Pergi ke kandungan

Pengguna:26 Ramadan/Kotak pasir/Catatan/Kotak info bahagian pentadbiran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
26 Ramadan/Kotak pasir/Catatan/Kotak info bahagian pentadbiran
Negara Rusia

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini



Gunung Kŭmgang adalah sebuah gunung yang berada di kaunti Kŭmgang, wilayah Kangwŏn. Ia juga terletak di dalam Kawasan Khas Pelancongan Antarabangsa Gunung Kŭmgang, dan gunung ini merupakan sebahagian daripada banjaran gunung Taebaek yang merentasi timur semenanjung Korea. Dengan ketinggian 1,638 meter (5,374 ka), gunung Kŭmgang merupakan salah satu daripada gunung yang terkenal di Korea Utara.

Nama bermusim

[sunting | sunting sumber]

Gunung Kŭmgang mempunyai nama yang berbeza untuk setiap musim, tetapi ia lebih dikenali di dalam bahasa Korea sebagai Kŭmgangsan (금강산; 金剛山: "gunung berlian"). Pada musim panas, gunung tersebut dipanggil sebagai Pongraesan (봉래산, 蓬萊山: "gunung di mana dewa menetap"); pada musim luruh Phung'aksan (풍악산, 楓岳山: "gunung daun berwarna", atau 楓骨山: "gunung besar daun berwarna") dan pada musim sejuk sebagai Kaegolsan (개골산, 皆骨山: "gunung tulang batu").