Pengguna:Yuscen britpanas
Nama Botani Garcinia Cambogia - Buah Asam Gelugur Garcinia atroviridis/Garcinia Cambogia, juga dikenali sebagai Asam Gelugur, asam gelugo, atau asam keping dalam bahasa Malaysia, Jenis ini tumbuh liar dikebanyakan tempat di Malaysia dan banyak di petik disebelah Utara Semenanjung Malaysia sebagai sumber ekonomi dan nilai perubatan.
Buah kekuningan ini mempunyai bentuk seperti buah labu. Selain digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti Laksa. Kini, buah asam juga baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukkan. Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA), Asam Gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak beracun atau toksik, tiada perasa, serbuknya tidak berbau dan sebagai herba alternative yang amat berkesan bagi mengawal kegemukan dan kolestrol dengan cara menekan, menghalang dan menghadkan pengempulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan. Kandungan unsur aktif 50% dan 70% HCA. Buah ini mengandungi Asid Citric seperti , tartaric, malic dan asid ascorbic , acid hydroxy citric , dan flavonoids. Bila dipotong nipis dan dikeringkan dibawah matahari dipanggil sebagai “Asam Keping” ia dugunakan dalam penyediaan beberapa jenis masakan dan rasanya amat masam.
Sejarah Kegunaan Garcinia Cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, tapi ia telah digunakan beribu tahun dahulu disebelah Asia sebagai bahan masakan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides). Dalam perkataan lain Pembantu Pemakanan (dietary aid). Boleh dipercayai dan sentiasa bertepatan dengan maklumat saintifik menunjuk bertapa besarnya faedah kepada kesihatan. Kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasaala seperti ; 1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar 2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan 3. Mereka yang terlalu gemuk
Buah Asam Gelugur bukan makanan pemakanan, maka ia tidak disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan. Mereka yang mengamal berat badan mendatar mendapati mereka amat sukar mengawal berat badan, Mereka amat kecewa kerana bila mereka rasa mereka telah berjaya mengurangkan berat badan, tetapi rupa-rupanya mereka bertambah berat. Dengan pengambilan HCA mereka mampu mendatarkan berat badan mereka kerana pemakanan yang berlebihan akan bertukar kepada tenaga dan selebihnya akan dilarut sebagai bahan buangan.
Kajian klinikal Kajian saintifik yang dilakukan oleh makmal-makmal perubatan menunjukan HCA mampu membantu siapa sahaja untuk mengurangkan berat badan. Dilaporkan purata berat yang dapat dikurangkan ialah sebanyak satu paun seminggu. Setiap kes kecuali satu, menunjukan kekurangan berat badan lebih ketara HCA walaupun keputusan tidak menghasilkan ketentuan secara statistik.
Melalui eksperimen pada haiwan, HCA mampu merendahkan selera makan serta mengurangkan pembentukan lemak dan kolesterol pada hati. HCA juga boleh bertindak mengeluarkan kolestrol yang terbentuk dari sistem saliran badan . Lebih menarik lagi, HCA tidak menghapuskan sama sekali keinginan untuk makan. Sebaliknya ia hanya sekadar mengawal serta mengurangkan keinginan untuk makan di mana akhirnya, berat badan dapat dikurangkan dengan lebih mudah.
Asam Gelugur, Ia bukan saja sejenis buah yang penuh dengan Antioksidant tapi para penyelidik di Institut penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) juga telah memperakui bahawa Asam membantu dalam menukarkan lemak kepada tenaga, membiarkan pemakanan itu membakar lemak yang berlebihan.
Dalam penyelidikan seterusnya ia telah menunjukkan buah asam (fruits acidic nature) juga boleh bertindak sebagai Anti-fungal (kulat), anti-microbial (kutu dan hama) dan mempunyai ciri-ciri ubatan bagi pengurangan berat. (-)- Asid Hydroxycitric (HCA) adalah compound yang terdapat dalam Garcinia Cambogia, HCA mempunyai struktur kimia sama dengan asid citric (Asid utama dalam buah buahan citrus). Keutamaan penyelidikan dalam makmal dan dalam kajian yang dilakukan keatas binatang mencadangkan bahawa HCA amat berguna dalam pertolongan penggurangan berat.
Dalam satu laporan dikatakan memakan 1 gram dari buah mengandungi HCA sebelum setiap pemakanan menghasilkan kekurangan berat 1 paun sehari. Asid Hydroxycitric adalah sama jenis denganasid citric, ajen yang memberi buah buahan citrus sifat perasa Tart. HCA dihasilkan sebagai 50% ekstrak standard Garcinia Cambogia, sama seperti buah kecil dari India Selatan, yang digunakan sebagai pemeram perasa makanan dan pembantu penghadhaman. HCA menggunakan kesan anti-obesiti melalui penaklukan keatas enzim ATP citrate lyase, yang memainkan peranan penting dalam peyimpanan tenaga dan pemberi kesan keatas selera.
HCA berfungsi dengan menghalang pembentukan kepada ATP citrate lyase untuk mengurangkan pembentukkan acetyl coenzyme A, yang dengannya menghalang pembentukan lemak dan kolestrol.
PANDUAN KESELAMATAN Ujian Toksik makmal telah membuktikan yang Garcinia Cambogia (HCA) tidak mempunyai kesan sampingan terhadap jantung mahupun pada kesihatan, berdasarkan pada fakta orang Asia yang telah menggunakan buah ini berabad lamanya tanpa kesan sampingan.
Hasil penyelidikan menunjukkan Buah Gelugur tidak mengganggu penghasilan tenaga, zat metabolism, pembentukan hormon (prostaglandin synthesis) atau apa saja keutamaam process bio-kimia.
Namun dinasihatkan; 1. mereka yang sedang menjalani perubatan untuk mengawal tahap kolesterol. (Rujuk doktor sebelum menggunakan buah asam keping bagi mengurangkan berat badan.) 2. Tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu mengandung. 3. Pesakit Alzheimer 4. Pesakit gangguan mental (dementia disease) 5. Ibu yang menyusu 6. Pesakit diabetes mellitus (kekurangan Insulin dalam tubuh badan)..