Pengguna:Kurniasan/kotak pasir/2
<-- skrip $('#submenu ul li:last').click(function() {
$sarkib = $('#sarkib-kkopi ul'); if ($sarkib.css('display') == 'none') { $sarkib.css('display', 'block').animate({maxHeight:'30px'}, 'slow'); } else { $sarkib.animate({maxHeight:'0px'}, 'slow', function() {$(this).css('display', )}); }
}); -->
| |
Ralat: tidak ada jalan pintas dinyatakan dan parameter |msg= tidak dinyatakan. Teks demo: Masukkan teks penerangan di sini dengan menggantikan parameter ke-2 ({{{2}}} ) dengan teks penerangan.
| |
Sila letakkan tandatangan beserta tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang pada bar peralatan menyunting).kenapa?
|
Nama universiti di Indonesia
[sunting sumber]Saya ingin bertanya kepada penyelia WP BM, apakah memang nama article untuk universitas di Indonesia harus ditulis 'universitas', bukan 'universiti'? Apakah ada kebijakan di WP BM bahwa nama Indonesia apapun harus dikekalkan di sini? Terima kasih. Desertasad (bincang) 11:38, 5 Julai 2024 (UTC)
- Secara peribadi, saya berpendapat rencana mengenai universiti tidak kira di negara mana sekali seharusnya ditulis sebagai "Universiti" sebagai mengikut piawaian bahasa Melayu. Contoh seperti Universiti Harvard, Universiti Hassan II Casablanca atau Universiti Göttingen. Kemudian, dalam kotak info universiti barulah diletakkan nama asal/sebenar universiti tersebut. Apapun, terpulanglah kepada penyelia WBM untuk menilai hal ini. Terima kasih. Stress 043 (bincang) 16:27, 6 Julai 2024 (UTC)
- Seharusnya menggunakan tajuk Universiti, sebagaimana mengikut dasar yang telah dipersetujui di sini. Penggunaan mengikut MABBIM dengan penggunaan bahasa dari Brunei dan Malaysia, serta Singapura. Zahirul Nukman 13:13, 14 Julai 2024 (UTC)
- Saya ingat ke selama ini kita memang guna "Universiti" bukannya "Universitas“? Saya sudah tambah ke Wikipedia:Senarai kesalahan umum ejaan berkenaan hal ini. Mengikut hasil carian enjin, terdapat 636 laman Wikipedia yang menggunakan "universitas" berbanding "universiti". Mungkin sempena bulan gotong royong ini kita boleh betulkan kesemua ejaan yang ada di rencana Wikipedia. محمد حكيمي (bincang) 09:09, 15 Julai 2024 (UTC)
- Ah, seronoknya berwiki. Haha. - Zahirul Nukman 05:06, 25 Julai 2024 (UTC)
- Sekadar catatan di sini, setakat ini ada 22 rencana lagi tajuk rencana yang masih berawalan Universitas. Boleh rujuk sini - Zahirul Nukman 02:03, 28 Julai 2024 (UTC)
Penetapan rencana bertulisan Jawi di mswiki
[sunting sumber]Baru-baru ini, ada pengguna yang mencipta rencana dalam tulisan Jawi berdasarkan rencana sedia ada. Perkara ini umum dalam versi bahasa di Indonesia yang lain seperti Jawa dan Bali. Namun, mswiki belum ada ketetapan khusus untuk rencana Jawi.
Cara yang lebih elok sebenarnya adalah menggunakan sistem penukaran aksara secara automatik seperti yang digunakan di Wikipedia Bahasa Cina dan bahasa lain. Namun, ini mengambil masa yang sangat lama kerana kita tiada pakar untuk membuatnya.
Bagi tempoh yang pendek dan mudah, kita boleh membuat rencana Jawi dengan disunting oleh penyunting sendiri berbanding mesin.
