Pengiktirafan kesatuan sama jantina di Latvia
Latvia tidak mengiktiraf kesatuan sama jantian, sama ada dalam bentuk perkongsian hidup atau perkahwinan.
Perkongsian hidup
[sunting | sunting sumber]Pada 23 September 1999, Pejabat Hak Asasi Manusia Kebangsaan Latvia mendaftarkan rang undang-undang perkongsian hidup kepada Saeima. Pada 28 September 1999, cadangan itu telah dihantar kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Hal Ehwal Awam Saeima untuk perbincangan.[1][2] Pada 30 November 1999, suruhanjaya menolak rang undang-undang tersebut.[3]
Pada Januari, Pejabat Ombudsman (nama baharu untuk Pejabat Hak Asasi Manusia Kebangsaan sejak 2007) mencadangkan kepada Parlimen untuk tidak memperkenalkan pendaftaran perkongsian kepada pasangan sama jantina.[4] Walau bagaimanapun, selepas perhimpunan gay yang dikenali sebagai Baltic Pride pada Jun 2012, ia telah mendedahkan bahawa Kementerian Kehakiman sedang meneliti sama ada untuk mengiktiraf perkongsian hidup pasangan sama jenis, sama ada melalui pensedudukan tidak berdaftar atau perkongsian hidup berdaftar.Menteri Pertahanan, Artis Pabriks menyuarakan sokongan beliau untuk pendaftaran perkongsian hidup.[5] Mozaika, organisasi hak asasi gay terbesar di Latvia, meramalkan bahawa ia mengambil masa kira-kira lima tahun untuk mendapatkan sokongan politik yang mencukupi untuk meluluskan rang undang-undang.[6]
Pada November 2014, Pada bulan November 2014, ketika mengulas mengenai perisytiharan oleh Menteri Luar Negeri, Edgars Rinkēvičs bahawa dia adalah gay, Perdana Menteri Laimdota Straujuma menyatakan sokong beliau terhadap larangan perlembagaan mengenai perkahwinan sama jantina. Straujuma turut mengakui bahawa "Undang-undang Latvia masih belum menyelesaikan persoalan mengenai perhubungan perkongsian hidup", menjelaskan bahawa pengiktirafan pasangan yang belum berkahwin memberi kesan kepada orang ramai di Latvia tanpa mengira orientasi seksual dan perlindungan keluarga perlu dibincangkan oleh masyarakat dan Saeima.[7]
Pada 30 Januari 2015, Veiko Spolītis, ahli Parlimen menyerahkan rang undang-undang untuk menggubal Kod Sivil Latvia bagi membenarkan perkongsian hidup. Undang-undang yang dicadangkan akan membenarkan "mana-mana pasangan" untuk mendaftar perkongsian hidup mereka dan mempunyai hak dan kewajipan dengan pasangan yang berkahwin.[8][9] Cadangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Hal Ehwal Undang-undang pada 24 Februari 2015.[10][11]
Pada 23 Mac 2015, Pengerusi Pembangunan Latvia, Juris Pūce, melancarkan kempen mengumpul tandatangan untuk menerima pakai undang-undang persedudukan di Latvia.[12] Draf rang undang-undang menjelaskan bahawa pendaftaran persedudukan pasangan akan menjamin hak yang sama kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira jantina.
Perkahwinan
[sunting | sunting sumber]Perlembagaan
[sunting | sunting sumber]Pada Disember 2005, Saeima mengundi 65-5 untuk meluluskan pemindaan perlembagaan dengan mengharamkan perkahwinan sama jantina.[13]
Cabaran undang-undang
[sunting | sunting sumber]Pada 27 Mei 2016, Mahkamah Perlembagaan Latvia membatalkan keputusan mahkamah pentadbiran yang menolak permohonan untuk mendaftarkan perkahwinan sama jenis di negara ini. Seorang jurucakap media Mahkamah Agung berkata bahawa mahkamah bersetuju dengan mahkamah pentadbiran bahawa peraturan semasa tidak membenarkan perkahwinan sejenis seks dilakukan secara sah di Latvia. Walau bagaimanapun, perkara itu sepatutnya dipertimbangkan dalam konteks bukan perkahwinan, tetapi untuk mendaftar perkongsian hidup berkeluarga. Tambahan pula mustahil untuk membuat kesimpulan sama ada hak pemohon tidak dilanggar kecuali tuntutan mereka diterima dan disemak dengan cara yang betul.[14] Mahkamah Agung akan memutuskan sama ada penolakan itu melanggar Perlembagaan Latvia dan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah atau tidak.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "LATVIA: PARTNERSHIP LAW PRESENTED TO THE MEDIA AND SENT TO PARLIAMENT". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-31. Dicapai pada 2017-10-12.
- ^ "LATVIA: PROGRESS ON PARTNERSHIP LAW". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-31. Dicapai pada 2017-10-12.
- ^ LATVIA KILLS PARTNER MEASURE
- ^ Templat:Lv icon Letter No. 1-8/4 to parliamentary committees on human rights and legal affairs by the Ombudsman J. Jansons 26 January 2012
- ^ Templat:Lv icon "Pabriks: Latvijas likumdošanu nevar balstīt uz stereotipiem un idejām par politikas un baznīcas vienotību". Delfi.lv. 2 June 2012. Dicapai pada 11 April 2014.
- ^ Templat:Lv icon ""Mozaīka" prognozē partnerattiecību likuma pieņemšanu tuvākajā piecgadē". Kasjauns.lv. 7 May 2012. Dicapai pada 11 April 2014.
- ^ Templat:Lv icon "Straujuma: Latvijā jārada tiesisks regulējums visu veidu partnerattiecībām". Kasjauns.lv. 7 November 2014. Dicapai pada 9 November 2014.
- ^ Templat:Lv icon "Saeimā iesniedz priekšlikumu par partnerattiecību legalizāciju". Latvijas Sabiedriskie mediji. 30 January 2015. Dicapai pada 8 February 2015.
- ^ "Latvian Parliament to consider gender neutral partnership law in 2015". Gay Star News. 9 February 2015. Dicapai pada 13 February 2015.
- ^ Templat:Lv icon "Noraida Spolīša rosinājumu ieviest dzimumneitrālu partnerattiecību institūtu". Latvijas Sabiedriskie mediji. 24 February 2015.
- ^ Templat:Lv icon "Saeimā noraida rosinājumu ieviest dzimumneitrālu partnerattiecību institūtu". TV NET. 24 February 2015.
- ^ "Coalition sceptical about approving Cohabitation law". BNN. 24 March 2015.
- ^ "Latvia cements gay marriage ban". BBC. December 15, 2005.
- ^ "Supreme Court rules same-sex marriage request will be considered". Public broadcasting of Latvia. 27 May 2016.