Pergi ke kandungan

Pengguna:Zarifzulkafli/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Zarif Bin Zulkafli
Lahir (1995-11-30) 30 November 1995 (umur 29)
Shah Alam, Selangor
StatusBerkahwin
PekerjaanPengasas, Body Language Academy (Malaysia) & iDealismo Technology

Pakar Bahasa Badan

Usahawan, Mentor & Jurulatih
PertubuhanBody Language Academy (Malaysia)
Website
https://zarifzulkafli.com/

Mengenai Zarif Zulkafli

[sunting | sunting sumber]

Zarif Zulkafli (lahir 30 November 1995) merupakan seorang pengamal profesional dalam bidang latihan korporat Bahasa Badan dan pembangunan laman web di Malaysia. Beliau dikenali sebagai pengasas kepada Body Language Academy (Malaysia) dan iDealismo Technology. Dengan pengalaman luas sejak 2016, Zarif telah melatih pelbagai organisasi dan institusi dalam pembangunan diri serta kemahiran teknologi.

Zarif dilahirkan di Shah Alam, Selangor di sebabkan ayahnya merupakan kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Shah Alam, Selangor. Namun Zarif dibesarkan di Kuala Kubu Bharu, Selangor sebelum berpindah semula ke Shah Alam Selangor.

Dengan pengalaman lebih dari satu dekad, Zarif dikenali atas sumbangan beliau dalam pembangunan kemahiran interpersonal dan teknologi digital di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kehidupan Awal

[sunting | sunting sumber]

Zarif Zulkafli berpegang teguh dengan prinsip hidup yang kuat, iaitu "sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk manusia lain". Prinsip ini menjadi tunjang dalam kerjaya dan aktiviti kemanusiaan beliau yang membuatkan beliau memilih bidang latihan dan pendidikan dalam setiap karier beliau.

Pendidikan / Alma Mater / Alumni

[sunting | sunting sumber]

Beliau menyambung pelajaran di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dalam Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) & Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) (Kepujian)

Hari ini, Zarif telah memperoleh pelbagai sijil bertaraf antarabangsa, termasuk dalam bidang Bahasa Badan (Body Language) , Sains Psikologi Manusia, Pengenalpastian Penipuan, Neuro Linguistic Programming (NLP), Latihan Kepimpinan, Pemasaran , rekaan grafik dari adobe inc

Body Language Academy (Malaysia)

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, Zarif menubuhkan Body Language Academy (Malaysia), sebuah syarikat perunding yang menawarkan latihan profesional berkaitan bahasa badan[1] dan kemahiran komunikasi. Akademi ini telah menganjurkan pelbagai program pembangunan diri yang disesuaikan untuk pelbagai peringkat umur dan sektor, termasuk organisasi seperti Bahagian Staff Perisikan Pertahanan (BSPP) Angkatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bahagian Profiling & Perisikan, Siasatan LHDN Malaysia, MEIO Jabatan Perdana Menteri , IPTA [2]/ IPTS[3] dan politik[4]. Zarif juga telah mencipta modul latihan unik seperti teknik R.E.B.L.E yang digunakan untuk pengenalpastian penipuan[5] dan analisis tingkah laku.

iDealismo Technology

[sunting | sunting sumber]

Sebagai pengasas iDealismo Technology, Zarif turut memberikan fokus kepada pembangunan laman web dan teknologi digital. Syarikat ini telah melatih ramai individu dan organisasi untuk memperkasa diri dalam bidang teknologi sejak 2016.

Pengalaman Professional

[sunting | sunting sumber]

Zarif pernah berkhidmat sebagai pengaturcara di Puncak Niaga Holdings Berhad dan Pereka Kreatif di PTS Media Group, sebelum menceburi dunia latihan sepenuhnya. Kini, beliau juga merupakan pensyarah di Innovative University College, mengajar subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Perniagaan.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Zarif telah menerima pelbagai pengiktirafan atas sumbangannya, termasuk:

- Juara Motivator Ikon Inspirasi Varsiti Kebangsaan 2019[6], anugerah ini disampaikan oleh Nurul Syuhada Nurul Ain, bekas pengacara terkenal TV3.

- Penulis buku “9 Hari Mengenali Bahasa Badan”[7], yang mendapat status bestseller dan dianugerahkan Dana Penulis Negara oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Buku ini juga telah diedarkan ke lebih 300 perpustakaan desa di seluruh Malaysia[8] serta dijual di kedai buku terkenal seperti Popular BookStore, SMO, Hasani, dan Kinokuniya, KLCC.

Pautan Media

[sunting | sunting sumber]
  1. Sinar Bestari - Keperluan guru memahami Bahasa Badan pelajar di Sekolah
  2. Sinar Harian - Tahanan Rumah wajar atau tidak
  3. Sinar Daily - Home Detention: a solution for overcrowded prison or public safety risks
  4. Menyerlah Dalam Pengucapan Awam, Mahasiswa UTeM Juara Pertandingan Motivator Ikon Inspirasi Varsiti Kebangsaan 2019
  1. ^ "Keperluan guru Memahami Bahasa Badan Pelajar di Sekolah". Sinar Bestari - Sinar Harian.
  2. ^ "Webinar -Digital Body Language". Politeknik Malaysia.
  3. ^ "Body Language For Interview - EIS Perkeso Webinar".
  4. ^ "Analisa Bahasa Badan: Sidang Media DS Anwar Ibrahim & TS Muhyiddin Yassin (22 November 2022)". Youtube.
  5. ^ "Lie Detection & Truth Extraction". Body Language Academy.
  6. ^ "Menyerlah dalam pengucapan awam, mahasiswa UTeM juara pertandingan motivator ikon inspirasi varsiti 2019". Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
  7. ^ Zarif Zulkafli, Zarif Zulkafli (2021). 9 Hari Mengenali Bahasa Badan. Malaysia: Body Language Academy. ISBN 9789671876404.
  8. ^ "Buku 9 Hari Mengenali Bahasa Badan di Perpustakaan Desa Seluruh Malaysia".