Pergi ke kandungan

Penyisipan rentetan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam pengaturcaraan komputer, penyisipan rentetan atau penyisipan pemboleh ubah (bahasa Inggeris: string interpolation, variable interpolation) ialah proses penilaian sebaris literal rentetan (string literal) yang mengandungi satu atau lebih penempat (placeholder), bagi menghasilkan sebaris rentetan dengan menggantikan penempat‑penempat tadi dengan nilai masing‑masing.

Contoh dalam PHP:

$nama = "Polan";
echo "Nama saya si $nama";
// Hasil:
// Nama saya si Polan

Dalam contoh di atas, $nama ialah penempat, yang nilainya ialah Polan.