Pergi ke kandungan

Pengguna:Jiaminglimjm/The Legend of Zelda: The Minish Cap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jiaminglimjm/The Legend of Zelda: The Minish Cap
Skrin judul versi USA
Skrin judul versi USA
PembangunCapcom
Flagship[a]
PenerbitNintendo
PengarahHidemaro Fujibayashi
PengeluarKeiji Inafune
ArtisHaruki Suetsugu
KomposerMitsuhiko Takano
SiriThe Legend of Zelda
PlatformGame Boy Advance
Pelepasan
  • JP: November 4, 2004
  • EU: November 12, 2004
  • NA: January 10, 2005
  • AU: April 7, 2005
GenreAction-adventure
ModSingle-player

The Legend of Zelda: The Minish Cap[b] merupakan sebuah permainan video aksi-pengembaraan yang termasuk permainan ke-12 dalam siri The Legend of Zelda. Dibangunkan oleh Capcom dan Flagship dengan Nintendo mengawasi proses pembangunan, ia dikeluarkan untuk konsol pegang Game Boy Advance di Jepun dan Eropah pada tahun 2004, dan di Amerika Utara dan Australia pada tahun seterusnya.[1] Pada Jun 2014, ia telah disediakan untuk konsol pelagak Wii U.

The Minish Cap secara umumnya diterima baik dalam kalangan pengkritik.[2] Ia dinamakan permainan Game Boy Advance terbaik ke-20 dalam artikel IGN[3] dan telah dipilih sebagai Game Boy Advance Game of the Year 2005 oleh GameSpot.[4]

Ciri Permainan

[sunting | sunting sumber]
Fail:MinishCap.png
Tangkapan skrin dalam The Minish Cap

The Minish Cap mengekalkan ciri permainan yang terdapat dalam keluaran Zelda sebelumnya.[5] Protagonis utama, Link, harus mengatasi beberapa penjara bawah tanah untuk mendapatkan alat atau peningkatan kuasa pada penghujung setiap penjara bawah tanah yang penting dalam petualangannya. Setiap bos harus dikalahkan dengan alat yang diperoleh di dalam penjara bawah tanah tersebut. Permainan ini juga termasuk beberapa tugas tidak wajib yang bukan sebahagian daripada pencarian utama tetapi menawarkan ganjaran untuk penyelesaian yang bermanfaat kepada pemain.[6] Watak berulang dalam siri Zelda juga dijumpai dan beberapa menjadi sebahagian daripada pencarian sampingan; contohnya, Tingle dan adik-beradiknya harus dihubungi oleh pemain untuk mendapatkan sesuatu yang berguna.[7]

Penerimaan dan anugerah

[sunting | sunting sumber]
Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
GameRankings90.36% (67 reviews)[2]
Metacritic89/100 (56 reviews)[10]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
1UP.comA[14]
AllGame4.5/5 bintang[15]
Edge8/10
Electronic Gaming MonthlyA+[14]
Game Informer9.5/10[12]
GamePro4.6/5[13]
GameSpot9.1/10[5]
IGN9/10[11]
NintendoLife10/10 bintang
X-Play5/5 bintang[8]
Anugerah
PenerbitanAnugerah
IGN20th best GBA game.[3]
GameSpotBest of 2005–GBA Game of the Year[4]
GameSpyEditors' Choice
2005 GBA Game of the Year.
2005 GBA Adventure of the Year.[9]
Nintendo Power2005 GBA Game of the Year.[16]
24th best game on a Nintendo console.[17]

The Minish Cap adalah permainan paling laris dalam minggu pertamanya di Jepun, dengan menjual 97,000 salinan.[18] Ia menjadi permainan laris ke-62 pada tahun 2004 dengan menjual 196,477 salinan,[19] dan mempunyai sejumlah 350,000 salinan secara keseluruhan di negara itu.[20] Di Amerika Utara, The Minish Cap menjual 217,000 salinan pada bulan debut pada Januari 2005, menjadi permainan laris ke-4 pada bulan itu.[21] Ia kekal di antara lima permainan paling laris pada Februari dan Mac.[22][23] Minish Cap menutup tahun sebagai permainan terlaris ketujuh pada tahun 2005.[24] Pada Mac 2005, permainan itu telah terjual sebanyak 1 juta unit di seluruh dunia.[25] Di Amerika Syarikat sahaja, The Minish Cap menjual 680,000 salinan dan memperoleh $21 juta menjelang Ogos 2006. Dalam tempoh di antara Januari 2000 dan Ogos 2006, ia merupakan permainan laris ke-37 yang dikeluarkan untuk Game Boy Advance, Nintendo DS atau PlayStation Portable di negara itu.[26]