Saya menentang penggunaan tajuk Jawi dalam URL rencana kerana ini akan dikira dalam pengiraan jumlah rencana mswiki. Jika dibiarkan, senang sahaja mswiki melonjak jumlah rencana dan mencapai sejuta rencana dan sebagainya. Tidak elok rupanya kalau jumlah rencana kita banyak tetapi ternyatanya kebanyakannya hanya rencana dedua (duplicate).
Oleh itu, saya cadang untuk menggunakan sublaman /ms-arab untuk setiap rencana Jawi. ms-arab ialah kod yang diguna di projek-projek Wikimedia yang lain. Setelah itu, kita boleh paksa paparkan tajuk rencana kepada tulisan Jawi dengan menggunakan {{DISPLAYTITLE:بروني}} Namun, kita boleh melencong tajuk Jawi ke tajuk sublaman. Contohnya, بروني dilencongkan ke Brunei/ms-arab.
Oleh itu, kita perlu membuat ketetapan terlebih dahulu untuk membuat ini. Saya mencadangkan perbincangan dan pengundian ini dijalankan selama sebulan atau selanjutnya jika perlu.
1. Setujukah anda Wikipedia Bahasa Melayu membenarkan rencana bertulisan Jawi yang tersendiri yang dicipta dan disunting oleh para penyunting?
- ~~~~ {{Undi|Ya}}/{{Undi|Tidak}}
2. Setujukah anda isi kandungan rencana mesti sama dengan versi Ruminya?
- ~~~~ {{Undi|Ya}}/{{Undi|Tidak}}
3. Setujukah anda tajuk rencana bertulisan Jawi menggunakan format ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab?
- ~~~~ {{Undi|Ya}}/{{Undi|Tidak}}
Saya mempersilakan semua penyunting untuk memberi ulasan. Terima kasih. TofeikuBincang 03:22, 25 Julai 2024 (UTC)
- Berkaitan perbincangan ini, adakah sesuai juga kita jadikan sebagai subjudul untuk setiap persoalan diketengahkan, sebagaimana yang pernah dibuat oleh @Hakimi97 di atas? Zahirul Nukman 03:55, 25 Julai 2024 (UTC)
- Saya boleh bantu tetapkan semula format jika perlu. Kalau @Tofeiku benarkan maka saya akan teruskan sahaja. محمد حكيمي (bincang) 04:00, 25 Julai 2024 (UTC)
- Boleh sahaja. Maaf dibuat dengan kurang kemas. TofeikuBincang 04:05, 25 Julai 2024 (UTC)
- Memanggil beberapa penyunting aktif untuk memberi pendapat. @*angys*:, @26 Ramadan:, @Adamhakeemiforv:, @Akazumi Ahasi:, @Alenjun03:, @Ameh Hammie 1997:, @Amir Hamzah 2008:, @Aqil55:, @Aurora:, @Ayamato:, @AyyanD:, @Billiena:, @Ceball1923:, @CyberTroopers:, @EmpAhmadK:, @Hayate891:, @Haziq Faruqi:, @Hongqilim:, @Jonhsonbaby:, @MuhdAliffHaziq:, @PeaceSeekers:, @Surat Layang:, @TakuYuri:, @Ultron90:, @Visnu92:, @Zahirulnukman:, @Zamwan:, @Zayn al aziz:, @Zcoollz:. TofeikuBincang 14:32, 27 Julai 2024 (UTC)
- Boleh sahaja. Maaf dibuat dengan kurang kemas. TofeikuBincang 04:05, 25 Julai 2024 (UTC)
- Saya boleh bantu tetapkan semula format jika perlu. Kalau @Tofeiku benarkan maka saya akan teruskan sahaja. محمد حكيمي (bincang) 04:00, 25 Julai 2024 (UTC)
Perkara 1
[sunting sumber]Secara umum, adakah anda bersetuju sekiranya Wikipedia Bahasa Melayu membenarkan penciptaan rencana yang ditulis dalam tulisan Jawi sepenuhnya?
