Perang Itali-Habsyah Kedua
Perang Itali-Habsyah Kedua | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Tempoh antara perang | |||||||||
Tentera Itali di Habsyah ketika peperangan | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Itali | Habsyah | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Victor Emmanuel III | Haile Selassie I | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
500,000 tentera 595 pesawat 795 kereta kebal |
800,000 tentera Approx. 3 pesawat 3 kereta kebal | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
20,000 terbunuh 180,000 sakit dan cedera | 775,000 terbunuh dan cedera |
Perang Itali-Habsyah Kedua (Itali: Guerra d'Etiopia ) merupakan sebuah peperangan yang berlaku di antara Kerajaan Itali dan Empayar Habsyah. Peperangan ini jelas bahawa Itali ingin menawan Habsyah setelah berjaya menakluk Eritrea dan Somalia di benua Afrika.
Dari segi politik, peperangan seperti ini diingati kerana mendedahkan kelemahan yang wujud dari Liga Bangsa seperti Peristiwa Manchuria pada tahun 1931 (Jepun menakluk tiga wilayah China), Krisis Habsyah pada tahun 1935 sering dilihat sebagai demonstrasi yang jelas bahawa Liga Bangsa tidak peduli. Itali dan Habsyah adalah anggota Liga Bangsa tetapi tidak dapat mengawal Itali untuk melindungi Habsyah apabila Itali jelas melanggar undang-undang Liga Bangsa sendiri.
Dengan bermulanya Perang Dunia Kedua, tentera Itali menyerang tentera British pada tahun 1941 dalam beberapa bulan selepas penubuhan Afrika Timur Itali dengan kerjasama Habsyah. Ini menyebabkan kejatuhan pemerintahan Itali di Habsyah kerana British bersekutu dengan Perancis dan Amerika Syarikat. Tentera Bersekutu menyerang Itali menyebabkan Itali berundur dari Afrika dan melindungi negara sendiri. Secara rasmi, keadaan perang secara rasminya berakhir pada 10 Februari 1947 dengan menandatangani Perjanjian Paris antara Itali dan Habsyah yang menyebabkan Itali kehilangan semua jajahan di Afrika. Selain itu, Itali juga kehilangan jajahan Libya di Afrika Utara.