Pergi ke kandungan

Pengguna:Jentayu/Moominvalley (siri animasi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Moominvalley
Muumilaakso sarjan tunnus.jpg
GenrePengembaraan Komedi Fantasi Animasi Drama Kekeluargaan Muzikal
Berdasarkan daripada
Moomins oleh
Tove Jansson
PenciptaMarika Makaroff
Steve Box
Ditulis olehMark Huckerby
Nick Ostler
Steve Box
PengarahSteve Box
Dibintangi oleh
  • Taron Egerton
  • Rosamund Pike
  • Matt Berry
  • Bel Powley
  • Richard Ayoade
  • Akiya Henry
  • Will Self
  • Warwick Davis
  • Kate Winslet
  • Jennifer Saunders
PenggubahSamuli Kosminen
Jarmo Saari
Pekka Kuusisto
Negara asalFinland
England
BahasaFinland, Sweden, Inggeris
Bilangan siri2
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifMarika Makaroff
PenerbitJohn Woolley (M1), Marion Edwards, Louise Holmes
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Gutsy Animations
Syarikat pengedaran
PGS Entertainment
Penyiaran
Saluran asal
  • Yle (Finland)
  • Sky One (England)
Siaran asal25 Februari 2019 (2019-02-25) – sekarang

Moominvalley (Melayu: Lembah Mumin, Suomi: Muumilaakso, Svensk: Mumindalen) merupakan siri animasi televisyen Finland-Inggeris yang ditayangkan pada bulan Februari 2019, berdasarkan buku novel Moomintroll (Melayu: Makhluk Mumin, Suomi: Muumipeikko) nukilan Tove Jansson Moomin dan Lars Jansson.

Siri ini telah diarahkan oleh pengarah Inggeris Steve Box dan dihasilkan sebagai animasi komputer. Syarikat pembikinan Finland Gutsy Animations bekerjasama dengan Yleisradion bersama-sama dengan studio animasi Finland Anima Vitae. Carla Rindell bertanggung jawab untuk mengalihsuara bahasa Finland dan Minna Tasanto bertanggungjawab sebagai penterjemah yang telah menyumbangkan tenaganya dalam kisah Moominvalley keluaran 2017. Penulis skrip bagi siri animasi ini ialah Melli Maikkula.

Pembikinan siri ini memakan kos lebih dari 20 juta Euro, dan hal ini menjadikan siri ini sebagai pembikinan rancangan televisyen yang paling mahal pernah dibuat di Finland.

PGS Entertainment memperoleh hak pengedaran siri ini pada 1 Mei 2019.

Musim pertama

[sunting | sunting sumber]

Pada musim pertama siri ini, terdapat 13 episod yang telah dibuat dan ditayangkan. Episod yang pertama telah ditayangkan pada 25 Februari 2019 hari Isnin di Finland di saluran Yle TV2 dan keesokan harinya di Sweden pada hari Selasa di saluran Yle Teema & Fem. Episod baru ini juga ditayangkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Finland dan bahasa Sweden di perkhidmatan streaming Yle Areena. Di England pula, siri ini dialihbahasa ke bahasa Inggeris dan telah ke udara di saluran Sky sejak 19 April 2019.

Templat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:Jaksolista
Bil Tajuk Episod Finland[1] Sweden[2] Tajuk berdasarkan buku novel atau kartun

Musim kedua

[sunting | sunting sumber]

Musim kedua siri animasi ini dihasilkan dalam 13 episod. Empat episod pertama musim ini telah ditayangkan di Yle Areena pada 2 Mac 2020 dan empat episod seterusnya ditayangkan pada 30 Mac 2020. Baki lima episod pula ditayangkan pada 27 April 2020. Episod tersebut telah ditayangkan di televisyen Finland di Yle TV2 pada 2 Mac 2020. Dalam bahasa Sweden, episod siri animasi ini ditayangkan dalam BUU-Klubben di Yle Teema & Fem. Dua episod pertama telah ditayangkan di pawagam Finnkino pada 2 Februari 2020. Di England pula, musim kedua animasi ini mula ditayangkan pada 21 Disember 2019 dan di Jepun pada 9 Januari 2020.

