Pergi ke kandungan

Hafizah Sururul Bolkiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah
Anak Ke-5 Sultan Hassanal Bolkiah
KeputeraanHafizah Sururul Bolkiah
(1980-03-12)12 Mac 1980 (umur 44 tahun, 7 bulan dan 30 hari)
Istana Nurul Iman, Brunei
PasanganYAM Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini (k.2012)
AnakandaYAM Pengiran Anak Muhammad Za'eem
YAM Pengiran Anak Muhammad 'Aamir
YAM Pengiran Anak ' Abdul Hakeem
YAM Pengiran Anak 'Abdul Aleem
Nama penuh
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah Binti Kebawah Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
KerabatIstana Nurul Iman, Brunei
AyahandaKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
BondaKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
AgamaIslam

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah Binti Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah (Jawi: يڠ ترأمت موليا ڤادوك سري ڤڠيران أنق ڤوتري حاجه حفيظه سرور البلقيه) adalah anakanda kelima dan puteri keempat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha .Yang Teramat Mulia diputerikan pada (1980-03-12)12 Mac 1980 di Istana Nurul Iman, Brunei.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Yang Teramat Mulia (YTM) telah memulakan pengajian formal di Sekolah Antarabangsa pada tahun 1984 dan menjalani semua peringkat-peringkat pendidikan dari tadika, peringkat rendah dan menengah dalam semua mata pelajaran biasa termasuk pelajaran.

Sebagai seorang penuntut, YTM telah menunjukkan kesungguhan,sifat-sifatnya yang rajin, tekun dan setiasa suka kepada pengajian yang dihadapinya. Berikut sifat-sifat seperti ini, YTM telah lulus dalam peperiksaan PCE pada tahun 1990 dan melayakkan diri untuk meneruskan pengajiannya di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan mengikut jejak kekanda-kekanda YTM. Dalam tahun 1993, YTM telah lulus peperiksaan BJCE dan dalam bulan Jun 1995 telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan GCE peringkat biasa yang mana melayakkan YTM memasuki Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong.

Dengan semangat serta azam yang gigih untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan YTM telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Peniagaan dengan Kepujian Kelas Kedua Atas dari Universiti Brunei Darussalam dalam Majlis Konvokesyen yang ke-14 pada 7 September 2002.

Semangat untuk berbakti kepada masyarakat dan ugama serta berbekalkan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi, YTM berkenan berkhidmat dan berbakti dalam kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Kementerian Kewangan. Semasa bertugas di kementerian ini, YTM berangkat menghadiri majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh kementerian berkenaan, di samping berangkat ke majlis-majlis rasmi negara. Dalam bidang pengajian Kitab Suci Al-Qur'an, YTM sangat gemar dalam menumpukan perhatiannya antara lain berguru dengan Datin Hajah Maliha Binti Hantif, isteri Allahyarham Dato Paduka Haji Mutajab Saien. Pada 21 Mac 1996, Majlis Khatam Al-Qur'an bersama kekandanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Anak Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan adindanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ' Azemah Ni'matul Bolkiah telah berlangsung dengan penuh adat di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman.

Dalam kalangan rakan-rakannya semasa menuntut, YTM telah menunjukkan sebagai seorang pelajar yang berbudi bahasa, berhemah tinggi dan mesra dengan rakan-rakannya serta sentiasa menghormati guru-gurunya. Dengan kedudukan ini, YTM sangat disegani dan dikenali oleh rakan-rakan sejawatannya.

Dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah, YTM adalah seorang yang sangat aktif dan tidak ketinggalan dalam bidang-bidang yang digemarinya. Oleh demikian YTM dihormati oleh rakan-rakannya dan disayangi oleh guru-guru YTM, berakhlak mulia dan dicontohi.

Perkahwinan

[sunting | sunting sumber]

Yang Teramat Mulia Paduka Anak Puteri Hajah Hafizah Suurul Bolkiah berkahwin dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini (dilahirkan pada 18 Januari 1983) dan merupakan anak kedua dari pasangan YM Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub Bin Pengiran Haji Othman dan YM Dayang Hajah Zainon Binti Dato Paduka Elias. Pasangan ini bolehlah dikatakan sebagai pengantin baru kerana sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada 20 September 2012 lepas. Pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Za'eem (2013-08-03)3 Ogos 2013 Istana Nurul Iman, Brunei 11 tahun, 3 bulan dan 8 hari)
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad 'Aamir (2015-02-13)13 Februari 2015 Istana Nurul Iman, Brunei 9 tahun, 8 bulan dan 29 hari
Yang Amat Mulia Pengiran Anak ' Abdul Hakeem (2018-02-19)19 Februari 2018 Brunei 6 tahun, 8 bulan dan 23 hari
Yang Amat Mulia Pengiran Anak ' Abdul Aleem (2020-06-16)16 Jun 2020 Brunei 4 tahun, 4 bulan dan 26 hari