Penyahhingaran video
Penampilan
Penyahhingaran video (bahasa Inggeris: Video denoising ) ialah proses pembuangan hingar daripada isyarat video. Kaedah-kaedah penyahhingaran video terdiri daripada:
- Kaedah penyahhingaran video ruangan (spatial), yang mana pengurangan hingar imej digunakan pada setiap bidang satu demi satu.
- Kaedah penyahhingaran video masaan (temporal), yang mana hingar antara bidang dikurangkan. Teknik pemampatan teknik boleh digunakan untuk mengelakkan kelihatannya artifak bebayang ketika menyebatikan piksel-piksel sesama bidang.
- Kaedah penyahhingaran video ruangan-masaan menggabungkan kaedah penyahhingaran ruangan dan masaan.
Setiap kaedah penyahhingaran video direka dan ditala untuk jenis-jenis hingar tertentu. Antara jenis-jenis hingar videonya ialah:
- Hingar analog
- Artifak saluran radio
- Gangguan frekuensi tinggi (bintik-bintik, garis warna mengufuk pendek, dsb.)
- Gangguan saluran keterangan dan warna (masalah dengan antena)
- Penduaan semula video (timbulnya pengkonturan salah)
- Artifak VHS
- Penurunan khusus warna
- Gangguan saluran keterangan dan warna (jenis khusus untuk VHS)
- Anjakan garis kelam-kabut di akhir bidang (salah jajaran isyarat segerak semula baris)
- Jaluran hingar mengufuk luas (VHS lama atau rintangan kepala magnet)
- Artifak filem (lihat juga pemeliharaan filem)
- Artifak saluran radio
- Hingar digital
- Blok (artifak kadar bit rendah)
- Garis sisi (artifak kadar bit rendah dan sederhana, terutamanya pada kartun animasi)
- Kerosakan kesan blok (hirisan) seandainya kehilangan dalam saluran pemancaran digital atau kerosakan cakera (calar pada DVD)
Pelbagai jenis kaedah penindasan digunakan untuk memadamkan semua artifak ini pada video.