Undian pada perkara ini akan direkodkan di Kedai Kopi untuk tujuan pendokumenan di masa hadapan. Sila salin kod berikut untuk menyatakan sokongan/bantahan anda tentang rencana bertulisan Jawi di Wikipedia Bahasa Melayu.
- Kalau setuju maka salin kod ini: # {{undi|Y}}
- Kalau tidak setuju maka salin kod ini: # {{undi|T}}
(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 1) محمد حكيمي (bincang) 04:40, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju - kerana tulisan Jawi juga ialah bahasa Melayu, dan ini Wikipedia bahasa Melayu. Sangat wajar untuk dibenarkan penciptaan rencana dalam tulisan Jawi sepenuhnya. Cuma, saya cenderung untuk diwujudkan sistem semakan sebelum dijadikan rencana bagi mengelakkan terjemahan rambang dan berlaku kesalahan ejaan yang nyata. - Zahirul Nukman 04:47, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Walaupun saya lebih suka dengan penukaran automatik aksara, bagi saya ini dapat membenarkan penyunting mahu menyunting dalam tulisan Jawi. TofeikuBincang 05:11, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Sudah 4 tahun kita memohon di T261507 untuk mewujudkan alat pertukaran aksara bahasa Melayu daripada tulisan Rumi ke tulisan Jawi, tetapi yang kita dapat hanya senyap sahaja. Penggunaan kod Rumi ke Jawi sebenarnya tidak memuaskan kerana seperti saiz kamus terlalu besar tidak boleh boleh ditampung oleh perisian MediaWiki. Saya sudah cuba bermacam-macam cara untuk mengemas kini kod supaya kamus boleh terus diimport dari Github, namun disebabkan saya tidak pakar IT maka semuanya tidak menjadi. Berbanding menunggu timba jatuh dari langit, saya berpendapat lebih baik kita lakukan sesuatu. Jika alat pertukaran aksara sudah tersedia nanti kita mungkin bolehlah hapuskan balik laman-laman tersebut. محمد حكيمي (bincang) 09:31, 25 Julai 2024 (UTC)
- Berkecuali Saya secara peribadinya memang sokong jika terdapat banyak rencana dalam tulisan Jawi di WBM, namun apa yang merisaukan saya ialah WBM kurangnya sukarelawan yang memantau aktiviti di sini. Gejala vandalisma sememangnya sedang berlaku di kebanyakkan rencana dan apabila kita menambah lagi rencana dalam Jawi, dengan bilangan sukarelawan yang ada tentunya menyukarkan lagi tugas pemantauan. Stress 043 (bincang) 15:02, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju - Jawi memainkan peranan penting dalam persuratan bahasa Melayu suatu ketika dahulu, jadi sangat wajar untuk Wikipedia Bahasa Melayu membolehkan rencana ditulis dalam tulisan Jawi. Saya juga cenderung adanya sistem semakan sebelum dijadikan rencana. Kazuki278 (bincang) 11:14, 26 Julai 2024 (UTC)
- Berkecuali Pada pandangan saya boleh saja tapi penulis yang mahir Jawi tidak begitu ramai. Bukanlah saya membangkangnya tapi mutunya hanya perlu dijaga. Haziq Faruqi (bincang) 14:57, 27 Julai 2024 (UTC)
- Setuju - Saya bersetuju sahaja kerana memang ada penulis yang memang berminat untuk menulis menggunakan Jawi. Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada, tetapi sistem penukaran aksara tentunya lebih mudah untuk diuruskan. Surat Layang (bincang) 15:20, 27 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Saya bersetuju. Hayate891 (bincang) 15:38, 27 Julai 2024 (UTC)
- Berkecuali Saya baik-baik sahaja. Hongqilim (bincang) 16:41, 27 Julai 2024 (UTC)
- Setuju – 26 Ramadan (bincang) 02:04, 28 Julai 2024 (UTC)
- Tidak setuju Lebih baik tunggu penukaran aksara secara automatik. Kalau hendak juga, bukan di ruang nama utama. ...Aurora... (b) 05:15, 28 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Adamhakeemiforv (bincang) 11:20, 28 Julai 2024 (UTC)
- Setuju namun perlukan pemantauan ketat. Kini terdapat terlalu banyak kesilapan ejaan dalam penulisan panjang. Memandangkan Wikipedia merupakan salah satu sumber utama penulisan bagi model bahasa raya, ini boleh menjadi satu masalah untuk peralatan AI termasuk Google Translate yang buat masa kini tidak dapat mengeja dengan betul. Saya cadangkan, dan akan turut berusaha untuk mempercepatkan usaha penukaran aksara secara automatik secepat mungkin.
