Pengguna:BAHARUDIN ALI MASROM AL-HAJ/Kotak pasir
Ini merupakan kotak pasir pengguna bagi BAHARUDIN ALI MASROM AL-HAJ. Kotak pasir pengguna ialah sublaman bagi laman pengguna. Ia berfungsi sebagai tempat untuk membuat ujian dan ruang pembangunan laman untuk pengguna dan ia bukanlah rencana ensiklopedia. Cipta atau sunting kotak pasir anda sendiri di sini. Kotak pasir lain: Kotak pasir utama | Kotak pasir tutorial 1, 2, 3, 4, 5 | Kotak pasir templat Menulis suatu rencana dan bersedia untuk memohon untuk ia dicipta? |
BAHARUDIN ALI MASROM AL-HAJ @ BAM AL-HAJ
[sunting | sunting sumber]BAHARUDIN ALI MASROM @ SIFU BAM AL-HAJ, PJK, mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang latihan pembangunan sumber manusia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri; Pegawai Khas kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor; Pengurus Pembangunan Insan, dan kemudian sebagai Pengurus Kanan Komunikasi Korporat di Yayasan Selangor. Beliau adalah pakar modul latihan dan pernah terlibat sebagai Master Trainer, penceramah dan fasilitator kepada lebih 38,000 peserta dan telah mengendalikan lebih daripada 390 kursus.
Beliau berkelulusan B.A.(Hons) (UKM), Dip. Ed. (UIAM), Dip. in Islamic Studies (UKM) dan Cert. in EDP (MEDEC, UiTM). Beliau turut mengikuti Kuliah Perubatan & Pengubatan Islam Darul Syifa’. Beliau juga adalah ahli MSTD (Malaysian Society for Training and Development), Mantan Exco Malaysian-Saudi Arabian Friendship Society, Mantan Ahli Lembaga (ALK) Koperasi Generasi Felda Berhad (KGFB), Mantan ALK Koperasi Buku Malaysia Berhad dan Ahli Kehormat Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM. Beliau terlibat dalam Gerakan Kepenggunaan Masjid (GEMA), KPDNHEP di 15 masjid sebagai pilot project di seluruh negara bagi tahun 2019 dan merupakan Setiausaha Eksekutif, SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia) sejak 2018, Aktivis MAPIM (Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia), Yayasan Kebajikan Akhyar Malaysia dan Penasihat Pemasaran, Abdul Ghafur Art Gallery.
Beliau juga adalah penulis buku Politik Melayu Abad 21 (1989), Fenomena Remaja (bersama Prof. Dato’ Dr. Zaini Ujang dan Datin Fatini Yaacob, 1992) dan Wawasan Perjuangan Melayu Baru (1993), Ikon Dua Zaman: Tun Perak dan Tun Razak (2010), Motivasi Daripada Tuhan: Rahsia-rahsia Hebat Menjana Potensi Diri dan Ummah (2013) dan penterjemah buku Ayahku Ditangkap (My Father Was Arrested) (2010). Beliau sedang menulis buku berjudul Back to Basics: God Inspired Motivation dan 3 Tokoh Negarawan Terbilang. Beliau pernah muncul di TV1 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dan Resensi Buku, di TV2 dalam Hello On Two, di Radio Selangor dalam rancangan Motivasi Petang, Radio IKIM (Ulasan Buku) dan TV Selangor (Program Pendidikan).
Beliau adalah CEO dan Principal Consultant Tim ABCD TUGUL Ventures dan merupakan Master Trainer Enterprenuer 5.0. Beliau terlibat dalam latihan pembangunan insan dan pengurusan acara secara sepenuh masa. Beliau berupaya untuk menghasilkan modul-modul latihan dan idea-idea bahar yang disesuaikan dengan kumpulan sasar dan menjadi penasihat latihan, master trainer, konsultan dan fasilitator kursus yang berkesan.