Penjajap auksiliari Jerman Kormoran
Kormoran (HSK-8) , ialah sebuah penyerang kapal dagang Kriegsmarine (Tentera Laut Jerman) sewaktu berlangsungnya Perang Dunia Kedua. Pada asalnya kapal ini merupakan kapal dagang Steiermark; ia diambil alih oleh Kriegsmarine apabila Perang tercetus dan diubah suai menjadi sebuah kapal penyerang. Kapal ini ditadbir Kriegsmarine dengan designasi Schiff 41; pada tentera laut Bersekutu kapal ini dikenali sebagai Raider G. Kormoran merupakan kapal penyerang kapal dagang yang yang terbesar yang dikendalikan pihak Jerman dan berjaya memusnahkan sepuluh buah kapal dagang dan menawan sebuah lagi dalam operasinya selama setahun di lautan-lautan Atlantik dan Hindi.
kapal ini terkenal kerana berjaya mengaramkan penjajap ringan Australia, HMAS Sydney dalam tempuran yang saling memusnahkan kedua-dua kapal di pesisir Australia Barat pada 19 November 1941 . Kerosakan yang dialami Kormoran mendorong anak kapalnya membocorkannya. Sementara 318 orang daripada 399 orang yang berada di atas kapal Jerman ini berjaya diselamatkan dan ditawan sepanjang baki Perang Dunia Kedua, tidak ada seorangpun daripada 645 orang anak kapal Sydney yang terselamat. Bangkai kapal Kormoran diketemui semula pada 12 Mac 2008, lima hari sebelum penemuan kapal lawannya.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.