Melainkan jika sudah ada sistem yang serupa atau lebih bagus, saya cadangkan penggunaan sistem semakan (seakan-akan sistem terjemahan di laman-laman Wikimedia) bagi setiap istilah rumi bagi mengesahkan terjemahan automatik. Mungkin segala ejaan yang belum disemak akan dimerahkan sehingga disemak oleh pengguna terautosah. Ini bagi mengelakkan berlakunya kesalahanggapan hanya kerana Wikipedia berkata sedemikian. EmpAhmadK - (bincang) 16:06, 28 Julai 2024 (UTC)
Perkara 2
[sunting sumber]Adakah anda setuju bahawa kandungan penulisan rencana pada versi tulisan Jawi mesti sama sepenuhnya dengan padanan versi tulisan Ruminya?
Undian pada perkara ini akan direkodkan di Kedai Kopi untuk tujuan pendokumenan di masa hadapan. Sila salin kod berikut untuk menyatakan sokongan/bantahan anda tentang rencana bertulisan Jawi di Wikipedia Bahasa Melayu.
- Kalau setuju maka salin kod ini: # {{undi|Y}}
- Kalau tidak setuju maka salin kod ini: # {{undi|T}}
(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 2) محمد حكيمي (bincang) 04:40, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju - Lebih baik ikut Rumi. Pada saya, rencana Jawi yang dihasilkan pendek disebabkan menulis pendahuluan sahaja (mengikut apa yang ada di Rumi) lebih baik daripada menulis perkara berbeza. - Zahirul Nukman 04:56, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Memandangkan menggunakan domain yang sama, isi kandungan perlu sama melainkan kita wujudkan domain yang berbeza. TofeikuBincang 05:08, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Ya, tidak kira tulisan Rumi atau tulisan Jawi, bahasanya tetap sama sahaja iaitu bahasa Melayu. Tidak patut diwujudkan dua versi yang berbeza ibarat tulisan Jawi dan tulisan Rumi ini dua bahasa berbeza. محمد حكيمي (bincang) 09:34, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Saya setuju kerana isi kandungan itu yang lebih penting di Wikipedia. Kita hanya memudahkan pengguna membaca Wikipedia sama ada dalam Rumi atau Jawi, dengan isi kandungan yang sama. Stress 043 (bincang) 15:19, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju - Bahasa yang sama, hanya tulisan yang berbeza. Memudahkan pengguna yang mungkin hendak berjinak-jinak dengan tulisan Jawi. Kazuki278 (bincang) 11:16, 26 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Sebaik-baiknya begitulah kerana sistem tulisan sahaja yang berbeza. Haziq Faruqi (bincang) 14:59, 27 Julai 2024 (UTC)
- Setuju, mengekalkan konsep asalnya iaitu menukarkan sistem tulisan Rumi kepada Jawi. Tetapi mungkin agak susah untuk kita sentiasa menyelaraskan kededua kandungannya. Surat Layang (bincang) 15:29, 27 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Saya bersetuju. Hayate891 (bincang) 15:47, 27 Julai 2024 (UTC)
- Setuju – 26 Ramadan (bincang) 02:04, 28 Julai 2024 (UTC)
- Setuju ...Aurora... (b) 05:18, 28 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Adamhakeemiforv (bincang) 11:21, 28 Julai 2024 (UTC)
- Setuju. Kandungan berbeza-beza akan membawa kepada satu keadaan di mana salah satu daripada versinya ketinggalan dalam pembangunan, atau kedua-duanya kekurangan kandungan yang wujud di versi satu lagi. EmpAhmadK - (bincang) 16:10, 28 Julai 2024 (UTC)
Perkara 3
[sunting sumber]Adakah anda setuju bahawa tajuk rencana bertulisan Jawi menggunakan format ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab? ("Tajuk" pada "ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab" itu sendiri mestilah bertulisan Rumi, maksud di sini versi tulisan Jawi merupakan sublaman di bawah versi tulisan Rumi)
Undian pada perkara ini akan direkodkan di Kedai Kopi untuk tujuan pendokumenan di masa hadapan. Sila salin kod berikut untuk menyatakan sokongan/bantahan anda tentang rencana bertulisan Jawi di Wikipedia Bahasa Melayu.
