Pengguna:PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA MALAYSIA/Kotak pasir
Ini merupakan kotak pasir pengguna bagi PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA MALAYSIA. Kotak pasir pengguna ialah sublaman bagi laman pengguna. Ia berfungsi sebagai tempat untuk membuat ujian dan ruang pembangunan laman untuk pengguna dan ia bukanlah rencana ensiklopedia. Cipta atau sunting kotak pasir anda sendiri di sini. Kotak pasir lain: Kotak pasir utama | Kotak pasir tutorial 1, 2, 3, 4, 5 | Kotak pasir templat Menulis suatu rencana dan bersedia untuk memohon untuk ia dicipta? |
PENGENALAN
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA MALAYSIA dalam bahasa Inggerisnya disebut BUMIPUTERA CONTRACTORS ASSOCIATION OF MALAYSIA dan nama ringkasnya PKBM. Ditubuhkan pada 31hb Disember 2018 dengan pendaftaran sementara PPM-032-14-31122018. PKBM beroperasi di Suite 9-4, Level 9, West Wing Menara Matrade,Jalan Sultan Ahmad Shah, Kuala Lumpur.
OBJEKTIF
Untuk mewujudkan dan membangunkan masyarakat Bumiputera ke arah menjadikan kontraktor yang berdaya maju, berinovasi, kreatif dan tahan daya saing demi mendokong cita-cita negara ke arah merealisasikan wawasan kepimpinan negara disamping menyumbang kepada kekuatan ekonomi kaum Bumiputera.
LATAR BELAKANG
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia atau PKBM adalah sebuah persatuan yang baru ditubuhkan untuk menjadi payung bagi menaungi seluruh kontraktor Bumiputera yang ada di negara ini. Semua Kontraktor Bumiputera, daripada kelas G1 hingga G7 yang keseluruhannya berjumlah lebih 40 ribu adalah layak menjadi ahli persatuan ini, termasuk mereka di Sabah dan Sarawak. Maka, atas dasar itulah PKBM ini diwujudkan agar golongan kontraktor Bumiputera tidak terus terpinggir daripada arus pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.