Pergi ke kandungan

Penjara Pengkalan Chepa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penjara Pengkalan Chepa terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan, Malaysia. Pengarah penjara itu ialah Penolong Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa. Kemudian beliau diganti oleh Muhammad Zuki Muhammad Zain.

Galeri Penjara Pengkalan Chepa menjual pelbagai hasil kraftangan para banduan hingga mencecah RM500,000 tahun 2010. 30 % disumbangkan daripada produk batik, 10 % daripada produk makanan dan selebihnya bengkel-bengkel lain termasuk jualan produk kraf . Banduan turut membuat songket.[1]