Pengguna:Fab1442006/Kotak pasir/Senarai episod Siri Pokémon (2019): Journeys
Pokémon (ポケモン , Pokemon), dipendekkan daripada tajuk Jepun Pocket Monsters (ポケットモンスター Poketto Monsutā) dan kini diiklankan dalam bahasa Inggeris sebagai Pokémon the Series, ialah sebuah siri anime televisyen Jepun, sebahagian daripada francais media Pokémon dari Syarikat Pokémon, yang disiarkan di Jepun pada 1 April 1997 di TV Tokyo.
Francais anime terdiri dari tujuh siri mengikut turutan, kronologi di Jepun, masing-masing berdasarkan ansuran utama siri permainan video. Di siaran antarabangsa, siri ini terbahagi kepada beberapa musim televisyen. Siri anime disertai dengan pemrograman spin-off; termasuk Pokémon Chronicles, beberapa siri cerita sampingan; dan aneka ragam aksi langsung dan rancangan berita berkaitan Pokémon; seperti Weekly Pokémon Broadcasting Station, Pokémon Sunday, Pokémon Smash!, dan Pokémon Get TV, disiarkan pada lewat 2013.
Siri anime Pokémon sebahagian besarnya dikreditkan kerana membolehkan anime menjadi lebih terkenal dan tidak asing lagi di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat, di mana dua filem anime terlaris kedua-duanya adalah filem Pokémon.[1] Ia juga dianggap sebagai salah satu siri anime pertama di televisyen yang mencapai tahap kejayaan arus perdana dengan penonton Barat,[2][3] serta dikreditkan dengan membenarkan siri permainan video mencapai tahap populariti seperti itu, dan sebaliknya.[4][5] Pokémon dianggap sebagai adaptasi permainan video paling berjaya sepanjang masa,[6] dengan lebih dari 1,000 episod disiarkan dan adaptasi untuk pasaran televisyen antarabangsa, secara bersamaan disiarkan di 169 negara di seluruh dunia, dan salah satu rancangan yang paling banyak ditonton di Netflix, setakat 2016.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Animation – Anime Movies at the Box Office – Box Office Mojo". www.boxofficemojo.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-05-17.
- ^ "The 'Pokemon' Anime Is Still Great After All These Years". Inverse. Dicapai pada 2017-05-19.
- ^ Chua-Eoan, Howard; Larimer, Tim (1999-11-14). "Beware of the Pokemania". Time. ISSN 0040-781X. Dicapai pada 2017-05-19.
- ^ Bailey, Kat. "Why the Pokemon Anime is the Most Successful Adaptation of a Videogame Ever". USgamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-05-19.
- ^ "How the Pokémon cartoon and games form one of media's best symbiotic relationships". VentureBeat. 2016-03-02. Dicapai pada 2017-05-19.
- ^ "Why the Pokemon Anime is the Most Successful Adaptation of a Videogame Ever". USgamer (dalam bahasa Inggeris). November 17, 2016.
- ^ "Business Summary". The Pokémon Company. March 2019. Dicapai pada June 11, 2018.