Pergi ke kandungan

Pengguna:Oymey/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kurt Weisse pada tahun 1939

Kurt Weisse

[sunting | sunting sumber]

Kurt Weisse (11 Oktober 1909 - hilang pada 5 Mac 1946) adalah seorang SS-Obersturmbannführer Jerman yang berkhidmat dalam Briged Dirlewanger dan sebagai ajudan kepada SS-Oberführer Oskar Dirlewanger. Beliau merupakan pegawai yang kejam dan digeruni oleh mereka yang berkhidmat dalam unit tersebut . Namun , beliau merupakan pegawai SS yang berani dan berpenghargaan tinggi.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Kurt Weisse lahir pada 11 Oktober 1909 di Ehrenfriedersdorf, Erzgebirge, Jerman Imperial . Dia bersekolah di realgymnassium tempatan di kota tersebut . Selepas habis persekolahan , Beliau bekerja sebagai Haltenkorrespondent ( Koresponden komersial ) . Beliau fasih bertutur dalam bahasa Perancis dan Inggeris. Weisse telah berkhawin tetapi tidak memiliki anak.[2]

Penglibatan dalam Parti Nazi dan Perang Dunia Kedua

[sunting | sunting sumber]

Pada usia 22 tahun, Weisse menyertai parti Nazi dan menerima nombor parti 563,159. Pada tahun 1932, dia menyertai Allgemeine-SS dan diberikan nombor SS 129,822; Dia dipindahkan ke SS-Verfügungstruppe pada tahun 1933. Dia dinaikkan pangkat ke SS-Untersturmführer pada 16 Februari 1935 dan SS-Obersturmführer pada 30 Januari 1936. Dia dinaikkan pangkat ke SS-Hauptsturmführer pada 13 September 1936 dan kemudian ditugaskan untuk memimpin Batalion ke-2 unit Totenkopf di Saxony. Pada tahun 1941, dia ditugaskan ke Rejimen "Deutschland" dari Divisyen SS ke-2 "Das Reich". Dia menerima pingat Iron Cross Kelas Kedua pada 12 Ogos 1941 dan Pingat "Eastern Front" pada 29 Julai 1942. Pada bulan September 1941, dia cedera akibat serpihan peluru di pergelangan kaki. Dia kemudian ditugaskan ke Divisyen SS-Totenkoft dengan tugas di Kawasan Latihan Sennelager.[3]

Kes Jenayah

[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 1940, Weisse dibawa ke perbicaraan di hadapan Mahkamah SS dan Polis X, Den Haag atas tuduhan melanggar § 176 Kod Keseksaan (StGB). Walaupun tribunal yakin bahawa Weisse berniat untuk menyerang kanak-kanak tersebut, mereka percaya bahawa dia gagal melaksanakannya dan mendapati beliau bersalah atas kesalahan mabuk dalam pakaian seragam, menjatuhkan hukuman penahanan selama empat belas hari dengan intensifikasi. Kes beliau ditutup pada 24 Julai 1940.[4]

Pada 19 Disember 1942 , Weisse membelasah seorang askar menggunakan baton getah semasa pelatihan di Pusat pelatihan tentera di Sennelager . Pada bulan yang sama , dua atau tiga askar dari kompeninya juga dibelasah dengan cara yang sama.[5]

Pada 23 Januari 1943, sebuah mahkamah tentera dari Divisyen SS-Totenkopf , yang diketuai oleh SS-Obersturmbannführer Heinz Lammerding, mendapati Weisse bersalah atas pembunuhan secara cuai yang melibatkan kematian orang bawahan dan atas kesalahan memukul seorang askar (SS-Grenadier Barthel) yang telah ditangkap kerana mencuri hingga mati . Beliau didapati bersalah dan dihukum kerja berat (hukuman asalnya ialah penjara seumur hidup) untuk dua kes tersebut. Selain itu, beliau dikenakan hukuman penjara selama empat tahun atas serangan dan sumpah palsu. Beliau diisytiharkan tidak layak untuk memegang senjata, dicabut hak kewarganegaraan, dan diperintahkan untuk dikeluarkan dari SS. Weisse diturunkan pangkat ke SS-Mann. [6][7]

Pengerusi mahkamah, SS-Sturmbannführer Dr. Barth, memberi amaran kepada pihak atasan bahawa Weisse tidak boleh lagi dipercayakan sebagai pemimpin.[8][9]