 

  1. ^ "Zelda: Minish Cap: Release Dates". GameSpot. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada January 31, 2009. Dicapai pada October 28, 2007.
  2. ^ a b "The Legend of Zelda: Minish Cap reviews". GameRankings. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada January 11, 2009. Dicapai pada October 28, 2007.
  3. ^ a b Harris, Craig (March 16, 2007). "Top 25 Game Boy Advance Games of All Time". IGN. Ziff Davis. Diarkibkan daripada yang asal pada January 18, 2011. Dicapai pada March 18, 2007.
  4. ^ a b "Gamespot's Best of 2005–Platforms". GameSpot. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2009. Dicapai pada October 28, 2007.
  5. ^ a b Shoemaker, Brad (January 11, 2005). "The Legend of Zelda: The Minish Cap review". GameSpot. Dicapai pada October 28, 2007.
  6. ^ Theobald, Phil (January 10, 2005). "The Legend of Zelda: The Minish Cap review". GameSpy. IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada October 6, 2008. Dicapai pada October 28, 2007.
  7. ^ "Yahoo: The Legend of Zelda: The Minish Cap". Yahoo Games. Dicapai pada October 28, 2007.[pautan mati]
  8. ^ "The Legend of Zelda: The Minish Cap Reviews and Articles". GameRankings. Dicapai pada May 9, 2012.
  9. ^ "GameSpy's Game of the Year 2005". GameSpy. Diarkibkan daripada yang asal pada December 24, 2005. Dicapai pada October 28, 2007.
  10. ^ "The Legend of Zelda: The Minish Cap for Gameboy Advance". Metacritic. Dicapai pada May 9, 2012.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IGN review
  12. ^ "Legend of Zelda: The Minish Cap". Diarkibkan daripada yang asal pada June 14, 2006.
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama GamePro review
  14. ^ a b "Review: The Legend of Zelda: The Minish Cap". 1UP.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2007. Dicapai pada Mei 9, 2007.
  15. ^ "The Legend of Zelda: The Minish Cap - Review". AllGame. Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2010. Dicapai pada May 28, 2013.
  16. ^ "2005 Nintendo Power Awards". Nintendo Power. 203. m/s. 53..
  17. ^ "NP Top 200". Nintendo Power. 200. m/s. 61..
  18. ^ Jenkins, David (November 12, 2004). "Japanese Sales Charts, Week Ending November 7th". Gamasutra. Dicapai pada February 12, 2009.
  19. ^ "2004 Top 100 Best Selling Japanese Console Games". The Magic Box. Dicapai pada February 12, 2009.
  20. ^ Kohler, Chris (June 26, 2007). "Big Zelda Sales In Japan". Wired. Dicapai pada February 12, 2009.
  21. ^ Feldman, Curt (February 16, 2005). "NPD: January console-game revenues flat". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada February 12, 2009.
  22. ^ Thorsen, Tor (March 29, 2005). "ChartSpot: February 2005". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada February 12, 2009.
  23. ^ Adams, David (March 16, 2005). "Top of the Console Pops". IGN. Dicapai pada July 30, 2013.
  24. ^ Surette, Tim (July 28, 2005). "NPD: 2005 game sales up 21 percent". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada February 12, 2009.
  25. ^ "Nintendo 2005 Annual Report" (PDF). m/s. 37. Dicapai pada November 13, 2008.
  26. ^ Keiser, Joe (August 2, 2006). "The Century's Top 50 Handheld Games". Next Generation. Diarkibkan daripada yang asal pada October 10, 2007.

[[Kategori:Permainan video pemain tunggal]] [[Kategori:Permainan Virtual Console]] [[Kategori:Permainan video yang dibangunkan di Jepun]] [[Kategori:Permainan Nintendo]] [[Kategori:Permainan video The Legend of Zelda]] [[Kategori:Permainan Game Boy Advance]] [[Kategori:Permainan video 2004]] [[Kategori:Rencana yang mengandungi teks bahasa Jepun]]
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan