Pergi ke kandungan

Pengguna:Jeluang Terluang/sandbox

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kebakaran Gunung Baling ialah kejadian kebakaran hutan di puncak Gunung Baling, juga dikenali sebagai Gunung Pulai, yang bermula pada 11 Februari 2016. Ia dikatakan berpunca daripada kecuaian pendaki yang membakar sampah sehingga api merebak ke pokok-pokok di sekitarnya. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mendapat bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) apabila kebakaran tersebut semakin merebak. Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan pada 14 Februari.

Gunung Baling pada tahun 2007
Gunung Baling dan Pulai pada tahun 2017

Kebakaran kedua telah berlaku pada 23 Februari 2016. Operasi pemadaman berlangsung sehingga 26 Februari 2016. Kebakaran kedua dipercayai berpunca daripada bara api yang tidak dipadamkan sepenuhnya daripada kebakaran pertama yang merebak ke kawasan hutan yang lain. Ia juga dikatakan bermula akibat api memasak yang tidak dipadamkan sepenuhnya oleh pendaki.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Gunung Baling atau Gunung Pulai ialah sebuah gunung yang terletak berdekatan pekan Baling, Kedah.

Kebakaran pertama

[sunting | sunting sumber]

Kebakaran pertama berlaku dari 11 Februari 2016 hingga 14 Februari 2016.

Kebakaran kedua

[sunting | sunting sumber]

Kebakaran kedua berlaku dari 23 Februari 2016 hingga 26 Februari 2016.

Kebakaran 2019

[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Februari (Jumaat) 2019, kebakaran Gunung Baling telah berlaku lagi dan sehingga 10 Februari (Ahad) 2019, masih terdapat sedikit api kecil yang belum terpadam sepenuhnya lagi.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]