Pergi ke kandungan

Pentakrifan semula unit asas SI 2019

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sistem SI selepas pentakrifan semula 2019: Kebersandaran takrifan unit asas pada pemalar fizik dengan nilai berangka tetap dan pada unit asas yang lain.
Sistem SI selepas tahun 1983, tetapi sebelum pentakrifan semula 2019: Kebersandaran takrifan unit asas pada unit asas yang lain (misalnya, meter ditakrifkan sebagai jarak dilalui oleh cahaya dalam pecahan khusus daripada satu saat), dengan pemalar semula jadi dan artifak digunakan untuk menakrifkan unit-unit asas (seperti jisim IPK bagi kilogram).

Pada 16 November 2018, Persidangan Umum mengenai Berat dan Ukuran (CGPM) yang ke-26 mengundi sebulat suara menyokong takrifan semakan unit asas SI,[1][2] iaitu Jawatankuasa Antarabangsa bagi Berat dan Ukuran (CIPM) telah mengusulkannya pada awal tahun itu.[3]:23 Takrifan baru ini akan berkuat kuasa pada 20 Mei 2019.[4][5]

Unit kilogram, ampere, kelvin, dan mol akan kemudian ditakrif dengan menetapkan nilai berangka yang tetap bagi pemalar Planck (h), cas elektrik asas (e), pemalar Boltzmann (k), dan pemalar Avogadro (NA), masing-masing. Meter dan kandela sudah ditakrif oleh pemalar fizik, tertakluk pada pembetulan ke takrifan kini masing-masing. Takrifan baharu ini bertujuan untuk menambah baik SI tanpa mengubah saiz mana-mana unit, dengan itu memastikan kesinambungan dengan ukuran sedia ada.[6][7]

Sistem metrik asalnya dilihat sebagai sistem ukuran yang boleh diterbit daripada fenomana tidak berubah,[8] tetapi pengehadan amali memerlukan penggunaan artifak (meter prototaip dan kilogram prototaip) apabila sistem metrik pertama kali diperkenal di Perancis pada tahun 1799.

Perubahan besar sistem metrik sebelum ini berlaku pada tahun 1960 apabila Sistem Unit Antarabangsa (SI) diterbitkan secara rasmi. SI ialah sistem koheren distrukturkan sekitar tujuh unit asas yang takrifannya tidak dipaksa oleh itu daripada mana-mana unit lain dan dua puluh dua unit bernama lagi diterbit daripada tiga unit asas ini. Meter ditakrif semula dari segi panjang gelombang radiasi kripton-86,[Note 1] menjadikannya boleh diterbit daripada fenomena semula jadi sejagat, tetapi kilogram kekal ditakrif dari segi prototaip fizik, menjadikannya satu-satunya artifak yang takrifan unit SI bersandar.

Walaupun direka untuk kestabilan jangka panjang, jisim-jisim prototaip kilogram dan salinan sekundernya telah menunjukkan variasi kecil dari masa ke masa relatif dengan satu sama lain, dan prototaip ini tidak dianggap layak untuk kejituan meningkat yang didesak oleh sains, menyebabkan bagi pengganti sesuai. Juga, beberapa unit ditakrifkan berdasarkan ukuran yang sukar untuk disedar secara tepat di dalam makmal, seperti takrifan kelvin dari segi titik tigaan air. Dengan pentakrifan semula 2019, SI buat pertama kali sepenuhnya diterbit daripada fenomena semula jadi, dengan kebanyakan unit berdasarkan pemalar fizik asas.

Sebilangan penulis telah menerbitkan kritikan terhadap takrifan semakan ini – termasuk usul itu gagal menangani impak memecahkan hubungan antara takrifan dalton[Note 2] dan takrifan kilogram, mol, dan pemalar Avogadro.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Meter ditakrif semula pada tahun 1983 dengan menetapkan nilai kelajuan cahaya. Takrifan itu kekal berkuat kuasa selepas tahun 2019.
  2. ^ Unit dalton tidak ditakrif dalam usul rasmi yang diundi oleh CGPM, hanya dalam (draf) Ninth SI Brochure (Risalah SI Kesembilan).
  1. ^ "Historic Vote Ties Kilogram and Other Units to Natural Constants". NIST. 16 November 2018. Dicapai pada 2018-11-16.
  2. ^ Milton, Martin (14 November 2016). "Highlights in the work of the BIPM in 2016". SIM XXII General Assembly. Montevideo, Uruguay. m/s. 10. Diarkib pada 2017-09-01. Ralat: If you specify |archivedate=, you must also specify |archiveurl=. https://web.archive.org/web/20170901031605/http://www.sim-metrologia.org.br/docs/2016Presentations/BIPM%202016.pdf#page=10. Diperolehi 2019-01-07. The conference ran from 13–16 November and the vote on the redefinition was scheduled for the last day.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama cipm_106
  4. ^ BIPM statement: Information for users about the proposed revision of the SI (PDF), diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-01-21, dicapai pada 2019-01-07
  5. ^ "Decision CIPM/105-13 (October 2016)". The day is the 144th anniversary of the Metre Convention.
  6. ^ Kühne, Michael (22 March 2012). "Redefinition of the SI". Keynote address, ITS9 (Ninth International Temperature Symposium). Los Angeles: NIST. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-18. Dicapai pada 2012-03-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Draft of the ninth SI Brochure" (PDF). BIPM. 5 February 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-05-24. Dicapai pada 2018-11-12.
  8. ^ Crease, Robert P. (2011). "France: "Realities of Life and Labor"". World in the Balance. New York: W. W. Norton & Company, Inc. m/s. 83–84. ISBN 978-0-393-07298-3.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]