Pergi ke kandungan

Pengguna:Makan91/Mercari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

Mercari, Inc. ( TYO: 4385 ) adalah sebuah syarikat e-dagang dari Jepun yang diasaskan sejak tahun 2013, dengan cawangan di Amerika Syarikat. [1] Produk utama mereka adalah aplikasi pasaran yang bernama Mercari. Applikasi ini dilancarkan di Jepun pada Julai tahun 2013, dan telah berkembang menjadi pasaran yang dijana oleh komuniti terbesar Jepun dengan anggaran transaksi melebihi JPY 10 bilion dilakukan di platform tersebut setiap bulan. [2] [3] Berdasarkan soal selidik pengguna di Jepun, Mercari merupakan aplikasi pasaran komuniti pilihan dengan 94 % pengguna melaporkan aplikasi tersebut. [4]

Mercari telah membuka cawangan di Amerika Syarikat bermula pada tahun 2014 dan United Kingdom pada tahun 2016. [2] [5] Aplikasi Mercari telah dimuat turun melebihi 100 juta kali di seluruh dunia (berdasarkan data pada 16 Disember 2017). Syarikat ini juga merupakan antara syarikat yang pertama di Jepun mencapai status unicorn. [3] [6]

Logo Jepun sejak 2018

Kouzoh, Inc. (kini Mercari, Inc.) diasaskan oleh Shintaro Yamada, seorang usahawan bersiri Jepun pada Februari 2013. Aplikasi Mercari dilancarkan buat pertama kali untuk peranti iOS dan Android pada Julai tahun yang sama. [7] [8] Dalam tempoh setahun selepas dikeluarkan, Mercari telah menerima lebih daripada sejuta pendaftaran akaun individu di platformnya. [9]

Pada acara pengumpulan dana Mercari Siri D, sebanyak USD 75 juta telah diperoleh oleh syarikat untuk tujuan pengembangan syarikat lanjutan di AS dan UK, menurut Ketua Pegawai Kewangan Kei Nagasawa dalam suatu temu bual pada Mac 2016. [2]

Pada tahun 2014, syarikat Mercari telah membuka pejabat cawangan di San Francisco sebagai persediaan untuk pelancaran aplikasinya di Amerika Syarikat. Aplikasi tersebut dilancarkan pada September pada tahun yang sama. [10] [11] Dalam tempoh enam tahun sejak pelancarannya di AS, aplikasi Mercari telah dimuat turun lebih 40 juta kali dan pernah berjaya menduduki tempat nombor 3 dalam ranking App Store AS. [12] Buat masa ini terdapat lebih kurang 100 orang yang berkerja pejabat Mercari di Palo Alto dan Portland. [13]

Pada Jun 2017, John Lagerling dari pasukan pengurusan Facebook diumumkan akan menyertai Mercari sebagai Ketua Pegawai Perniagaan. [13] Beliau juga telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AS Mercari, Inc. [14]

Pada Januari 2016, Mercari telah membuka pejabat cawangan Eropah yang pertama di London. [5] Pada Disember 2018, Mercari mengumumkan ia akan membubarkan cawangan Eropah sebagai "pengunduran sementara". [15]

Produk dan servis

[sunting | sunting sumber]

Produk utama Mercari adalah aplikasi pasaran Mercari. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna membeli dan menjual barangan dengan pantas melalui telefon pintar mereka. Di Jepun, aplikasi ini terkenal dengan pelbagai kemudahan untuk para pengguna seperti sistem penghantaran yang unik, dimana para pengguna boleh menghantar barangan tanpa nama penghantar dari kedai serbaneka tempatan melalui perjanjian dengan syarikat Yamato Transport dan syarikat Japan Post . Di Amerika Syarikat, Mercari bekerjasama dengan USPS, UPS dan FedEx untuk membenarkan pengguna mencetak label penghantaran, selain membenarkan penjual menggunakan label yang dibeli secara berasingan untuk barang yang lebih besar. [2]

Pejabat Mercari di Tokyo berkongsi dengan anak syarikat milik penuhnya Souzoh, Inc., yang mengendalikan beberapa aplikasi C2C lain di Jepun. [16]

  • Dianugerahkan "Aplikasi Beli-belah Terbaik" oleh Google Play pada tahun 2013 [17]
  • Dianugerahkan "Aplikasi Terbaik" oleh Google Play pada 2014 dan 2015 [18] [19]
  • Dianugerahkan "Aplikasi Tempatan Terbaik" oleh Google Play pada tahun 2016 [20]
  • Dianugerahkan " Forbes Japan's Startup of the Year" pada 2014, 2015, dan 2016 (sebahagian daripada Hall of Fame pada 2017) [21] [22] [23]
  • Dianugerahkan "Anugerah Juri Khas (Pengembangan Global)" oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) di Anugerah Nippon Venture Kedua (sebahagian daripada Anugerah Perdana Menteri) pada 2016 [24]
  • Dianugerahkan "Anugerah Pemimpin Baru Muncul" di Simposium Anugerah Inovasi Jepun-AS 2016 [25] [26]
  • Dianugerahkan "Komersial Terbaik" untuk "The Bride" di LA Film Awards 2017 [27]

