepada Françis. Tentera Uthmaniyah mendarat di Otranto daripada kem mereka di Valona pada 23 Julai, 1537 tetapi ditarik keluar semula dalam masa sebulan selepas Sulaiman mendapat tahu Françis tidak akan menyerang Lombardy. Bagaimanapun, pendaratan dan serangan tentera Uthmaniyah di Apulia dan kehadiran armada laut besar Uthmaniyahdi Selat Otranto menghasilkan kebimbangan di Rome yang mana kemungkinan serangan berskala besar akan dibuat.
Pengepungan Corfu 1537
[sunting | sunting sumber]Kebimbangan ini semakin jelas apabila berlakunya sebuah pertempuran kecil dengan Andrea Doria, Uthmaniyah dengan segera mengepung Pulau Corfu milik Venice di Adriatik (Pengepungan Corfu 1537), oleh itu membatalkan perjanjian damai yang ditandatangani dengan Venice pada tahun 1502. Di Corfu, Uthmaniyah berdepan dengan tentangan hebat dan pertahanan yang direka khusus untuk bertahan daripada artileri Uthmaniyah. Kepungan ini bertahan kurang daripada dua minggu di mana Sulaiman kemudian mengundurkan pasukan tentera beliau dan menghabiskan musim sejuk di Adrianople.
Peristiwa ini menyebabkan Paus Paul III menubuhkan sebuah Liga Suci (1538) untuk melawan dan menghalang serangan Uthmaniyah yang dijangka akan berlaku pada tahun berikutnya. Melalui diplomasi gigih, Paus berjaya menghentikan perang di antara Charles V dan Françis I dengan Perdamaian Sementara Nice dan berjaya mendapatkan sokongan Charles. Venice juga menyertai liga ini tetapi hanya selepas perdebatan panjang di senat.
Persediaan Uthmaniyah
[sunting | sunting sumber]Armada Uthmaniyah semakin kuat dari segi saiz selain cekap pada kurun ke-16. Ia kini diketuai oleh seorang bekas lanun yang kini menjadi laksamana Hayreddin Barbarossa Pasha. Pada muzim panas tahun 1538, Uthmaniyah mengalih perhatian mereka kepada wilayah yang masih dikuasai oleh Venice di Laut Aegea dengan menawan pulau-pulau Andros, Naxos, Paros, dan Santorini, selain merampas dua buah penempatan terakhir Venice di Peloponnese Monemvasia dan Navplion. Fokus Uthmaniyah selepasnya adalah Adriatik. Di sini, kawasan di mana orang Venice menganggap kawasan perairan mereka, Uthmaniyah dengan menggabungkan pasukan laut mereka dan tentera darat di Albania, berjaya menakluk sebuah jaringan kubu-kubu di Dalmatia dan secara rasminya menjamin kekuasaan mereka. Pertempuran yang paling penting iaitu Pertempuran Préveza. Selepas menawan Kotor, komander tertinggi tentera laut Liga Suci, seorang Genoa; Andrea Doria berjaya memerangkap armada tentera laut Barbarossa di Teluk Ambracia. Ia bagaimanapun memberi kelebihan kepada Barbarossa kerana beliau memiliki sokongan daripada Tentera Darat Uthmaniyah di Préveza sementara Doria tidak dapat mengetuai serangan umum kerana bimbang artileri Uthmaniyah, dan menunggu di laut terbuka. Akhirnya, Doria memberi arahan untuk berundur pada masa Barbarossa membuat serangan yang memberi kemenangan besar kepada Uthmaniyah. Peristiwa semasa pertempuran ini, selain peristiwa semasa Pengepungan Castelnuovo (1539) menghentikan sebarang rancangan oleh Liga Suci untuk membawa Uthmaniyah berperang dalam wilayah mereka sendiri dan mamaksa Liga Suci untuk berbincang bagi menamatkan perang. Perang ini menyakitkan bagi Venice kerana mereka telah kehilangan banyak wilayah di luar Venice selain membuktikan bahawa mereka tidak mampu untuk menentang Tentera Laut Uthmaniyah yang bersendirian.
Selepas perang
[sunting | sunting sumber]Sebuah penyerahan atau "Capitulation" telah ditandatangani di antara Venice dan Empayar Uthmaniyah untuk menamatkan perang pada 2 Oktober 1540.
Semasa tempoh antara permulaan Perang Uthmaniyah–Venice Kedua pada tahun 1499 dan penamat perang ini pada tahun 1540, Empayar Uthmaniyah membuat kemaraan penting ke dalam daerah pedalamam Dalmatia – ia tidak menduduki kota-kota Venice, tetapi merampas wilayah pegangan Croatia-Kerajaan Beraja Hungary antara Skradin dan Karin, menghapuskan ia sebagai zon penampan antara wilayah Uthmaniyah dan Venice.[1] Keadaan ekonomi kota-kota Venice di Dalmatia, terkesan dengan pendudukan Turki di pedalaman dalam perang sebelumnya, pulih semula dan berkembang meskipun semasa perang.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Bogumil Hrabak (September 1986). "Turske provale i osvajanja na području današnje severne Dalmacije do sredine XVI. stoleća". Journal – Institute of Croatian History (dalam bahasa Serbian). University of Zagreb, Faculty of Philosophy, Zagreb. 19 (1). ISSN 0353-295X. Dicapai pada 2012-07-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Raukar, Tomislav (November 1977). "Venecija i ekonomski razvoj Dalmacije u XV i XVI stoljeću". Journal – Institute of Croatian History (dalam bahasa Croatian). Zagreb, Croatia: Faculty of Philosophy, Zagreb. 10 (1): 218–221. ISSN 0353-295X. Dicapai pada 2012-07-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Garnier, Edith L'Alliance Impie Editions du Felin, 2008, Paris ISBN 978-2-86645-678-8 Interview Diarkibkan 2009-08-18 di Wayback Machine
- Goffman, Daniel. The Ottoman Empire and Early Modern Europe. N.p.: Cambridge University, 2002. Print. New Approaches to European History.
- Imber, Colin. The Ottoman Empire, 1300–1650. N.p.: Palgrave Macmillan, 2009. Print.
- Labib, Subhi. “The Era of Suleyman the Magnificent: Crisis of Orientation”. International Journal of Middle East Studies 10.4 (1979): 435–451. Web…
- Setton, Kenneth M. The Papacy and the Levant, 1204–1571. Vol. 3. Philadelphia: American Philosophical Society, 1984. Google Books. Web. 29 Feb. 2016.
- Soucek, Svatopluk. “Navals Aspects of the Ottoman Conquests of Rhodes, Cyprus and Crete”. Studia Islamica 98/99 (2004): 219–261. Web...
- Perang Uthmaniyah–Venice
- Abad ke-16 di Empayar Uthmaniyah
- Konflik tahun 1530-an
- Konflik tahun 1540
- Sejarah ketenteraan di Mediterranean
- 1537 di Itali
- 1537 di Empayar Uthmaniyah
- 1540 di Itali
- 1540 di Empayar Uthmaniyah
- 1539 di Itali
- 1539 di Empayar Uthmaniyah
- 1538 di Itali
- 1538 di Empayar Uthmaniyah
- Konflik Sepanyol-Uthmaniyah