Pengguna:Hongqilim/Kotak pasir
Ini merupakan kotak pasir pengguna bagi Hongqilim. Kotak pasir pengguna ialah sublaman bagi laman pengguna. Ia berfungsi sebagai tempat untuk membuat ujian dan ruang pembangunan laman untuk pengguna dan ia bukanlah rencana ensiklopedia. Cipta atau sunting kotak pasir anda sendiri di sini. Kotak pasir lain: Kotak pasir utama | Kotak pasir tutorial 1, 2, 3, 4, 5 | Kotak pasir templat Menulis suatu rencana dan bersedia untuk memohon untuk ia dicipta? |
Bandar tuan rumah | Kuala Lumpur |
---|---|
Negara | Malaysia |
Cogan kata | Bersama Kita Menggapai Bintang |
Penyertaan negara | 10 |
Penyertaan atlet | 1789 |
Sukan | 21 |
Acara | 222 |
Upacara pembukaan | 11 Disember 2008 |
Upacara penutupan | 21 Disember 2008 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia |
Stadium utama | Stadium Nasional Bukit Jalil |
Laman sesawang | Sukan Universiti ASEAN 2008 |
Sukan Universiti ASEAN 2008, dikenali secara rasminya sebagai Sukan Universiti ASEAN ke-14, merupakan temasya sukan universiti Asia Tenggara yang pernah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 Disember 2008.[1][2] Kali ini merupakan kali ketiga Malaysia menganjurkan Sukan Universiti ASEAN, dan kali pertamanya sejak tahun 1993. Sebelum ini, ia juga pernah menganjurkan temasya sukan untuk kali pertama pada tahun 1984.
Kira-kira 1789 atlet dari 9 negara peserta menyertai temasya sukan tersebut yang menampilkan 222 acara dalam 21 sukan. Temasya sukan tersebut dibuka oleh Abdullah Ahmad Badawi, Perdana menteri Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tuan rumah Malaysia digelar juara keseluruhan mengikut jadual pingat rasmi, diikuti Vietnam dan Thailand dari belakang. Beberapa rekod Asia, temasya dan kebangsaan telah dipecahkan ketika temasya sukan berlangsung. Temasya sukan tersebut secara umumnya diadakan dengan jayanya dengan peningkatan taraf pertandingan sukan universiti antara negara-negara Asia Tenggara.
Pengelolaan
[sunting | sunting sumber]Pembangunan dan persiapan
[sunting | sunting sumber]Jawatankuasa pengelola Sukan Universiti ASEAN ke-14 telah ditubuhkan untuk memantau pementasan temasya sukan.
Venue
[sunting | sunting sumber]Sukan Universiti ASEAN ke-14 mempunyai 23 venue untuk temasya sukan, 8 di Kuala Lumpur, 14 di Selangor dan 1 di Negeri Sembilan.
Negeri | Venue Pertandingan | Sukan |
Kuala Lumpur | Kompleks Sukan Negara | |
---|---|---|
Stadium Nasional Bukit Jalil | Olahraga, Upacara pembukaan dan penutupan | |
Pusat Aquatik Negara, Bukit Jalil | Renang | |
Taman keluarga | Bola tampar pantai | |
Stadium Hoki Negara | Hoki | |
Lain | ||
Kompleks Sukan Bukit Kiara | Bola jaring | |
Stadium Badminton Kuala Lumpur | Badminton | |
Arena MABA | Bola keranjang | |
Universiti Malaya | Pencak silat | |
Selangor | Universiti Kebangsaan Malaysia | |
Kelab Golf Danau | Golf | |
Dewan Canselor Tun Abdul Razak | Karate | |
Kompleks Skuasy | Skuasy | |
Dewan Gemilang | Table tennis | |
Universiti Teknologi Mara | ||
Stadium | Ragbi 7-orang | |
Kompleks sukan | Sepak takraw | |
Lain | ||
Universiti Putra Malaysia | Memanah | |
Stadium Petronas Bangi | Bola sepak | |
Stadium Maybank | Bola sepak | |
Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam | Futsal | |
Stadium Dalam Boling padang Bayuemas | Boling padang | |
Lapangan Sasar Menembak Kebangsaan Subang | Menembak | |
Sunway Pyramid | Tenpin boling | |
Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam | Bola tampar dalam | |
Negeri Sembilan | Universiti Sains Islam Malaysia | Taekwondo |
Pemasaran
[sunting | sunting sumber]Logo