- Kalau setuju maka salin kod ini: # {{undi|Y}}
- Kalau tidak setuju maka salin kod ini: # {{undi|T}}
(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 3) محمد حكيمي (bincang) 04:40, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju - Setuju, versi Jawi menjadi sublaman kepada Rumi. - Zahirul Nukman 05:04, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Jika ramai setuju untuk membenarkan rencana bertulisan Jawi sepenuhnya di Wikipedia Bahasa Melayu, saya menyokong untuk tajuk rencana bertulisan Jawi menggunakan format sublaman seperti ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia/ms-arab dan bukannya ms.wikipedia.org/wiki/مليسيا. Ini untuk mengelakkan rencana bertulisan Jawi dihitung dalam jumlah rencana mswiki. Ini tidak adil bagi Wikipedia bahasa lain jika kita tidak menggunakan sublaman. TofeikuBincang 05:06, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju serta setuju dengan pandangan @Tofeiku dan @Zahirulnukman. محمد حكيمي (bincang) 09:37, 25 Julai 2024 (UTC)
- @Tofeiku, sekiranya tidak boleh ditetapkan format "ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab" disebabkan masalah teknikal, saya cadang untuk wujudkan ruang nama baharu iaitu "Jawi:", contoh jika versi Rumi ialah "Ikan" maka versi Jawi ialah "Jawi:ايکن". Namun, pilihan ini haruslah dijadikan pilihan terakhir dan kita seharusnya mengutamakan format "ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab" terlebih dahulu. محمد حكيمي (bincang) 02:04, 1 Ogos 2024 (UTC)
- Kalau ruang nama tu terus guna aksara jawi, jadi "جاوي:ايكن" pun menarik juga. - Zahirul Nukman 03:50, 1 Ogos 2024 (UTC)
- Saya berpendapat guna "Jawi:" lebih selaras dengan format ruang nama Wikipedia berbanding ruang nama ":جاوي". Apapun berkenaan hal ini kita tunggu jika format "ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab" boleh diusahakan, kalau boleh senang sikit kerja. محمد حكيمي (bincang) 04:00, 1 Ogos 2024 (UTC)
- Tidak terfikir pula pasal ruang nama tersendiri. Ini dapat membenarkan penyunting menggunakan tajuk dalam tulisan Jawi berbanding menggunakan sublaman. Jika betul-betul mahu memberikan peluang sepenuhnya dalam Jawi, lebih baik ruang namanya pun dalam ejaan Jawi jika dibenarkan. Tujuan penyunting Jawi mahu menyunting pun untuk mengelakkan ejaan Rumi sepenuhnya. Jadi, ia seperti masih berat sebelah bagi pendapat saya jika ruang namanya dalam Rumi juga. TofeikuBincang 12:31, 1 Ogos 2024 (UTC)
- Saya berpendapat guna "Jawi:" lebih selaras dengan format ruang nama Wikipedia berbanding ruang nama ":جاوي". Apapun berkenaan hal ini kita tunggu jika format "ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab" boleh diusahakan, kalau boleh senang sikit kerja. محمد حكيمي (bincang) 04:00, 1 Ogos 2024 (UTC)
- Kalau ruang nama tu terus guna aksara jawi, jadi "جاوي:ايكن" pun menarik juga. - Zahirul Nukman 03:50, 1 Ogos 2024 (UTC)
