Pengguna:ArrazzazBot/Arkib
ArrazzazBot membekalkan khidmat pengarkiban laman perbincangan secara automatik.
Keterangan
[sunting | sunting sumber]Untuk menempah khidmat pengarkiban, gunakan laman ini sebagai templat dengan meletakkan kod di laman yang berkenaan sebagaimana berikut:
{{Pengguna:ArrazzazBot/Arkib}}
Templat ini menghasilkan output tersembunyi yang boleh dibaca oleh bot.
Anda boleh mengubah suai beberapa tetapan pengarkiban dengan menggunakan parameter-parameter berikut:
- isyarat
- Letak parameter ini dengan nilai "1" jika anda mahu pengarkiban gaya separa automatik, iaitu pengarkiban berdasarkan isyarat daripada pengguna (lihat § Pengarkiban separa automatik). Jika parameter ini tidak digunakan, bot ini akan mengarkib perbincangan secara automatik.
- arkib
- Laman arkib. Jika parameter ini tidak dinyatakan, bot ini akan mengarkib perbincangan lama di sublaman
/Arkib
.
- hari
- Tempoh diam dalam hari sebelum diarkibkan. Anda boleh gunakan nombor pecahan (contohnya 1/12 untuk sejam) atau nombor titik apung (contohnya 1.5 untuk 36 jam), mahupun 0 untuk pengarkiban serta-merta, akan tetapi sila gunakan dengan hemat kerana bot ini hanya bertugas setiap 24 jam. Jika parameter ini tidak dinyatakan, bot ini akan mengarkib perbincangan lama yang melebihi 14 hari.
Pengarkiban separa automatik
[sunting | sunting sumber]Bagi pengarkiban separa automatik, bot tidak akan mengarkib sesuatu topik perbincangan sehinggalah diisyaratkan oleh pengguna. Untuk memberi laluan kepada pengarkiban, letakkan penanda {{tutup}} ~~~~
pada mana-mana tempat (biasanya di bawah) dalam topik yang berkenaan.
Petua
[sunting | sunting sumber]- Untuk mengarkib mengikut tahun, anda boleh gunakan pemboleh ubah {{CURRENTYEAR}} dalam parameter arkib, contohnya
{{FULLPAGENAME}}/Arkib/{{CURRENTYEAR}}
.
Contoh
[sunting | sunting sumber]Tetapan yang sesuai untuk laman perbincangan peribadi ialah tempoh diam 30 hari. Gunakan kod berikut:
{{Pengguna:ArrazzazBot/Arkib | hari = 30 }}
Tetapan yang sesuai untuk laman perbincangan umum (Seperti Kedai Kopi dsb.) ialah jenis separa automatik, tempoh diam 14 hari, dan mengikut tahun. Masukkan kod sebagaimana berikut:
{{Pengguna:ArrazzazBot/Arkib | isyarat = 1 | arkib = {{FULLPAGENAME}}/Arkib/{{CURRENTYEAR}} | hari = 14 }}
Peringatan
[sunting | sunting sumber]- Letak kod templat ini di bahagian permulaan laman perbincangan. Jangan pandai-pandai nak letak dalam kawasan topik pula, kerana apabila topik itu diarkibkan, kod tersebut akan dipindahkan sekali ke dalam laman arkib, dan proses ini berulang selama-lamanya. Walau bagaimanapun, bot ini akan mengabaikan perbuatan sedemikian.
- Jika berlaku sebarang ralat (parameter salah), tiada amaran akan ditunjukkan. Oleh itu, sila kaji panduan yang diberikan dengan teliti.
- Bot ini akan mengabaikan kod yang diapit dengan tag
<nowiki>
.
Pengatur cara
[sunting | sunting sumber]Atur cara bot ini ditulis oleh Aviator. Sila adukan sebarang masalah di laman Perbincangan Pengguna:Aviator.