[sunting | sunting sumber]Logo Sukan Universiti 2008 merupakan imej rajah manusia strok berus merah yang mewakili semangat tinggi, kegemilangan, kemenangan, kuasa dan kekuatan dan bintang-bintang pada logo tersebut mewakili sasaran dan cita-cita atlet Sukan Universiti ASEAN. Huruf yang digunakan untuk logo, campuran century gothic dan trajan, mewakili Sukan Universiti ASEAN sebagai sebuah acara yang mempunyai pelbagai agenda rasmi dan tidak rasmi, manakala pengaturan huruf yang umpama sebuah tangga, mewakili hasrat untuk mencapai kejayaan. Sementara itu, warna yang digunakan untuk huruf (biru, merah, putih dan kuning) yang juga merupakan warna bendera Malaysia, mewakili Malaysia sebagai tuan rumah temasya dan juga kawasan ASEAN.[5]
Maskot
[sunting | sunting sumber]Maskot Sukan Universiti ASEAN 2008 ialah A1 Angkasawan, angkasawan yang diterangkan sebagai bersifat mesra, pintar, bersemangat tinggi dan kuat. Penggunaan angkasawan sebagai maskot temasya adalah untuk mengingatkan orang ramai tentang pencapaian Malaysia sebagai ahli negara ASEAN pertama yang menghantar seorang angkasawan ke angkasa pada tahun 2007. Papan mortar maskot tersebut mewakili kecemerlangan akademik dan penyertaan mahasiswa universiti sebagai atlet-atlet temasya sukan. Logo pada dada mewakili semangat kesukanan atlet yang menyertai temasya Sukan Universiti ASEAN ke-14. Warna biru, merah, putih dan kuning mewakili Malaysia sebagai tuan rumah temasya sukan, dengan warna biru juga mewakili lambang kecemerlangan dalam menganjurkan temasya sukan. Secara keseluruhannya, maskot mewakili tekad atlet peserta untuk mencapai impian masing-masing.[6]
Temasya sukan
[sunting | sunting sumber]Upacara pembukaan
[sunting | sunting sumber]Upacara pembukaan telah diadakan pada 11 Disember 2008 jam 20:00 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Temasya sukan tersebut dibuka oleh Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
Negara peserta
[sunting | sunting sumber]Sukan
[sunting | sunting sumber]- Memanah ( )
- Olahraga ( )
- Badminton ( )
- Bola keranjang ( )
- Tenpin boling ( )
- Bola sepak ( )
- Futsal ( )
- Golf ( )
- Hoki ( )
- Karate ( )
- Boling padang ( )
- Bola jaring ( )
- Pencak silat ( )
- Ragbi ( )
- Sepak takraw ( )
- Menembak ( )
- Skuasy ( )
- Renang ( )
- Ping pong ( )
- Taekwondo ( )
- Bola tampar ( )
Jadual pingat
[sunting | sunting sumber]Sejumlah 693 pingat terdiri daripada 222 pingat emas, 219 pingat perak dan 252 pingat gangsa telah dianugerahkan kepada atlet-atlet. Pencapaian tuan rumah Malaysia merupakan pencapaian yang terbaik masa itu, dan muncul sebagai juara keseluruhan temasya sukan tersebut.[7][8][9]
- Kunci
* Negara tuan rumah (Malaysia)
Ked. | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Malaysia (MAS)* | 90 | 79 | 47 | 216 |
2 | Vietnam (VIE) | 45 | 28 | 23 | 96 |
3 | Thailand (THA) | 32 | 29 | 59 | 120 |
4 | Indonesia (INA) | 28 | 52 | 48 | 128 |
5 | Singapura (SIN) | 18 | 16 | 39 | 73 |
6 | Filipina (PHI) | 8 | 12 | 21 | 41 |
7 | Laos (LAO) | 1 | 2 | 3 | 6 |
8 | Timor-Leste (TLS) | 0 | 1 | 9 | 10 |
9 | Brunei (BRU) | 0 | 0 | 2 | 2 |
10 | Kemboja (CAM) | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (10 Negara) | 222 | 219 | 252 | 693 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Accreditation In Conjunction With The 14th ASEAN University Games (AUG) 2008 Kuala Lumpur, Malaysia".
- ^ "14th ASEAN University Games Medal Count (Tally) as of 20 December 2008".
- ^ "Venue".
- ^ "Official Website".
- ^ "Logo".
- ^ "Mascot".
- ^ "Jadual pingat".
- ^ "Malaysia juara AUG 2008".
- ^ "Malaysia Crowned ASEAN University Games Champion".