Pengguna:Shaikhal523/Kotak pasir
Ini merupakan kotak pasir pengguna bagi Shaikhal523. Kotak pasir pengguna ialah sublaman bagi laman pengguna. Ia berfungsi sebagai tempat untuk membuat ujian dan ruang pembangunan laman untuk pengguna dan ia bukanlah rencana ensiklopedia. Cipta atau sunting kotak pasir anda sendiri di sini. Kotak pasir lain: Kotak pasir utama | Kotak pasir tutorial 1, 2, 3, 4, 5 | Kotak pasir templat Menulis suatu rencana dan bersedia untuk memohon untuk ia dicipta? |
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang[1]
[sunting | sunting sumber]Sejarah Penubuhan Perpustakaan
[sunting | sunting sumber]PTAR UiTM Pulau Pinang *ڤتار* *اويتم* ڤولاو ڤينڠ | |
Moto | Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa ڤمبوداياءن علمو ممبنتوق اديوڠسا |
---|---|
Jenis | Perpustakaan Akademik |
Ditubuhkan pada | 16 Jun 1996 |
Institusi induk | Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang |
Staf pentadbiran | 23 orang |
Alamat | Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh 13500 , Permatang Pauh , Pulau Pinang , Malaysia |
Laman sesawang | penang |
Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir (1996 - 2003)
[sunting | sunting sumber]Pada 16 Jun 1996 merupakan tarikh yang bersejarah bagi penubuhan perpustakaan Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Pulau Pinang yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang. Perpustakaan ini awalnya hanya bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir sebagai tempat sementara sebelum Kampus Permatang Pauh siap dibina sepenuhnya.
Kompleks Perdana UiTM Permatang Pauh (2003 - 2011)
[sunting | sunting sumber]Sekitar tahun 2003, perpustakaan UiTM cawangan Pulau Pinang telah berpindah dari Sekolah Menengah Permatang Pasir, Pulau Pinang ke bangunan Kompleks Perdana di Universiti Teknologi Mara kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang. Perpustakaan ketika waktu ini menjadi tempat utama bagi pelajar-pelajar untuk mencari maklumat, menyiapakan tugasan dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak PTAR (2011- Kini)
[sunting | sunting sumber]Setelah pembinaan bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak disiap pada tahun 2011, semua pengoperasian telah dipindah dari bangunan yang lama (Kompleks Perdana) ke tempat yang baharu iaitu bangunan ini. Bangunan ini mempunyai 3 tingkat keseluruhanya. Setiap aras bangunan ini mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza. Aras 1 menempatkan satu ruangan yang khas yang dinamakan Ruang Library Community Engagement (LCE). Tujuan utama ruang khas ini adalah .sebagai tempat ataupun medium bagi komuniti-komuniti di dalam UiTM ataupun di luar untuk menganjurkan program-program.
Carta Alir Pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Pulau Pinang
[sunting | sunting sumber]Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Pulau Pinang diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Perpustakaan (Haji Ahmad Faizar Jaafar), berserta empat pustakawan kanan, Cik Nor Azilawati Mohammad Azmi, Puan Farleen Azrina Binti Zamberi, Encik Nurulizwan Bin Amir dan Puan Nurhayati Hassan (Kampus Bertam). Selebihnya dibantu oleh staf-staf pembantu pustakawan yang terdiri daripada 23 orang.
Koleksi Gambar Perpustakaan Kompleks Perdana
[sunting | sunting sumber]Gambar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]https://penang.library.uitm.edu.my/ [2]
Shaikhal523 (bincang) 08:18, 9 Julai 2024 (UTC)Shaikhal523
- ^ "Home". UiTM Penang Library (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-04.
- ^ https://penang.library.uitm.edu.my/