Pergi ke kandungan

Perang Schleswig Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Schleswig Kedua
Sebahagian daripada penyatuan Jerman

Lakaran Perang Schleswig Kedua
Tarikh1 Februari – 30 Oktober 1864
Lokasi
Keputusan Kemenangan Austria-Prusia, Perjanjian Vienna (1864)
Perubahan
wilayah
Denmark gagal untuk mengawal Schleswig, Holstein, dan Lauenburg
Pihak yang terlibat

 Empayar Austria

Kerajaan Prusia
 Denmark
Komandan dan pemimpin
William I
Otto von Bismarck
Helmuth von Moltke
Friedrich Graf von Wrangel
Empayar Austria Franz Joseph I
Empayar Austria Wilhelm von Tegetthoff
Denmark Christian IX
Denmark Ditlev Gothard Monrad
Denmark Christian Albrecht Bluhme
Denmark Christian Julius de Meza
Kekuatan
Ketika meletusnya peperangan: 61,000
158 senjata api
Dihantar oleh tentera bantuan: 20,000
64 senjata api
38,000
100+ senjata api[1]
Kerugian dan korban
1,700+ terbunuh, cedera ataupun ditangkap 1,570+ terbunuh, 700+ cedera, 3,550+ ditangkap

Perang Schleswig Kedua merupakan konflik ketenteraan kedua antara Denmark dan Kerajaan Prusia selepas mereka mempertikaikan wilayah masing-masing.

Denmark menentang Prusia dan juga Austria. Sama sahaja seperti pada Perang Scleswig Pertama (1848–51), ia telah berjuang untuk mengawal duci Holstein dan Lauenburg disebabkan oleh pertikaian penggantian raja Denmark yang telah meninggal dunia tetapi tanpa waris yang hanya boleh diterima oleh Gabungan Jerman. Alasan berlakunya perang ini kerana berlakunya kontroversi etnik di Schleswig.

Peperangan ini tamat pada 30 Oktober 1864 selepas Perjanjian Vienna ditandatangani yang menyebabkan Denmark kehilangan Schleswig, Holstein dan Saxe-Lauenburg untuk diberikan kepada Prusia dan Austria.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Gerakan yang dilakukan oleh Denmark ke atas wilayah majoriti Jerman di Holstein dan selatan Schleswig telah tercetusnya Perang Schleswig Pertama (1848–51), tetapi gerakan ini diteruskan pada tahun 1850an dan 1860an kerana Denmark ingin menyatukan Duci Scleswig ke dalam kerajaan Denmark the movement continued throughout the 1850s and 1860s. Selain itu juga, penyokong penyatuan Jerman menyatakan hasrat untuk memasukkan duci Scleswig dan Holstein yang diperintah oleh Denmark ke dalam 'Jerman'. Holstein sebahagian daripada Gabungan Jerman dan sebelum 1806, ia merupakan pegangan Jerman yang didiami oleh orang Jerman, Scleswig pula merupakan pegangan Denmark dan orang di sana menggunakan bahasa Denmark, Jerman dan Frisia Utara. Asalnya, Scleswig merupakan tanah air bagi puak Angles ketika zaman Viking. Denmark cuba untuk meluaskan pengaruhnya, namun ditolak oleh Empayar Suci Rom selepas beberapa perang menentang Denmark. Walau bagaimanapun, utara dan bahagian tengah Scleswig asalnya menggunakan bahasa Denmark. Pada zaman moden, sebahagian selatan menggunakan bahasa Jerman. Pada bahagian pantai barat Scleswig, penduduk menggunakan loghat Frisia Utara. Holstein pula sentiasa sebahagian Jerman.

  1. ^ name="milhist1"

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]