Penglibatan dalam Briged Dirlewanger

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 1943, Weisse telah ditugaskan ke SS-Sonderbattalion Dirlewanger dan dilantik sebagai pemimpin Kompeni pertama dalam unit tersebut. Kerjaya dan pengalaman pertempurannya berkembang dengan ketara semasa perkhidmatannya di unit tersebut . Semasa berkhidmat dalam unit tersebut, Weisse telah dianugerahkan beberapa pingat, termasuk:[10]

•Infantry Assault Badge on November 20, 1943

•Close Combat Clasp in Bronze on Disember 7, 1943

•Iron Cross 1st Class on Disember 13, 1943

•Wound Badge in Silver , Januari 1944

[11]

Menurut surat Oskar Dirlewanger bagi cadangan penghargaan Pingat Salib Jerman dalam Emas untuk Weisse pada tahun 1944 :[12]

Sejak Jun 1943, SS-Sturmbannfuhrer Weisse telah menjadi ahli SS-Sonderregiment Dirlewanger. Selepas dia mula-mula berkhidmat sebagai ketua Kompeni ke-1, dia telah dinaikkan pangkat menjadi ketua batalion kerana keupayaan ketenteraannya yang cemerlang.SS-Sturmbannfuhrer Weisse telah menyertai semua pertempuran melibatkan unit tersebut dan memimpin batalionnya kepada kejayaan  melalui keberanian, dan kebijaksanaannya. Oleh kerana sumbangannya di barisan hadapan di barat daya dari Newel, beliau dianugerahkan Salib Besi Kelas Pertama untuk keberanian luar biasa beliau.[13]

Tempoh perkhidmatan beliau dalam batalion dikenali dengan kepimpinan dan keberanian yang cemerlang. Di bawah arahan beliau, Weisse menunjukkan keupayaan ketenteraan yang luar biasa, yang kemudiannya menyebabkan beliau dinaikkan pangkat sebagai ketua batalion. [14]

Tindakan cemerlang beliau termasuklah[15]:

23 Disember 1943: Satu pasukan peninjau di bawah kepimpinan Weisse melaksanakan pencarian ke atas posisi musuh di selatan Malt-Puschtscha/Dretun. Walaupun menghadapi penentangan yang teruk, Weisse memimpin anggotanya untuk menembusi posisi musuh, menyebabkan kemusnahan dalam pertempuran jarak dekat, menangkap tawanan, dan memusnahkan posisi strategik. Maklumat yang diperoleh daripada tawanan membantu menggagalkan rancangan musuh.[16]

3 Januari 1944: Di Tasik Beresno, posisi utama mereka diserang oleh penembak tepat dari atas pokok. Peninjau yang dihantar tidak dapat mengesan kedudukan penembak tersebut, kematian di pihak mereka semakin meningkat. Weisse membuat keputusan untuk mengumpulkan beberapa askar dan memimpin mereka untuk mengepung musuh dan menyerang dari belakang. Tindakannya menyebabkan kemusnahan pada kedudukan musuh.[17]

22 Mac 1944: Apabila sebuah konvoi diserang oleh partisan, Weisse memimpin sekumpulan jurutera tentera untuk menyelamatkan pasukan yang terkepung. Melalui serangan tersebut, beliau menyebabkan kemusnahan besar kepada musuh dan berhasil menyelamatkan pasukannya daripada kemusnahan.[18]

Operasi Frühlingsfest (19 April 1944):

Walaupun menghadapi medan yang sukar dan pertahanan musuh yang kuat, Weisse memotivasi askarnya semasa serangan ke atas kampung Tscherniza dan Beliau sendiri mengetuai serangan melintasi jambatan yang sempit, memberi inspirasi kepada anak buahnya untuk memusnahkan kubu-kubu yang diperkukuhkan dan mengamankan kawasan luar kampung tersebut , memberi peluang untuk merebut kampung itu semula.[19]

25 April 1944 (Height 184.9 dekat Lessiny, kawasan Polock):

Weisse menunjukkan keberanian yang luar biasa dengan mengetuai anggotanya untuk menyerang dan memusnahkan kubu musuh di Height 184.9. Tindakan beliau memusnahkan kedudukan pertahanan utama, mengelakkan jumlah askar yang terkorban dan membolehkan serangan dijalankan dengan lancar.[20]

