Pengguna:Hafiz 001/sandbox
Ini merupakan kotak pasir pengguna bagi Hafiz 001. Kotak pasir pengguna ialah sublaman bagi laman pengguna. Ia berfungsi sebagai tempat untuk membuat ujian dan ruang pembangunan laman untuk pengguna dan ia bukanlah rencana ensiklopedia. Cipta atau sunting kotak pasir anda sendiri di sini. Kotak pasir lain: Kotak pasir utama | Kotak pasir tutorial 1, 2, 3, 4, 5 | Kotak pasir templat Menulis suatu rencana dan bersedia untuk memohon untuk ia dicipta? |
Aku Bukan Terrorist | |
---|---|
Pengarah | Arjin Uppal |
Penulis | Jekyll Gyzma |
Dihasilkan oleh | S. Baldev Singh & Harvinder Uppal |
Dibintangi | Gulshan Grover Rahul Dev Afiq Muiz Chacha Maembong Farida Jalal Kapten Khir Mohd Noor Betty Banafe Dato' Jalaludin Hassan |
Sinematografi | Vierendrra Lalit |
Disunting oleh | S. Baldev Singh & Arjuna |
Muzik oleh | Boy Razak |
Syarikat penerbitan | White Merpati Entertainment |
Tarikh tayangan | 5 Oktober 2017 |
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu / Bahasa Tamil / Bahasa Inggeris |
Bajet | US$3,000,000.00 |
Aku Bukan Terrorist ( Filem ) merupakan filem antarabangsa yang ditayangkan di Malaysia pada 5 Oktober 2017. Filem bergenre aksi ini merupakan filem Malaysia tahun 2017.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem ini diarahkan oleh Arjin Uppal dibawah terbitan White Merpati Entertainment. Filem ini merupakan filem ketiga arahan beliau.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang dayana dan ummar telah lama berkawan kemudian bercinta semasa mereka menuntut di universiti. Ummar berasal dari kashmir dan dihantar oleh ibunya ke malaysia serta tinggal bersama ibu saudaranya di sini. Ummar sudah biasa dengan keadaan di malaysia dan boleh berbahasa malaysia. Dayana seorang anak ahli perniagaan, ayahnya jarang dapat meluangkan masa dengannya. Ummar dapat panggilan dari kampung menyatakan ibunya sedang sakit. Oleh kerana ummar tidak mempunyai duit yang cukup, dayana telah membantu ummar membeli tiket. Ummar tidak sangka yang dayana juga membeli tiket untuk ke kashmir sama. Ummar berasa berat hati seperti ada sesuatu perkara yang dirahsiakan untuk membawa dayana ke kashmir. Ketika di kashmir, dayana di beritahu oleh ibu ummar tentang punca ummar di hantar tinggal bersama ibu saudaranya di malaysia. Tujuan ibunya membuat begitu kerana tidak mahu ummar menerima kesan atau terbabit dalam peristiwa lama bapanya yang dianggap pengganas di kashmir. Orang kampung termasuk ummar juga mempercayai ayanhya memang pengganas. Perkara itu berlaku apabila abu zar seorang ketua gengster sekarang yang mahu merampas kuasa dan sanggup mempergunakan bapa ummar untuk kepentingan dirinya pada suatu dahulu. Dayana telah diculik oleh kuncu abu zar sewaktu ketiadaan ummar dirumah. Ummar cuba selamatkan dayana tetapi gagal. Ummar di belasah teruk ketika berada di rumah abu zar. Abu zar telah menyuruh kuncunya mempersiapkan dayana untuk menjalankan misinya. Ummar ada didalam bilik kurungan dengan dayana tetapi tidak mampu berbuat apa- apa.. Mustaffar iatu orang kanan abu zar telah belot untuk bantu ummar lepaskan diri, sewaktu abu zar bawa dayana ke kawasan untuk diletupkan. Mustaffar dan ummar selamatkan dayana dengan sebuah jip. Sewaktu kejar mengejar berlaku,mustaffar sempat meyuruh ummar turunkannya disebuah jambatan. Ummar dan dayana beredar tinggalkan mustaffar. Mustaffar menunggu abu zar dan berhadapan dengannya. Mustaffar cuba menyedarkan abu zar tentang tindakannya itu salah. Ummar ambil keputusan untuk selamatkan mustaffar semula, tetapi mustaffar telah letupkan bom yang diambil pada dayana semasa diatas jip. Abu zar dan kuncu tidak sempat melarikan diri dalam letupan bom itu.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Lagu
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- https://www.youtube.com/watch?v=4kfHr-Fd78Q
- https://www.facebook.com/abt2017/
- https://twitter.com/filemkita/status/698112328407994369
- http://www.hmetro.com.my/node/117371
- http://www.cinema.com.my/bm/articles/news_details.aspx?search=2016.n_akubukanterrorist_29255&title=-Aku-Bukan-Terrorist-tampil-sisi-matang-Chacha-Maembong