  [[Kategori:Koordinat bukan di Wikidata]] [[Kategori:Rencana yang mengandungi teks bahasa Jepun]]

  1. ^ Littler, Julian (4 November 2016). "Amazon's Newest Rival is a Japanese Start-Up You Need to Know About". CNBC. NBCUniversal. Dicapai pada 29 June 2018.
  2. ^ a b c d "Marketplace app Mercari nabs $75M to become Japan's first startup unicorn – TechCrunch". techcrunch.com. Dicapai pada 29 June 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "techcrunch.com" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b "Shopping App Mercari Becomes First Japanese Unicorn". Business Insider. Dicapai pada 29 June 2018.
  4. ^ 和章, 渡部. "最も利用されているフリマアプリは? 「メルカリ」が利用率94%で他を圧倒 - ネットショップ担当者フォーラム". Dicapai pada 29 June 2018.
  5. ^ a b "メルカリ、イギリスでサービス提供開始 - TechWave(テックウェーブ) #WAVE". 16 March 2017. Dicapai pada 29 June 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "techwave.jp" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ "メルカリ、累計ダウンロード数1億超え". 20 December 2017. Dicapai pada 29 June 2018.
  7. ^ "Buying and Selling by Smartphone: Mercari App Shakes Up Japan's Consumer Spending". 9 November 2017. Dicapai pada 29 June 2018.
  8. ^ Mercari (12 September 2014). "Japan's Mobile Marketplace Giant Mercari Launches in the US". Dicapai pada 29 June 2018.
  9. ^ "After Leaving Zynga, This Founder Ditched the Gaming Business for Online Shopping". Tech in Asia. Dicapai pada 29 June 2018.
  10. ^ Team, OBM. "Oregon Business - News release: Japan's Mercari expands into Portland". Dicapai pada 29 June 2018.
  11. ^ "Japan's Mobile Marketplace Giant Mercari Launches in the US". Dicapai pada 29 June 2018.
  12. ^ "メルカリが米国iOSランキングで3位に、その躍進の理由は - THE BRIDGE(ザ・ブリッジ)". 29 July 2016. Dicapai pada 29 June 2018.
  13. ^ a b "Mercari hires John Lagerling from Facebook's management team to guide its U.S. strategy – TechCrunch". techcrunch.com. Dicapai pada 29 June 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "TechCrunch" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  14. ^ "Neymar Jr. Official". Neymar Jr. (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 January 2021.
  15. ^ "Mercari Calls It Quits in Europe as Losses Mount". asia.nikkei.com. Dicapai pada 28 December 2018.
  16. ^ "About". Souzoh.com (dalam bahasa Jepun). 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-11. Dicapai pada 2019-11-25.
  17. ^ "Android Apps on Google Play". Dicapai pada 29 June 2018.
  18. ^ "Best Apps of 2014 - Android Apps on Google Play". play.google.com. Dicapai pada 29 June 2018.
  19. ^ "Best Apps of 2015 - Android Apps on Google Play". play.google.com. Dicapai pada 29 June 2018.
  20. ^ https://play.google.com/store/info/topic?id=merch_topic_b0000b2_apps_TopicPage_bestof2016&hl=en
  21. ^ "メルカリついに殿堂入り!「日本の起業家ランキング」3年連続トップの秘密". 26 November 2016. Dicapai pada 29 June 2018.
  22. ^ "日本の起業家ランキング|Forbes JAPAN(フォーブス ジャパン)". Forbes JAPAN(フォーブス ジャパン). Dicapai pada 29 June 2018.
  23. ^ "日本の起業家ランキング、メルカリ山田社長が3年連続1位に輝き殿堂入り". Dicapai pada 29 June 2018.
  24. ^ "Announcement of the Winners of the Second Nippon Venture Awards(METI)". meti.go.jp. Dicapai pada 29 June 2018.
  25. ^ "2016 Japan-US Innovation Awards Symposium". Dicapai pada 29 June 2018.
  26. ^ "Stanford Features Japan's Most Innovative Startups". techinasia.com. Dicapai pada 29 June 2018.
  27. ^ "Winners – October 2017". Los Angeles Film Awards. Dicapai pada 29 June 2018.