6 Mei 1944 (Usda):

Dalam serangan awal pagi oleh pasukan partisan berat ke atas pangkalan unit di Usda, Weisse segera mengatur serangan balas. Memimpin sekumpulan jurutera tentera yang kuat, beliau menyerang dari sisi dan mengorbankan sebahagian besar musuh, menyebabkan yang selebihnya melarikan diri. Tindakannya menggagalkan rancangan musuh untuk menakluk pangkalan tersebut.[21]

7 Julai 1944 (Berundur Tentera Kumpulan Tengah):

Ketika pasukan musuh menyerang kedudukan baru berhampiran Lida, Weisse memimpin sebuah kompeni dalam manuver merusuk. Kepimpinan dan penglibatannya memotivasi askarnya, menyebabkan musuh berundur dan membolehkan pengangkutan peralatan penting dijalankan dengan selamat.[22]

5-8 Ogos 1944 (Warsaw, Serangan Litzmannstadt-Strasse):

Dengan ketidakhadiran Oskar Dirlewanger , Weisse memimpin SS-Regiment Dirlewanger dalam pertempuran jalanan yang sengit yang mengorbankan banyak nyawa. Apabila serangan gagal, beliau mengarahkan serangan untuk diteruskan pada waktu malam untuk memusnahkan dinding pertahanan musuh dan kawasan ranjau. Walaupun menghadapi penentangan yang sengit, kepimpinan Weisse membolehkan rejimen tersebut mencapai destinasi mereka, sekaligus berhubung dengan Komander Tentera Bandar, dan mengamankan kedudukan penting di Warsaw. Tindakan berani beliau termasuklah memimpin askar rejimennya dari hadapan, sambil berdiri teguh di atas sebuah kereta kebal untuk memberi dorongan motivasi kepada mereka.[23]

Beliau dinaikkan pangkat kepada SS-Sturmbannfuhrer pada 1 Ogos 1944 dan dianugerahkan pingat Salib Jerman Emas pada 9 September 1944[24]

  • Iron Cross Kelas ke-2 - 12 Ogos 1941
  • Medal Front Timur - 29 Julai 1942
  • Medal Serangan Infantri - 20 November 1943
  • Clasp Pertarungan Dekat dalam Gangsa - 7 Disember 1943
  • Iron Cross Kelas ke-1 - 13 Disember 1943
  • Medal Kecederaan dalam Perak - Januari 1944
  • Medal Keberanian Rakyat Timur Kelas 1 dan 2
  • Medal Perkhidmatan NSDAP 8 dan 10 Tahun
  • Medal Sudentenland
  • Medal Anschluss Austria
  • Salib Perkhidmatan Perang
  • Medal Anti-Partisan dalam Gangsa
  • Salib Jerman dalam Emas - 9 September 1944

[25]

1.MacLean, French L. (1998). The Cruel Hunters: SS-Sonderkommando Dirlewanger Hitler's Most Notorious Anti-Partisan UnitSchiffer Military History. pp, 125-130 ISBN 978-0764304835.

2.Weisse, Kurt (Waffen SS)TracesOfWar.comhttps://www.tracesofwar.com › Wei...

3.Weisse's biography on the Axis History Forum website.

4.https://od43.com/product/original-1940-document-signed-by-dirlewangers-adjutant-kurt-weisse/

this sandbox is only a test

  1. ^ Maclean, French (1998). "The cruel hunter". Wayback Machine. Dicapai pada 2022-02-10 11:08:18. Check |archive-url= value (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  3. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  4. ^ -, - (20 dec 2002). "Kurt Weisse". Axis History Forum. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  5. ^ "Kurt Weisse - Axis History Forum". forum.axishistory.com. Dicapai pada 2024-08-26.
  6. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  7. ^ "Kurt Weisse - Axis History Forum". forum.axishistory.com. Dicapai pada 2024-08-26.
  8. ^ "Kurt Weisse - Axis History Forum". forum.axishistory.com. Dicapai pada 2024-08-26.
  9. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  10. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  11. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  12. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  13. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  14. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  15. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  16. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  17. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  18. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  19. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  20. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  21. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  22. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  23. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  24. ^ Internet Archive, French L. (1998). The cruel hunters : SS-Sonderkommando Dirlewanger, Hitler's most notorious anti-partisan unit. Atglen, PA : Schiffer Pub. ISBN 978-0-7643-0483-5.
  25. ^ "Weisse, Kurt (Waffen SS) - TracesOfWar.com". www.tracesofwar.com. Dicapai pada 2024-08-26.