Pensonic
| |
Alamat |
Plot 98, Perusahaan Maju 8, Taman Perindustrian Bukit Tengah |
Poskod |
13600 |
Bandar | |
Penubuhan | |
Telefon dan Faks |
No. Telefon: 04-5070 393 |
Kumpulan Pensonic (MYX: 9997) merupakah sebuah syarikat peralatan elektrik yang bermula sebagai sebuah kedai kecil yang menjual peralatan elektrik di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1965. Pada tahun 1982, Pensonic diasaskan bertujuan untuk mengeluarkan sendiri peralatan elektrik bagi pertumbuhan jangka panjang syarikatnya. Nama “Pensonic” direka dengan menggabungkan “Pen” dan “sonic” yang bermaksud "Bunyi Pulau Pinang" (Sound of Penang).[1] Sejak itu, Pensonic berkembang sebagai jenama peralatan elektrik Malaysia pertama. Ia merupakan jenama Malaysia pertama yang menerima Geran Promosi Jenama oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tahun 2005 serta telah menerima beberapa anugerah kecemerlangan reka bentuk.
Pensonic mempunyai kemudahan penyelidikan, pemasangan dan pengeluaran di Malaysia. Selain Malaysia, produk Pensonic turut dieksport ke negara-negara ASEAN dan Timur Tengah.
Barisan produk
[sunting | sunting sumber]Barisan produk Pensonic merangkumi peralatan elektrik berikut:-
- Perkakasan dapur - seperti cerek air elektrik, periuk nasi elektrik, pengadun elektrik dsb.
- Perkakasan audio visual - seperti televisyen, radio, pemain CD, pemain VCD, pemain DVD dan pemain audio peribadi
- Produk kesihatan - seperti penapis air
- Pendingin udara dan kipas angin
Pertikaian nama Pensonic oleh Panasonic
[sunting | sunting sumber]Penggunaan nama Pensonic pernah dipertikaikan oleh Panasonic Corporation sehingga membawa kepada tindakan mahkamah oleh Panasonic. Panasonic mendakwa bahawa nama Pensonic terlalu serupa dengan Panasonic serta dianggap sebagai salah satu jenama produk tiruan. Pertikaian tersebut turut dibawa ke mahkamah di beberapa negara. Di Singapura misalnya, Panasonic memperoleh injuksi untuk menghalang Pensonic menggunakan jenama tersebut pada November 2008 setelah beroperasi lebih 20 tahun.[2]
Di Sri Lanka pula, Pensonic berjaya mengetepikan pertikaian tanda niaga oleh Panasonic pada Januari 2009[3]. Hakim mendapati bahawa Pensonic telah didaftarkan di Malaysia pada tahun 1984 dan turut didaftarkan di Jepun (negara asal Panasonic) dan di banyak negara lain di dunia tanpa sebarang tentangan daripada Panasonic. Oleh itu, ia bermaksud kedua-dua jenama tersebut memang wujud serentak di kedua-dua negara mengikut sejarah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mengenai Kami Diarkibkan 2010-10-17 di Wayback Machine - profil rasmi syarikat Pensonic, diambil dari laman rasmi Pensonic.
- ^ [1]
- ^ Judgment by D. M. Karunaratna, Director of Intellectual Properties on Application no. 99105