Pergi ke kandungan

Perang Arab-Khazar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Arab-Khazar
Sebahagian daripada Penaklukan Islam
Tarikh650-758
Lokasi
Keputusan Status quo ante bellum
Perubahan
wilayah
Kaukasus buat sementara didiami oleh Umayyah; Azerbaijan buat sementara didiami oleh Khazar
Pihak yang terlibat
Khaganate Turkic Khazar Khilafah Umayyah (dan kemudian Khilafah Abbasiyyah)

Templat:Campaignbox Khazar-Arab Wars

Perang Arab-Khazar adalah satu siri kempen, biasanya dikelaskan sebagai Perang Arab-Khazar Pertama (669) dan Kedua (sekitar 715-737). Ia berlaku antara tentera Khanate Khazar dan khilafah Umayyah (selain pengantinya Abbasiyyah) dan negeri-negeri naungan masing-masing.

Semasa kurun ke-7 dan ke-8, Khazar menempuh satu siri peperangan melawan Khilafah Umayyah, yang mana sedang mengembangkan empayar ke Transoxiana dan Kaukasus. Perang pertama berlaku pada awal 650 dan berakhir dengan kekalahan tentera Arab yang diketuai oleh Abd ar-Rahman ibn Rabiah di luar bandar Khazar di Balanjar, selepas satu peperangan di mana kedua-dua pihak mengepung satu sama lain.

Pertikaian meletus sekali lagi dengan khilafah Islam pada tahun 710-an, dengan pertempuran di seberang kawasan Kaukasus. Khazars, diketuai oleh seorang putera bernama Barjik, menyerang timur laut Iran dan mengalahkan tentera Umayyah di Ardabil pada tahun 730, membenuh gabenor Arab, Al-Djarrah al-Hakami dan secara singkat menduduki bandar ini. Mereka kemudian dikalahkan pada tahun berikutnya di Mosul, di mana Barjik memberi arahan kepada tentera Khazar dari sebuah singahsana yang dipasang dengan kepala al-Djarrah, dan Barjik terbunuh dalam pertempuran ini. Tentera Arab pertamanya diketuai oleh seorang putera Arab Maslamah ibn Abd al-Malik dan kemudian oleh Marwan ibn Muhammad (kemudian Khalifah Marwan II) menyerbu menyeberangi Kaukasus dan akhirnya pada tahun 737 mengalahkan tentera Khazar yang diketuai oleh Hazer Tarkhan, secara singkat beliau sendiri mendiami bandar Atil. Ketidak stabilan kerajaan Umayyah menjadikan pendudukan kekal mustahil dilakukan. Tentera Arab kemudian berundur dan kemerdekaan Khazar diserahkan kembali.

Pertempuran utama terakhir di antara tentera Khazar dan khilafah berlaku pada 758, apabila sepasukan tentera Khazar yang diketuai oleh Ras Tarkhan menyerang dan secara sementara menduduki sebahagian Azerbaijan dan Arran. Hubungan di antara Khazaria dan khilafah beransur baik setelah beberapa ketika, apabila pada kurun ke-10 Raja Joseph dari Khazar memberi laporan kepada Hasdai ibn Shaprut bahawa Khazars telah mempertahankan wilayah Kaspia dari serangan oleh Rus.

  • Kevin Alan Brook. The Jews of Khazaria. 2nd ed. Rowman & Littlefield Publishers, Inc, 2006.
  • Douglas M. Dunlop. The History of the Jewish Khazars, Princeton, N.J.: Princeton University Press, 1954.
  • Peter B. Golden. Khazar Studies: An Historio-Philological Inquiry into the Origins of the Khazars. Budapest: Akademia Kiado, 1980.
  • Norman Golb and Omeljan Pritsak, Khazarian Hebrew Documents of the Tenth Century. Ithaca: Cornell Univ. Press, 1982.
  • István Zimonyi The Origins of the Volgha Bulghars. Studia Uralo-Altaica 32. Szeged 1990.

Templat:Khazaria Templat:Battle-stub