Templat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:JaksolistaTemplat:Jaksolista
nro Jakson nimi Ensiesitys suomeksi[3] Ensiesitys ruotsiksi[4] Kirja tai sarjakuva, johon jakso perustuu

Penyumbang suara watak

[sunting | sunting sumber]
Watak Suara bahasa
Finland[5][6]
Suara bahasa
Sweden[7][8]
Suara bahasa
Inggeris[9][10]
Suara bahasa
Sámi Utara
Suara bahasa
Sámi Inari
Mumin Joonas Nordman Christoffer Strandberg Taron Egerton Áilu Valle Mikkâl Morottaja
Mama Mumin]] Satu Silvo Maria Sid Rosamund Pike Siri Broch Johansen Anna Morottaja
Papa Mumin Ville Haapasalo Carl-Kristian Rundman Matt Berry Mikkel Gaup Aimo Aikio
Myy Kecil Kiti Kokkonen Saga Sarkola Bel Powley Irene Länsman Auri Ahola
Nuuskamuikkunen Olavi Uusivirta Paavo Kerosuo Edvin Endre Niko Valkeapää Tomi Koivunen
Nipsu Markku Haussila Andreas af Enehielm Warwick Davis Aslak Paltto Marko Tervaniemi
Niiskuneiti Alina Tomnikov Edith Holmström Akiya Henry Linda Tammela Heli Huovinen
Piisamirotta Heikki Harma Max Bremer
(kausi 1, kauden 2 jaksot 1-5, 13)
Sixten Lundberg
(kauden 2 jaksot 6-9)
Will Self Pentti Pieski Yrjö Musta
Hemulit (miehet) Taisto Oksanen Pekka Strang Joe Wilkinson Tuomo Huusko Tuomo Huusko
Hemulit (naiset) Ella Pyhältö Cecilia Paul Susie Brann Inger-Mari Aikio ?
Rouva Vilijonkka Kristiina Halttu Nina Hukkinen Kate Winslet Anna Näkkäläjärvi-Länsman Suvi King
Mörkö Susie Brann
Tuu-tikki Elina Knihtilä Nina Palmgren Katie Leung Anne Olli ?
Taikuri Jorma Uotinen Nicke Lignell Adewale Akinnuoye-Agbaje ? Veikko Aikio
Tiuhti ja Viuhti Anna Puu (Tiuhti)
Paula Vesala (Viuhti)
Iida Kuningas (Tiuhti)
Sara Soulié (Viuhti)
Jon Monie (Tiuhti)
Susie Brann (Viuhti)
? Niina Aikio-Siltala (Tiuhti)
Sari Sarre (Viuhti)
Mymmeli (vanhempi) Lotta Lindroos Hellen Willberg Jennifer Saunders Annukka Hirvasvuopio-Laiti Marke Laaksonen
Teatterirotta Emma Arja Saijonmaa Alison Steadman Suvi West ?
Ti-ti-uu Lauri Ketonen Olli Liljeström Matt Lucas Pekka Aikio ?
Miska Miiko Toiviainen Kaj Korkea-aho Rebecca Root Aslak Paltto ?
Pikku Kummitus Ali Jahangiri André Wickström Richard Ayoade Pekka Aikio ?
Ninni Yasmine Yamajako Jenna Hukkinen Mayumi Kawai Inga Ravna-Pieski ?
Herra Virkkunen Riku Nieminen Kristoffer Gummerus Julian Barratt ? ?
Tuhto Iina Kuustonen Nina Palmgren Iina Kuustonen ? ?
Merihevoset Saara Aalto
Anna-Maija Tuokko
Emma Klingenberg
Jennie Storbacka
Miriam-Teak Lee
Shalon Brune-Franklin
? ?
Kalastaja Kari Ketonen Oskar Pöysti Rhys Darby ? ?
Herra Vilijonkka Peter Kanerva Jon Monie Pekka Aikio ?
Sivuäänissä Jukka Nylund,
Ella Pyhältö,
Taina West
Cecilia Paul,
Taina West
Susie Brann,
Jon Monie
Pekka Aikio,
Anna Näkkäläjärvi-Länsman,
Aslak Paltto
?

Terbitan Finland

[sunting | sunting sumber]
Penterjemah: Minna Tasanto
Pengarah: Carla Rindell (Musim 1)
Aku Hytönen (Musim 2)
Rakaman: BTI Studios Oy
Pengadun Muzik: John Strandskov
Penata Rakaman: Aku Hytönen
Pengurusan Pembikinan: Noora Hiekkaranta
Kaisa Mertano
Helene Bjerre Riise

[11]

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi siri animasi ini telah digubah oleh penggubah Finland Pekka Kuusisto dan Samuli Kosminen . Bapa kepada Kuusisto, Ilkka Kuusisto, telah menggubah susunan muzik untuk persembahan Moomin Opera (Opera Mumin) bersama Tove Jansson pada tahun 1974.

