Pengguna:26 Ramadan/Laman Utama/Kotak Pasir/Rencana pilihan/33
Jepun (bahasa Jepun: 日本 Nippon/Nihon, nama rasmi:日本国 Nipponkoku/Nihonkoku dengarkan (bantuan·maklumat)) adalah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea, dan Rusia. Pulau-pulau paling utara terletak di Laut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau-pulau kecil di Laut China Timur iaitu kawasan selatan Okinawa yang berjiran dengan Taiwan.
Jepun terdiri daripada 6,852 pulau yang membentuk segugusan kepulauan. Pulau-pulau utama dari utara ke selatan adalah Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya. Sebagian besar pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialah Gunung Fuji yang merupakan sebuah gunung berapi yang pendam. Tokyo ialah ibu negara Jepun yang bertaraf "kawasan metropolitan".