Pengkristianan
Pengkristianan atau Kristianisasi merujuk kepada pengkristianan individu kepada agama Kristian atau pengkristianan seluruh masyarakat pada masa yang sama, juga termasuk gerakan mengkristiankan amalan dan budaya asli pagan (pagan di sini boleh merujuk kepada agama selain Kristian), imej keagamaan pagan, tempat suci pagan dan kalendar pagan kepada kegunaan Kristian, melalui usaha-usaha pendakwahan atau penyebaran ajaran oleh agamawan tertentu seoerti paderi dan mubaligh ("penginjilan" atau "evangelisme") berpandukan tradisi "Amanat Agung" (Great Commission).
Proses kristianisasi berlaku dengan aman dan juga ganas, daripada pemelukan bersifat politik kepada kempen ketenteraan untuk memaksa penduduk asal memeluk kristian pada zaman pertengahan.