Pengiktirafan kesatuan sama jantina di Bulgaria
Bulgaria tidak mengakui apa-apa jenis kesatuan sama jantina.
Pada tahun 2008 dan 2009 terdapat banyak perdebatan dengan beberapa tokoh politik, ketua agama, aktivis gay dan individu-individu lain di beberapa stesen televisyen tempatan mengenai perkara ini. Perkara-perkara mengenai perkahwinan sama jantina, pendaftaran perkongsian hidup pasangan sama jantina, dan anak angkat oleh pasangan sama jantina telah banyak dibincangkan. Pada April 2009, terdapat sebuah perdebatan tentang memperkenalkan pendaftaran perkongsian hidup pasangan sama jantina di Bulgaria. Kerajaan telah mencadangkan bahawa Perhimpunan Nasional Bulgaria (Parlimen) harus mengundi dKod Keluarga yang baharu. Rang undang-undang baru sepatutnya untuk memperkenalkan pendaftaran perkongsian hidup.[1]
Bagaimanapun, kesatuan ini tidak memberi kelebihan kepada pasangan sama jantina. Bagaimanapun, pada 16 Julai 2008, suruhanjaya perlindungan terhadap diskriminasi di Bulgaria mencadangkan bahawa hak untuk pendaftaran kesatuan harus diberikan kepada pasangan sama jantina juga.[2] Secara keseluruhan, pada 12 Jun 2009, setelah dua tahun berdebat, Kod Keluarga baharu telah diluluskan tanpa seksyen mengenai pendaftaran perkongsian hidup untuk pasangan sama jantina mahupun berlainan jantina.
Perlembagaan Bulgaria mendefinisikan perkahwinan sebagai kesatuan antara seorang lelaki dan seorang wanita, dan secara efektif melarang perkahwinan sama-seks dari sudut undang-undang.[3]