Pada bulan September 2018, Gutsy Animations telah mengumumkan perjanjian persefahaman untuk bekerjasama dengan Sony Music bagi para penyanyi yang akan menyanyikan lagu-lagu runut bunyi pada setiap episod. Senarai lagu tersebut telah dikeluarkan pada 25 Januari 2019.

Senarai lagu (Musim pertama)

[sunting | sunting sumber]
No.TajukTuottaja(t)Masa
1."Theme Song (I'm Far Away)" (nyanyian )
  • Goss
  • Tobias Laust
2:29
2."Starlight" (nyanyian Alma) Mikkola2:20
3."Summer Day" (nyanyian Tom Odell)
  • Ben Baptie
  • Odell
2:58
4."Back to the Cave" (nyanyian Colonel Suns) Colonel Suns3:37
5."Love Me with All of Your Heart" (nyanyian Delilah Morgan) Barney Lister2:39
6."Home Again" (nyanyian First Aid Kit) Tucker Martine4:06
7."There Is Something in the Forest" (nyanyian Emilíana Torrini, The Colorist Orchestra ja Kársnes Gilr Choir)
  • Torrini
  • Jespers
  • Proesmans
3:43
8."Home" (nyanyian Josef Salvat)
  • Cooper
  • Salvat
3:20
9."All Small Beasts Should Have Bows in Their Tails" (nyanyian Ellinoora)
  • Samuli Sirviö
  • Johannes Brotherus
2:08
10."Free Spirit" (nyanyian Josef Salvat)
  • Cooper
  • Salvat
3:04
11."Country Air" (nyanyian SOAK) Ant Whiting3:27
12."By Your Side" (nyanyian Mellah) Ramsden3:09
13."In Blue" (nyanyian Declan McKenna) McKenna4:54
14."Northern Lights" (nyanyian and Goss)
  • Goss
  • Laust
3:37
15."Ready Now" (nyanyian Dodie Clark) Dodie3:01
16."The Author" (nyanyian Roosberg)
  • Sundberg
  • Sjöroos
3:35
Jumlah masa: 52:12


Moominvalley telah mendapat sambutan yang hangat di Finland. Menurut Yle, episod pertama siri ini telah ditonton sebanyak 1.38 juta penonton pada 1 Mac 2019. Moominvalley juga menjadi siri televisyen yang paling ramai ditonton pada tahun 2019 dan program keempat yang paling ramai ditonton di Finland (jumlah ini termasuk semua saluran).

Siri ini telah mencetuskan kontroversi, rata-ratanya daripada para peminat yang telah dibesarkan menonton animasi dan membaca novel kisah-kisah Moomin Valley (Lembah Mumin) pada tahun 90an. Mereka mengkritik siri baru ini sebagai terlalu rendah tarafnya. Penyunting akhbar Iltalehden, Mari Pudas mengkritik "kanak-kanak 90an" ini dan menuduh mereka "pemilik Mumin" yang keterlaluan.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Moominvalley telah tercalon untuk kategori Animasi Terbaik dan Penceritaan Terbaik di Shanghai International TV Festival (Magnolia Awards) (Melayu: Festival TV Antarabangsa Shanghai (Anugerah Magnolia)). Pada tahun 2019, Moominvalley telah merangkul Anugerah Inovasi Kandungan C21 dalam kategori Program Animasi Kanak-kanak Terbaik dan dalam kategori Program Kanak-kanak dan Belia, Emas Venla. Pada tahun 2020, Moominvalley memenangi Anugerah Animasi Britain dalam kategori Siri Kanak-kanak Terbaik  dan telah tercalon dalam kategori animasi kanak-kanak di Anugerah Banff Rockie dan dalam kategori filem di Festival Filem Kanak-kanak Antarabangsa New York. Moominvalley terpilih untuk turut serta dalam program pertandingan Festival Filem Encounters dan Anugerah Digital Siaran (Melayu: Kandungan Digital Kanak-kanak Terbaik) pada tahun 2020. Moominvalley diumumkan sebagai calon untuk International Emmy Kids Awards (Melayu: Anugerah Kanak-kanak Emmy Antarabangsa) pada 10 September 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

*{{IMDb title|6921882}} *''[https://www.moomin.com/en/moominvalley/ Moominvalley] on Moomin.com'' [[Kategori:Siri televisyen 2010-an]]