- @Tofeiku, sekiranya tidak boleh ditetapkan format "ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab" disebabkan masalah teknikal, saya cadang untuk wujudkan ruang nama baharu iaitu "Jawi:", contoh jika versi Rumi ialah "Ikan" maka versi Jawi ialah "Jawi:ايکن". Namun, pilihan ini haruslah dijadikan pilihan terakhir dan kita seharusnya mengutamakan format "ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab" terlebih dahulu. محمد حكيمي (bincang) 02:04, 1 Ogos 2024 (UTC)
- Setuju Saya setuju, namun kita juga perlu menggariskan panduan pengstrukturan di WBM tidak terhad kepada tajuk rencana sahaja. Kerana saya melihat ada beberapa rencana di sini meletakkan tulisan Rumi dan Jawi di bahagian tajuk kecil seperti di sini. Stress 043 (bincang) 15:19, 25 Julai 2024 (UTC)
- Setuju setuju, dibuat sublaman seperti Laman ini Jossisad (bincang) 07:04, 26 Julai 2024 (UTC)
- Setuju - Saya setuju versi Jawi dibuat sublaman. Kazuki278 (bincang) 11:19, 26 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Setuju. Haziq Faruqi (bincang) 15:00, 27 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Surat Layang (bincang) 15:31, 27 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Saya bersetuju. Hayate891 (bincang) 15:49, 27 Julai 2024 (UTC)
- Setuju – 26 Ramadan (bincang) 02:04, 28 Julai 2024 (UTC)
- Setuju sublaman atau ruang nama sendiri. ...Aurora... (b) 05:20, 28 Julai 2024 (UTC)
- Menarik juga cadangan dijadikan ruang nama baharu ni. - Zahirul Nukman 22:39, 28 Julai 2024 (UTC)
- Setuju Adamhakeemiforv (bincang) 11:22, 28 Julai 2024 (UTC)
- Setuju. Tulisan Rumi merupakan tulisan utama. Tujuan penggunaan tulisan Jawi adalah bagi pemeliharaan dan pendidikan, bukan kemudahan dari segi carian dsb. EmpAhmadK - (bincang) 16:10, 28 Julai 2024 (UTC)
Penyeragaman piawai warna parti politik Malaysia
[sunting sumber]Salam sejahtera. Saya ingin mencadangkan agar warna tanda parti politik di Malaysia dipiawaikan agar seragam di serata Wikipedia Bahasa Melayu, dan dapat dibezakan antara satu sama lain.
Saya mempunyai beberapa cadangan sebagai garis panduan untuk penetapan warna piawai ini:
A. Pemilihan warna
[sunting sumber]- Warna yang digunakan hendaklah berdasarkan warna utama parti tersebut
- Sekiranya tiada warna utama yang jelas, warna dominan daripada lambang, bendera, atau logo akan digunakan.
- Sekiranya terdapat percanggahan antara penggunaan warna, parti yang mana pendaftarannya diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada tarikh yang lebih awal akan diutamakan dan diberi warna yang lebih tepat.
- Sekiranya parti-parti bercanggah ditubuhkan pada hari yang sama, maka keutamaan pada huruf abjad Rumi akan diberi, di mana parti A akan diberi keutamaan berbanding parti Z.
- Pengecualian terhadap keutamaan-keutamaan ini akan diberi sekiranya parti yang wujud lebih awal tersebut tidak mempunyai kerusi di Dewan Rakyat, atau mempunyai kurang daripada 10 kerusi di Dewan Rakyat.
- Sekiranya warna selain warna utama atau warna dominan perlu digunakan akibat percanggahan, warna yang akan digunakan ialah warna utamanya namun dicairkan kecerahannya, dan sekiranya ia juga telah digunakan, warna dominan cair akan digunakan.
- Sekiranya warna tersebut terlalu cair untuk dicairkan lagi, maka warna tersebut sebaliknya akan ditingkatkan kecerahannya.
- Sekiranya sesebuah parti telah dibubar, ia akan kekalkan warnanya sehingga suatu parti yang lebih aktif perlu menggunakan warnanya.
- Sekiranya sesebuah parti mengganti parti yang lain, sama ada selepas pembubaran atau pun atas penjenamaan semula, maka kedua-dua parti ini dibenarkan mengguna warna yang sama sekiranya masih sesuai dengan kedua-dua penjenamaan.
- Sekiranya warna utama dua atau lebih parti politik kelihatan serupa walaupun berbeza, warna parti yang lebih baharu hendaklah diubah sedikit dengan melaraskan skala warna atau kepekatannya. Sekiranya kedua-dua pilihan tersebut mustahil dilakukan, ia akan dianggap sebagai warna sama dan perlu ubah kepada warna dominan lain atau warna cair.
- Sekiranya warna utama sesebuah parti komponen sama dengan warna parti gabungannya, dan parti komponen tersebut lazimnya bertanding di bawah lambang parti gabungan tersebut, maka ia dibenarkan untuk mengguna warna sama. Sekiranya parti tersebut lazim bertanding di bawah lambang sendiri, maka ia akan dikira sebagai parti berbeza dan perlu menggunakan warna dominan lain atau warna cair.
B. Penentuan warna piawai
[sunting sumber]- Warna yang digunakan hendaklah diambil daripada sumber rasmi, seperti laman sesawang atau sosial parti politik.
- Sekiranya terdapat percanggahan dalam warna pada sumber rasmi, keutamaan hendaklah diberi kepada yang berikut, disusun mengikut keutamaan:
- Suruhanjaya Pilihan Raya
- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
- Sumber di laman sesawang mengenai, mengikut keutamaan:
- lambang
- bendera
- logo
- Pengepala laman sesawang, iaitu warna pada, mengikut keutamaan:
- lambang
- bendera
- logo
- Gambar profil laman sosial rasmi pusat, iaitu pada, mengikut keutamaan:
- lambang
- bendera
- logo
- Pengepala laman sosial rasmi pusat, iaitu pada, mengikut keutamaan
- lambang
- bendera
- logo
- Sumber-sumber lain dengan persetujuan komuniti.
- Pengecualian kepada keutamaan akan diberi kepada parti yang menggunakan lambang hitam-putih apabila bendera dan/atau logonya menggunakan warna, di mana warna pada bendera atau logonya akan digunakan.
- Sekiranya kesemua tiga lambang, bendera, dan logonya menggunakan warna hitam-putih, perhatikan laman sesawang dan laman sosial parti tersebut sekiranya terdapat warna yang lebih utama berbanding warna hitam atau putih. Sekiranya ada, dengan persetujuan komuniti, warna tersebut akan digunakan. Sekiranya tiada, warna utama hitam/putih akan digunakan.
- Sekiranya sumber menggunakan gambar yang berkeleraian rendah dengan warna tidak sekata, maka warna purata akan diambil daripada bidang berwarna utama tersebut.
Selepas kepiawaian ini dipersetujui, saya cadangkan untuk sebuah senarai diwujudkan bagi mengaturkan warna-warna utama setiap parti yang ada pada senarai parti politik Malaysia, tanpa mengira percanggahan warna, di dalam sebuah jadual. Selepas itu, warna yang ingin digunakan akan ditambah pada senarai tersebut.
Senarai itu hendaklah disusun mengikut tarikh pendaftaran parti tersebut diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau keutamaan abjad (seperti Perkara A(3) & (4), dengan butiran seperti berikut:
Mohon pendapat semua agar dapat kita perkemaskan rencana-rencana politik di WBM, dan seterusnya di WBI sekali. EmpAhmadK - (bincang) 04:35, 2 September 2024 (UTC)
- Sebagai salah seorang penyunting bagi tema politik Malaysia, saya setuju cadangan ini. - Zahirul Nukman 10:17, 2 September 2024 (UTC)
- Setuju
— الأستاذ أبو ݢوصوك (بينچڠ | کوتق ڤڠݢونا)
12:25, 2 September 2024 (UTC)
- Setuju
- Setuju dengan cadangan saudara. محمد حكيمي (bincang) 10:42, 4 September 2024 (UTC)
Larangan pautan luar jenama di AdvancedSiteNotices?
[sunting sumber]Ada yang berpendapat bahawa Berita Wiki Cina dan Bahasa Cina Wikipedia AdvancedSiteNotices tidak boleh menyebut secara lengkap nama jenama seperti Telegram, Instagram, Google Form dan menggunakan pautan luar ini, perlu segera diperbaiki di Phabricator T375253.
Saya rasa ini sangat tidak wajar, menyatakan rasa dukacita dan meminta pendapat lain. Dia berkata: "Saya sangat pasti anda tidak dibenarkan untuk menyambung atau bahkan menyebut nama jenama Telegram atau Instagram atau Google dari satu sitenotice. anda tidak boleh dari Pemberitahuan Pusat, saya tidak melihat mengapa dasar yang berbeza harus digunakan di sini. anda boleh menyambung ke halaman-halaman itu dari halaman wiki anda dan menyambung dari sitenotice ke halaman wiki itu. tetapi tidak secara langsung dari sitenotice ke laman luar. ini mendesak, mesti diperbaiki segera. (kecuali anda dapat menunjukkan kepada kami di mana seseorang mengatakan ini dibenarkan?)"
Prohibiting External Brand Links in AdvancedSiteNotices?
Some believe that the Chinese Wikinews and Chinese Wikipedia AdvancedSiteNotices should not fully mention brand names like Telegram, Instagram, Google Form, and use these external links, needing to be fixed on Phabricator T375253 immediately.
I find this very unreasonable, express regret, and seek more opinions from you all. He said: "I'm pretty sure you're not allowed to link to or even mention the brand names Telegram or Instagram or Google from a sitenotice. you can't from a CentralNotice, I don't see why a different policy should apply here. you can link to those pages from a page on your wiki and link from the sitenotice to that page on your wiki. but not directly from sitenotice to the external site. this is urgent, must be fixed immediately. (unless you can show us where someone said this is ok?)" Kitabc12345 (bincang) 19:26, 20 September 2024 (UTC)
- tetapi dia berpendapat bahawa semua wiki harus mematuhi peraturan ini, tidak kira wiki apa pun. Jika memungkinkan, saya sarankan anda membuka konsensus komuniti, kemudian sampaikan pendapat anda ke Phabricator T375253. Tujuan saya adalah agar setiap komuniti dapat memperoleh pendapat yang memadai untuk mempersoalkan pendekatan seperti ini, kerana sebenarnya peraturan yang dia petik agak berbeza - dia mengutip dari Pemberitahuan Pusat, bukan konsensus komuniti tempatan. Sila lihat Phabricator untuk mengetahui perinciannya. Saya harap anda dapat bebas dalam menyuarakan pendapat anda selepas itu.
Kitabc12345 (bincang) 02:38, 21 September 2024 (UTC)Dasar CentralNotice juga harus terpakai di sini?
Hanya untuk Wikimedia - Banner mesti berhubung ke domain yang dikawal oleh Wikimedia, yang dimiliki oleh Yayasan Wikimedia, rakan gabung Wikimedia atau sukarelawan Wikimedia yang dikenalpasti oleh Yayasan Wikimedia. Banner tidak boleh mengandungi apa-apa cap dagangan yang dimiliki secara komersial.